Reaching higher... reaching for the star...

Pernah dulu aku ingin terbang tinggi bebas setinggi langit.. biarkan sayapnya terbentang seluas saujana memandang di lautan maupun daratan... Impian menggunung.. harapan yang setinggi bintang..

Sepertimana pengalaman aku dulu dalam profession perguruan tahun 2004 kendian jadi assistant manager di YaPEIM tahun 2005, pegawai MAIWP pada 2006 seterusnya webmaster, graphic designer, internet marketer dan motivator telah melengkapkan beberapa impian selama ini yang tak pernah dibayangkan..

Belum puas.. nak mencapai self-actualization itu jauh sptmana yang diimpikan... orang kata jika terbang tinggi nanti teruk jatuhnya... well said.. i have no fear at all.. :)

Sejak dari dulu lagi aku belajar banyak perkara.. dari mentor luar dan dlm negara.. hanya orang yang berani saja akan berjaya... golongan 'risk-takers' ini adalah pejuang sebenarnya.. berani untuk gagal dan berani untuk berjaya !

Sekarang ni tiada masa untuk undur kebelakang lagi... kita harus berani mara ke depan.. berani utk capai impian.. dont let anyone bring u down and steals ur dreams... be strong & be brave.. and may god bless us.. :)

Masih di wad, Pusrawi KL

Aku masih di wad hari masuk hari kedua.. doc tgh bg treatment utk acute bronchitis yg merawat simptom sesak nafas.. wah.. lega sket.. kalo tak mengah dan semput aku nak berjalan setapak dua.. agak aneh kesusahan begitu selama ini aku leh aktif umpama superman.. hehe..

Bagusnya duk wad ni ialah x perlu pk soal kerja.. just rilex habis.. tapi tak bestnyer ialah aku cpt mati kutu.. hehe.. sib baik ada laptop & broadband.. senang sket nak merayap dgn net..

oklah. byk pulak pelawat hari ni.. member2 dan juga family.. chow dulu..

Amalkan prinsip The Law of Attraction

Kalo bole dalam jurnal ini aku nak tulis cerita2 positif saja.. sbbnya ialah ia akan mempengaruhi hidup kita dalam keadaan yang optimis.. aku kalo boleh nak galakkan suasana kondusif.. tak kira apa jua berlaku.. kita perlu sentiasa positif dan bijaksana dalam hidup.. ini kerana life must go on...

Lebih suka tagline Nike.. Just Do It... ataupun trademark No Fear ... Ia menggambarkan keberanian dan kesungguhan..

Sptmana video The Secret yang mempraktikkan Visual sbg medium utk memotivasikan kita maka dgn itulah yang aku praktikkan supaya setiap hari mampu membuat kaizen dan continuous improvement... kalo nak berjaya kenelah banyak membaca dan menafsir keadaan.. belajar dari org yg berjaya dan disiplin diri untuk mencapai matlamat...

Pernah gagal sebelum berjaya...

Semasa aku pegi PD aku mendapat tahu byk perkara.. dari hal pelik2 sehinggalah yang serius terutamanya politik dalaman.. xpelah sudah sampai masanya nanti aku akan buat keputusan drastik setelah berjaya mencapai target financial freedom.. malas nak ambil tahu soal politiking sebegini sebabnya ia membuang masa saja..

Tahun 2004 telah mengajar aku perkara yang bermakna dalam hidup.. dan kini masa untuk merealisasikan impian tanpa rasa keliru lagi.. walaupun aku pernah gagal teruk pada masa lepas namun aku sudah berjaya menjadi seorang yang lebih berani dan bertanggungjawab..

Pengalaman aku terus mendewasakan kita.. tiada gunanya paranoid dan skeptikal dengan kegagalan yang lepas.. sebaliknya kita jadi lebih optimis kerana sudah mengetahui strategi yang lebih baik daripada yang terdahulu...

All da best for me... god bless us all...

Beethoven... si pekak yang suka music...

Music should strike fire from the heart of man, and bring tears from the eyes of woman.... ~ Ludwig van Beethoven
Aku ada tgk movie pasal beethoven ni.. seorang yang genius music, a great maestro.. dan mmg dikenang sepanjang zaman bagi mereka yang bergiat dalam arena music.. kata-kata beliau di atas sudah menggambarkan betapa mendalamnya passion dalam music melibatkan soal hati manusia..

Ya, kenkadang aku dapat merasai apa yang beethoven cuba sampaikan dalam mana2 karya music beliau sama ada Pathetic, Symphony, Fur Elise, Moonlight dan sebagainya.. karya klasik yang penuh perasaan.. sama juga mcm tokoh Islam al-Farabi yang mampu memainkan alat2 music yang menyebabkan orang menangis, ketawa dan mengikut perasaan sepertimana yang diperlukan..

Beethoven ni pekak kerana ditimpa sakit yang masih tidak dinyatakan dgn jelas.. Mungkin Allah sudah menarikbalik nikmat dengarnya.. Namun karya2 sebelum beliau sakit pekak diiktiraf pada zaman Enlightenment.. Sehingga kini orang masih mengagumi kegeniusan beliau dalam music.. kenkadang aku ingin juga jadi maestro.. pandai main alat music.. tp rasanya mcm terlalu tua utk belajar piano.. hehe...

