Sedang memikirkan masa depan...

Pagi ni aku bangun awal, seawal 4 pagi mama dah di dapur menyiapkan sahur.. begitu kuat dan tabahnya hati seorang ibu untuk keluarganya.. aku mengagumi ibu dan bapa kerana penuh prihatin dan kasih sayang yang x berbelah bahagi.. aku begitu bertuah krn punya anugerah keluarga yang sebegini..

Rasanya aku dah mula menyukai mengenai masa depan.. gambaran begitu bebas dan hebat.. aku harap selepas ini dapat meneruskan impian dengan lebih baik tanpa rasa ragu-ragu lagi.. terlalu banyak yang telah dikorbankan.. akhirnya aku terpaksa menjadi bahan korban menyebabkan jiwa ini juga hampir terkorban.. apapun masanya sudah tiba.. keputusan harus dibuat utk kebaikan semua pihak.

Aku teringat lagi ketika di Guoman Resort pada tahun 2004.. terlalu banyak kenangan yang telah dilalui dan semuanya menjadi bekalan pengalaman yang tak ternilai harganya.. Sang matahari terbenam memberi peluang bebintang untuk menyinari malam.. kendian esok hari matahari muncul semula menghidupkan alam yang penuh misteri ini..

Semuanya sunnatullah.. aku mula memahami hidup ini lebih baik.. dari masa ke semasa mempelajari yang terbaik.. dan akhirnya aku bangun sebagai insan yang tabah dan bersyukur.. Rasa bertuah kerana diberi peluang utk meneruskan perjuangan.. Aku cukup berbangga dengan segala apa yang dimiliki hari ini.. dan sudah tentu masa depan lebih cerah dan ceria dgn pelbagai impian baru yang bakal diraih..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.