Antara impian dan harapan...

Dalam hidup ini aku punya banyak impian.. dan sebahagian besar impian itu hampir dicapai dengan baik dan sempurna.. career & business menjadi pemaju utama.. namun dari segi personal ia sukar ditafsir.. namun aku masih punya harapan untuk merealisasikannya..

Harapan itu mudah berkecai apabila seseorang itu tidak memahami erti tanggungjawab dan tugas hakiki hidup di dunia ini. Kita perlu memahami sebenarnya peranan dan misi ini krn jika tidak maka sia-sialah erti pengorbanan.. Natijahnya tiada lagi guna harapan yang sekadar menjadi angan-angan maupun mimpi utopia indah...

Kini aku menyedari bahawa impian boleh dicipta baru.. harapan pula pasti mekar semula. Aku hanya perlukan dorongan yang asli dan bukannya mimpi. Oleh sebab itu aku mula faham signal tuhan sejak bulan Ramadhan sudah.. akhirnya aku memahami segalanya kerana sudah tiba untuk berani mencari impian baru.. menjelajah pengembaraan yang lebih menyakinkan...

Aku perlu melestarikan kebijaksanaan.. menghindari kepongahan dan cetek akal pemikiran yang boleh menghilangkan jatidiri seorang pemimpin masa depan.. Sudah tiba masanya melepaskan belenggu yang menyiksakan dan biarlah ia kembali bebas untuk mencipta kejayaan baru yang lebih baik.

Penghalang utama kejayaan adalah ketakutan kepada misteri kehidupan.. takut kepada kegagalan dan tidak mahu membuat perubahan.. inilah yang menjadikan kita paranoid.. akhirnya level hidup kita di takuk lama dan tidak berkembang.

Aku rasa rugi kalo tidak ada progres positif dalam hidup, umur semakin meningkat dan dalam masa yang sama status perlu tinggi untuk menjadikan kita sebagai insan yang berjaya.

Kita tidak perlu takut apa2 ttg masa depan.. just live life to the fullness..

Sbb aku rs masa depan itu bukanlah sptmana yg kita jangkakan.. nak banding aku 10 tahun dulu mmg cukup berbeza.. aku rs dulu hanya budak fresh salad di UM yang baru dapat kenal dunia kampus uniperdana.. skrg ni mmg dah jadi kenangan terindah.. aku sudah melalui 1 transisi yang mengagumkan.. mmg tak jangka aku memiliki banyak impian sptmana yang dimahukan pada hari ini..

Impian dan harapan kini semakin rancak.. segalanya semakin jelas dan hebat... :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.