Dilanda demam bervirus..

Oh jangan memain bab demam2 ni.. org kata leh kene Chikungunya... aku skrg tgh bergelut dgn demam pelik.. memula pening kepala x hengat.. muntah.. loya then berkampung di toilet dgn 10 kali sehari.. huu mmg gler aa.. simptom diarrhea ni mengesahkan demam bervirus ni mmg terpaksa menghadkan pergerakan luar rumah, makan masak sendiri dan byk minum air putih.. penyahtoksinan dengan makan byk sayur, buah dan bijirin.. diet la aku dalam beberapa hari nih..

Terpaksa menangguhkan perlancaran..

  1. Ebookjutawan
  2. Web Social Network
  3. Project CD
Aku harap leh recover dalam masa sehari dua nih.. yg penting rest & heal.. :)

Pindah rumah....

Sejak cuti raya cina ni busy pulak dgn aktiviti pindah rumah baru di sentul KL.. wah rumah dah renovate baru sure happy sakan... cuma nk masukkan barang pada hari sabtu nih.. sure penat gler.. apapun mulakan hidup baru di rumah baru... banyak perkara yang perlu dilakukan nanti.. untuk menserasikan diri dengan environment baru..

Aku tgk sejak beberapa hari ni agak 'cerah' potensi masa depan... bayangkan berapa banyak penjimatan dengan di di area KL.. tanpa banyak songeh dan kjp saja leh sampai KLCC maupun dataran merdeka.. tak perlulah nak berulang alik dari subang atau pj lagi..

Semalam sempat gak tgk carrefour.. nak beli tv beso.. haha.. skali tgk full home theater set dalam RM9k.. mmg gempak aa... puas tgk.. insyaallah bole dpt suatu hari nanti :)

Whoops... jadi superman kejap...

Mcm biasalah.. hari ni aku mcm 'super' sket.. byk order cd duit pun masyukk.. alhamdulillah... so far apa yang aku faham ialah 'rahsia marketing' yang patut diketahui oleh semua 'internet marketer' Malaysia yang baru nak berjinak-jinak dalam arena ebiz ini...

Apa yang menguatkan usaha aku adalah 'imaginasi' untuk jadi hebat... mcm superhero superman.. maupun james bond.. berkebolehan serba serbi.. dari bab sekecil semut hinggalah bisnes dan tech-savvy.. semua ini merupakan satu 'kehidupan' yang aku sendiri alami dan 'happy' dgn apa yang ada hari ini..

Apa yang menarik adalah dunia internet skrg lebih 'misteri' dari apa yang disangkakan.. semua orang boleh explore peluang2 percuma dan lumayan.. tanpa disangkakan mendatangkan rezeki yang tak putus-putus...

Soal mencari duit bukan lagi satu perkara 'susah'.. seolah-olah duit itu mendatang mencurah-curah dan memberi rahmat yang cukup bererti.. Apa yang kita perlu buat adalah sentiasa bersyukur, mengucapkan terima kasih, sentiasa berdoa dan bertawakal pada tuhan, sentiasa bersikap positif dan meneruskan usaha dengan penuh bersemangat..

Setiap hari bagaikan hujan emas... yang perlu kita sambut dengan kesyukuran.. usah membazir dan membuang masa atau melakukan perkara yang sia-sia... disiplin itu penting.. jgn tinggal solat.. jgn derhaka ibu bapa.. dan jangan sesuka hati ikut kepala sendiri tanpa memikirkan tuntutan agama... sabar itu hikmah.. insyaallah orang yang bersabar akan memperolehi kemenangan di kemudian hari...

Oklah nak sambung kerja.. hari ni jumaat yang penuh barakah.. thats why i love friday.. my lucky day :)

Die another day...

Aku suka title filem James Bond neh.. seolah-olah kene usaha segila mungkin supaya menyelesaikan misinya sehingga habis dan jangan mati selagi belum habis... ini satu tagline yang mmg bagus untuk diri aku.. yang ada misi dan impian.. moga dapat diselesaikan sebelum hembusan nafas terakhir..

Mmg diri ini suka mencabar hidup sehingga ke garisan penamat.. org kata pushing the limit.. dalam hidup kita ada 1 peluang untuk hidup di dunia sebelum mati. Oleh itu aku tidak gentar kerana jika aku mencapai misi al-Falah ia sudah mencukupi berjaya di kedua-duanya sama ada berjaya di dunia maupun di akhirat..

Masalah yang melanda setiap hari umpama semut... dihurung dan dikelilingi dgn pelbagai ragam aneka manusia... kita tak pernah terlepas daripada kesilapan.. dan dengan itulah kita berharap dapat mempelajari sesuatu untuk berusaha lebih baik di masa hadapan..

