Kuharap...

Hidup ini bukannya semudah yang dijangka.. adakalanya dugaan membuatkan hati kita lebih tabah dan sabar dalam mendepani apa jua cabaran mendatang.. Ku hanya mampu berdoa dan berharap moga Allah permudahkan segalanya bagiku..

Dalam sujudku penuh keinsafan.. sedar betapa kerdil diri ini tanpaMu di sisi.. ku tadahkan tangan untuk memohon keampunan dan pedoman. Moga dilorongkan rasa cinta ini hanya untukNya yang kekal abadi..

Kuharap suatu hari nanti.. impianku jadi kenyataan untuk bertemu denganMu.. dalam limpahan kasih sayang dan rahmat yang berpanjangan.. Bahagia dan aman tiada derita tanpa sengsara.. segalanya indah denganMu.. tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mengasihani...

Tiada ulasan

Leave a Reply