Stands Tough...

Aku xde mood nk menulis banyak... apapun selepas minor dental surgery membataskan banyak pergerakan mulut maupun kaki... Namun jari jemari masih kaki untuk menulis kerana banyak faktor.. Btw im still here.. stands tough..

Sakit tapi terus teguh pendirian.. aku akan pulih tak lama lagi sepenuhnya.. mungkin masa ini untuk hibernate.. but aku x suka hibernate.. lebih suka menerawang sana sini dlm minda.. im totally addicted.. dalam minda semakin memberontak..

Selepas menelusuri sejarah Mao Zedong pemimpin agung komunis... yang berjaya dalam revolusi budaya di china mmg agak mengganggu firasat aku.. ia menggoncang sebahagian besar kenangan zaman reformasi 1998. Di kala itu mahasiswa UM antara yang terhadapan dalam menyahut cabaran reformasi dan menentang kezaliman.

Namun aku bukan komunis.. Mao Zedong secara tak langsung mengingatkan aku ttg api semangat membara reformasi Anwar dahulu.. tatkala itu kebencian terhadap kezaliman memuncak.. tambah lagi rakan2 UM yang ditangkap ala Gestapo menyerlahkan lagi penentangan revolusi rakyat...

Aku tak lupa bagaimana rakyat Indonesia juga terpengaruh dgn gerakan reformasi Malaysia.. sehingga mahasiswa Indonesia bersatu di jalanan di bangunan dan institusi kerajaan akhirnya menggulingkan presiden Suharto...

Stands tough enough... inilah perjuangan...

Malaysia masih lagi kasihankan penyangak2 bangsa dan lintah darat yang menghisapkan kekayaan negara... Malah bajet 2010 ini tidak lagi mampu menyengat dan terus dicemari gejala rasuah bagan pinang, gejala ketirisan dan laporan audit negara 2008 terus membongkar kerugian 1 billion dlm pengurusan kerajaan.. apa ini ? ke mana wang itu pergi ?

Beginilah.. jika kita mahukan perubahan yang lebih baik.. tukarlah pucuk pimpinan yang rasuah... yang dok kasihankan dorang buat apa ? nak biar lagi duit PETRONAS masuk kantung kroni dan lintah darat macam dorang ? dan biarkan rakyat menanggung kos kerugian berbillion ringgit... ini satu kezaliman...

Terus terang aku katakan.. negara Malaysia kini mempunyai indeks rasuah yang begitu tinggi dan menyebabkan FDI menjunam teruk... pelabur asing rasa tidak yakin dengan pemerintah sekarang.. malah kebebasan media di negara ini sudah semakin kronik.. kualiti demokrasi kita lebih teruk dari negara jiran terutamanya Indonesia yang setahun jagung dan amat memalukan kita yang sudah berdemokrasi lebih 52 tahun..

Btw.. masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk perjuangan ini..

Stands tough...

Aku rasa sudah ready untuk menyelesaikan beberapa politik dalaman... insyaallah segalanya akan dipermudahkan... :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.