Perasaan marah, kecewa, bengang, frust menonggeng, sepi, sunyi, kesal, sedih, pilu, hiba, senyum tawa gembira semuanya adalah lumrah kehidupan... aku harap dapat berusaha sebaik mungkin mencapai misi al-falah.. itu lebih penting... perasaan ini hanyalah satu infiniti.. tetapi al-falah dan kejayaan sebenarnya adalah alam akhirat yang pasti dan realiti...

Kesusahan di dunia akan ditebus untuk kesenangan akhirat... dan Allah membeli dari orang2 mukmin dunia mereka dan gantikannya dengan akhirat yang jauh lebih baik..

Dengan berlapang dada.. tekad dan nekad yang jitu.. kita jadikan kesungguhan dan kecekalan itu senjata untuk meneruskan hari-hari yang mencabar.. usah gentar pada halangan, cabaran dan rintangan.. just smile back then.. kita mesti berani.. berani mencuba dan berani mati.. barulah ini dinamakan jihad.. perjuangan yang masih belum selesai...

Hari biasa di office..

Aku rasa hari ni x la kelam kabut sangat.. padahal kerja melambak.. haha.. namun aku banyak x puas hati dengan subordinate yang kurang proaktif.. mungkin terlalu berlembut dan diorang take for granted.. its ok, i dont want to stay any longer with them soon.. dah pk nak minta 'tukar angin' nanti.. aku harap tahun ni mampu mencipta lebih banyak kejayaan dengan orang yang benar2 serius nak bekerja. bukannya org yg suka lepas tangan dan buat x endah saja..

esok aku rasa mesti kelam kabut.. sbbnya byk meeting.. dan nak kene report sana sini.. namun be positive thinking itu lebih penting kerana dunia kita lebih memerlukan elemen keberanian dan semangat yang tak pernah luntur..

apa yang menarik hari ini aku dah mulakan kembali e-marketing dengan penuh rancak.. order cd makin meningkat sales juga cukup bagus, ROI sudah hampir 100% dalam masa 1 hari. Yups.. ini suatu perkembangan yang mengagumkan.. namun aku masih belum puas hati.. sebabnya viral marketing technique aku belum dalam dilaksanakan 100% kerana masalah server.

Bayangkan apabila semua tools e-marketing berfungsi 100% sptmana yg aku harapkan, maka masa tu lebih banyak web traffic & conversion rate meningkat pada kadar cost yang minimum. dahsyat.. cuma peluang aku ini perlukan masa untuk establish.. maybe 2 tahun lagi.. perlukan masa 24 bulan utk build-list yang besar dan berpotensi.

hari yang biasa ini lebih gemar berfikir dan merancang masa depan.. mana tahu mungkin salah satu impian itu jadi kenyataan..

My Unchained Melody...

Dulu masa kecil dalam umur 9 tahun aku suka lihat langit... kenkadang sewaktu petang selalu baring di padang sambil tgk awan dan langit biru.. luasnya.. rasa mcm lapang.. masa tu tak terfikir betapa agungnya ciptaan mata sekecil telur ayam ini mampu memuatkan penglihatan sebesar langit biru... betapa luasnya alam itu mampu dilihat mata kecil ini.. namun terlalu sedikit manusia yang mahu menyedarinya..

Zaman sekecil aku pada waktu itu sebenarnya jauh lebih gembira daripada zaman dewasa sekarang. Lebih selamat dan seronok berbanding rasa bimbang kerana hari ini dunia seolah-olah mahu menelan masa depan tanpa belas kasihan.. Betapa mencabarnya kehidupan hari ini berbanding 20 tahun dulu.. Orang semakin tamak haloba dan hilang maruah. Dan di pentas ini juga mereka sanggup melakukan apa saja untuk hidup waima melanggar aturan tuhan..

Aku membesar dan dewasa.. melihat segalanya dengan mata kecil ini.. kenkadang x sanggup melihat lagi kerana terlalu banyak kepongahan dan kesedihan yang x mampu dibendung lagi. Namun hati tetap tabah dalam menelusuri denai berliku.. Kita mampu untuk harunginya dengan usaha dan doa.. sekiranya tersungkur rebah.. kita hanya perlu bangun untuk melangkah kembali ke hadapan.. esok hari masih ada.. masa kan trus bersilih ganti...

Reaching higher... reaching for the star...

Bile dengar lagu razzi.muz.ik reaching higher mmg cukup memotivasikan... ini menyebabkan aku sentiasa berfikir bagaimana nak multiply income dari hari ke hari.. sbb tu sedang mengkaji dan menggodek money making idea yang mudah dan senang dilaksanakan..

seperti mana kata slaah sorang mentor dan sifoo internet marketing.. financial freedom bila anda mempunyai backup simpanan wang untuk 2 tahun (12 bulan).. kendian dah dapat stable income setiap bulan dari pelbagai sumber MSI.. dah setel debt hutang seperti hutang kereta, ptptn, personal loan atau credit card.. barulah dalam keadaan 'comfort zone' utk financial freedom..

