Event yang sempoi...

Awal pagi aku dah sampai ke Hospital Putrajaya utk menguruskan kerjasama majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri 2009.. Mmg agak blur sket sbb hospital ni jarang dtg dan kelihatan serba baru berbanding hospital yg pernah aku datang sblm ini.

Apapun aku dengan beberapa staf hospital putrajaya berbincang scr berdiri utk mempercepatkan keputusan. Banyak soal persiapan disentuh dan tidak semena-menanya Y.B Menteri laju keluar dari lift dan sempat bersalaman dgn aku sblm terus masuk ke dalam auditorium tepat kol 9.00 pagi..

Unexpected tul sbb event dirancang bermula 9.30am dan ia terawal 30 minit dgn ketibaan VVIP yang lain. Apapun aku bergegas mencari MC yang dari tadi di luar.. Kemudian lega bila dah kelihatan masuk ke arah rostrum setelah 10 minit menteri singgah di kerusi.

Permulaan yang agak slow juga bagi aku.. rentak dan nada MC kurang sesuai bagi aku.. Spttnya orang yang lebih bersemangat dan bernada sesuai dgn rentak menteri yang berstatus Mejar Jeneral. Xpelah next year aku usulkan nanti MC perlu lebih peka dgn sebarang perubahan yang berlaku.

Ucapan seterusnya oleh CEO yang nampaknya lain sahaja hari ini. Mungkin ada sumthing yang berlaku sebelum program. Apapun segalanya beransur baik selepas Y.B Menteri berucap banyak menyentuh soal peranan organisasi, kepentingan pembayar zakat seterusnya bersyukur dengan segala anugerah yang telah dikurniakan Allah swt..

Sikap humor Y.B mmg mencuit hati audiens pagi tadi.. Hilang ngantuk dan segar kembali dgn senyuman.. Atmosfera event kembali cerah dan ceria. Bagi aku ucapan Y.B mmg sempoi dan berisi. Mmg dikagumi sebagai seorang menteri yang berwibawa dan petah bicara di hadapan crowded maupun camera.

Alhamdulillah petang ni aku boleh menarik nafas lega.. tinggal 1 lagi event di PPUM pada hari khamis ini. Yg mana kerjasama dengan beberapa pihak hospital akan menjadi kenangan terbaik 2009 untuk diri ini..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.