Dimungkiri janji berulang kali...

Sudah bertahun rasanya dikhianati dengan janji yang tak pernah ditepati.. kenkadang kecewa dan pilu itu semakin tak tertanggung apatah lagi harapan yang menggunung tinggi hancur luluh dan tiada gunanya lagi...

Aku terpaksa berdepan dengan perasaan ini sepanjang masa.. menongkah arus dan meniti bilahan hari dengan penuh rintangan serta tribulasi yang memeritkan. Namun hatiku masih cekal mendepani apa jua dugaan.. Krn pasti suatu hari nanti akan dikembalikan hak keadilan itu pada tempatnya oleh tuhan yang Maha Adil Saksama...

Dunia menjadikan diri ini semakin dewasa.. Pengalaman silam dan semasa menjadikan hati lebih matang dalam memilih jalan dan warna kehidupan.. Aku masih memberikan ruang dan peluang terakhir biarpun tahu akan disakiti dan dikhianati lagi...

Sehingga satu masa ku mengetahui kenkadang segelintir manusia sukar berubah dan tidak suka diubah menjadi manusia yang lebih bermaruah. Sikap 'take for granted' akhirnya nanti akan diadili dengan seadilnya...

Mungkin inilah aku menulis kali terakhir mengenai mungkir janji.. kerana selepas ini tiada lagi ruang utk dikhianati dan dimungkiri janji lagi buat selama-lamanya...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.