So sekarang kene berusaha lebih keras untuk berjaya.. platform yang ada cukup bagus dah skrg.. cumanya kene bina satu persatu kejayaan.. target yang jelas setiap bulan.. ini yang aku harus cepat bertindak daripada banyak bercakap.. :)

Im grateful to be... ME.. !!

Sejak beberapa hari ni banyak perkara berlaku.. semua mcm yoyo.. namun aku berjaya melepasi semuanya tanpa collateral damage yang besar... aku langsung tidak bertindak untuk counter-attack sebaliknya dalam keadaan yang rileks dan bertenang.. Di tangan aku ada bukti.. bukti yg boleh menggusarkan position mereka. :)

Tapi aku pk balik.. alangkah rendahnya mentaliti mereka kerana bertindak sedemikian.. dan aku hanya bertenang supaya tidak menjadi rendah mentaliti seperti mereka juga...

Dalam keadaan spt ini, aku mesti mengutamakan kepimpinan.. masih hormat dan taat setia.. dan selagi aku masih baik sebegini inilah untuk meneruskan perjuangan.. masalah sebegini umpama sekecil semut.. usah hiraukan sekecil itu.. anytime saja boleh pijak jika aku mahu..

Namun di sini aku ada 2 tahun saja lagi... tahun 2009 adalah untuk meneruskan menggapai impian.. bulan ini cipta sejarah aku dah dapat rumah sentul yang berharga RM80k... dan rumah pj bernilai setengah juta dalam akaun masa depan.. aku harus bergerak maju ke depan dan tidak memikirkan soal titik bengik mcm semut tadi...

Dunia sentiasa berputarligat.. aku mesti pantas ke hadapan.. meninggalkan segala yang remeh dan terus mencipta kejayaan.. di samping itu perbanyakkan amal kebajikan terutamanya membantu muallaf.. hari ni aku dah kuarkan sket duit poket sendiri kepada seorang muallaf yang dalam kesusahan.. harap ia dapat membantu.. rm100 x banyak mana tapi moga ia dpt membantu meringankan beban sedikit. aku tak kesah apa org kata pasal baitulmal dan sebagainya... mereka x tahu apa itu baitulmal sebenarnya... sebaliknya aku secara personal dan memahami saudara seagama kita pantas rela membantu.. dan ini adalah salah satu tanggungjawab kita sebagai muslim yang prihatin...

Lupakan soal birokrasi, soal politik, soal sepak terajang yoyo pokemon dan sebagainya.. kita focus kepada agenda ummat.. focus kepada agenda kejayaan.. dan focus kepada al-Falah...

Aku bersyukur pada tuhan.. memberi segalanya untukku.. aku cuba sedaya upaya berusaha untukMu.. berjuang di jalanMu.. jihad ekonomi adalah landasan aku seterusnya pada 2011.. moga Allah makbulkannya !!!

Hari Pertama 2009 !!

Nampaknya aku mengambil peluang ini untuk menulis pada saat-saat awal tahun 2009 tiba... rasanya ini first time wat cmni.. sanggup x kuar mana-mana sebaliknya berdepan dengan workstation pada awal malam tahun baru. Apa yang menyebabkan aku begitu teruja ?


Impian
Inilah yang mendorongkan aku untuk lebih berjaya di masa depan. Aku rasa hampir semuanya puas hati untuk tahun 2008 dan tahun seterusnya adalah detik-detik kejayaan yang lebih sempurna. Skrg ni nak focus career & business.. empayar yang amat penting dlm hidup setakat ini.

Berhenti buang masa
Dulu aku suka ber'procrastinate' sambil lewa.. kbykn hidup byk rugi.. so kali ini kita perlu disiplin.. tiada lagi agenda main-main.. perlu disiplin dan serius.. kalo nak jadi jutawan kenalah rajin dan focus.. kalo asyik buang masa dengan perempuan, hiburan, permainan, skandal, tido malas dan sebagainya mmglah ia akan merugikan... setiap saat yang berlalu tidak dpt diganti lagi...

Sepenuh hati...
Mcm orang bercinta separuh hati.. sure x kan menjadi punya.. sbb tulah kene wat sepenuh hati.. apa jua matlamat apa jua pekerjaan perlulah sepenuh hati bg mencapai kejayaan lebih sempurna. Sepenuh hati berusaha yang terbaik, sepenuh hati belajar dari pengalaman, sepenuh hati dalam meneruskan perjuangan...  barulah berjaya...

Aku rasa kebanyakan mentor2 yang ada sure wat kerja sepenuh hati.. sbb tulah diorang kaya ilmu dan kaya hati...