My Birthday... 2 Dec 2009 !

Another great chapter in my life... :)

Bertuah rasanya bila mengetahui banyak misteri alam.. ia menjadikan aku lebih focus dan mengagumi besarnya rahmat & kuasa Ilahi pencipta alam.

Aku dilahirkan ke dunia dengan kehendak Ilahi.. Segala sumber adalah dariNya.. bertuah diberi ruang & peluang hidup di dunia.. aku belajar memanfaatkan segala peluang yang ada untuk berbakti & berjuang di jalanNya..

Kini umurku sudah menginjak kepada 28 tahun.. rasanya terlalu pantas masa berlalu.. ada masa jatuh ada masa bangun.. ada masa gagal dan ada masa berjaya.. kini bangkit untuk menggapai impian dan cita-cita yang diimpikan.

Alhamdulillah.. aku mula meneroka dunia alam minda dengan lebih mendalam.. penemuannya begitu menakjubkan. Ia merupakan transisi perubahan yang begitu besar sekali. Meneroka alam alpha seumpama misteri yang cukup unik & istimewa. Walhal kita menggunakan anugerah tuhan ini sejak lahir lagi.

Sempena birthday aku ini, berazam untuk jadi lebih baik dan sempurna. Semakin tua semakin matang dan semakin tenang.. Memanfaatkan ilmu minda untuk kejayaan masa depan. Insyaallah aku sudah tanamkan benih kejayaan dalam minda separa sedar untuk mengorak langkah hebat dalam mengejar impian. Sebagai permulaan tahun baru 2010, aku akan mempelajari ilmu kuasa minda ini daripada sifu 'mentalist' yang berpengalaman selama 20 tahun. Membuka segala 'rahsia' potensi yang ada di minda ini untuk manfaat sejagat. Aku percaya mampu melakukannya...

Dalam waktu ini, sebagai permulaan aku cuba teroka sendiri alam alpha ini dengan bertafakur diiringi bunyi alam sebagai terapi... di dalam hati diselami zikir yang mengagungkan kuasa pencipta alam.. ia begitu sinergi.. setiap hari rasa lebih sihat dan tenang.. Aku percaya dapat menyingkirkan tenaga negatif dan menghiasi minda & jasad dengan energi aura positif.

Pengalaman pertama ia sungguh menakjubkan.. aku ingin mendalaminya lagi dengan sifu 'the mentalist' ini dalam bulan januari 2010... menunggu penuh sabar dan bersiap sedia untuk menerima aura positif yang terbesar dalam hidup...

Moga aku dikurniakan umur yang berkat.. dimurahkan rezeki.. dan diberi kemudahan untuk berjuang di jalanNya... ameen.. :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.