Resting @ new home sweet home..

Lega rasanya ada rumah sendiri.. sejak berpindah ke Sentul East rasa mcm bertuah sangat sbb mmg dekat dengan tempat kerja.. dalam 10 minit je leh sampai.. kalo duduk pj atau subang sure ambil masa 45 minit..

Hujung minggu ni sempatlah shopping2 di Giant.. rasa mcm nak patah kaki sebab lama sangat berdiri.. dah la ramai orang.. apapun aku berjaya akhirnya beli tempura fish nugget yang dah mengidam sejak seminggu lamanya.. hehe..

Cuma di sentul aku tak tau kat mana nak gi basuh kete.. so terpaksa gi car wash di lembah pantai tempat yg biasa pegi.. ok la lepaskan rindu di tempat lama dan jumpa member2 fanatic myvi... aku dah angkat bumper myvi passo.. cuma tunggu masa nak pasang saja.. maybe after outstation di PD next week kot pasang kat member punya port...

Lusa cavenzi hantar sofa, dinner table, rak baru ke sentul.. mmg diorang punya design ada class dan banyak options.. yang paling best dpt diskaun hebat.. thats why i love cavenzi.. hehe.. pelan2 le nak design new workstation aku di rumah.. yg pastinya speaker evo5 sonic gear aku akan gegarkan workstation. huhu..

oklah, nak sambung keje.. banyak sales hari ni.. tp net slow sgt nak masuk maybank2u pun lembab... arghh.. nak tukar P1 WIMAX lah camni... :)

Susah nak puaskan hati semua orang....

Inilah cabarannya jadi orang yang berlatarbelakangkan agama.. belajar shariah tapi bukan 100% tiket untuk memuaskan semua hati orang.. kenkadang orang ramai mempunyai kesimpulan yang cukup salah mengenai sesuatu perkara berkaitan dengan agama Islam.. Usaha dakwah kini sudah menjadi satu jihad.. dan kini terpaksa tampil kehadapan untuk menjelaskan yang sebenarnya tentang kebenaran dan hakikat...

Soal agama bukanlah boleh dinyatakan semberono.. tidak boleh sewenang-wenangnya buat kesimpulan yang tidak ada nas dan dalil.. Itu salah.. Kalo solat fardhu wajib maka wajiblah bersolat.. kalo poligami harus maka haruslah bg mereka yang berkemampuan dan jangan buat statement yang boleh merosakkan aqidah.. islam itu sempurna.. dan kita patut belajar apa yang terkandung dalam Islam dikatakan sempurna tersebut...

Ramai orang juga buat statement dengan emosi tanpa berlandaskan dalil yang kukuh.. menempelak dengan cara yang celupar dan tidak menerima pandangan yang sahih adalah satu bentuk kejahilan yang nyata...

Aku kenkadang rasa mual nak berlawan dengan orang2 jahil.. bukan apa.. tiada maknanya.. hakikat sebenar adalah berlandaskan al-quran dan hadis.. tapi mereka tidak mahu menerima hakikat maka jawablah di akhirat nanti... yg penting dakwah itu disampaikan dan terpulang kepada Allah swt untuk membuka hati dan memberi hidayah... manakala para daie usah kecewa dan hampa.. teruskan usaha murni itu untuk berdakwah menyampaikan kebenaran...

My Reminiscence.. like the old days..

Dulu-dulu masa kecik di sekolah SRK Seri Indra Perlis, aku rasa akulah orang yang paling 'gila' dalam sekolah.. hyperaktif lompat sana sini.. datang sekolah sekadar mahu bermain dgn kawan.. ya.. mahu bermain saja.. belajar ntah ke mana.. hehe.. paling syok main police n thief.. main tudung botol minuman fanta.. main bola sepak.. main basikal sebagainya..

Cikgu2 kenali aku sebagai budak yang nakal tapi bijak.. ya bijak kenakan rakan hatta guru sekali.. pernah juga kene rotan di perhimpunan dan denda macam2.. namun semua itu aku anggap mcm takde paper.. seolah2 'kecil' titik bengek.. tapi bila pk balik.. aduhai sure pening cikgu masa melayan aku waktu kecil...

Pernah aku terjun tingkat 1 dari balkoni.. semata2 nak lari dari kene serkup main2 police n thief.. member aku pun lompat sama.. sama gila.. aku ingat dia tu anak manja.. tapi cute.. haha.. walau apapun aku mmg suka kawan yang segila dgn aku.. susah nak cari kawan mcm tu lagi.. bertuahnya kalo aku dapat jumpa diorang balik...

Selepas insiden lompat balkoni tingkat 1, aku kene panggil dgn cikgu.. mcm biasalah dia memulas2 telinga aku ni mcm press handle motor... ada ka patut... org tgh syok lepas dari police n thief then kene serkup pulak dgn cikgu.. mmg telinga aku suka dijadikan sasaran.. agaknya cikgu aku ni geram kat muka aku yg cute tuh..

Mmg aku ni jenis boring dalam class.. iyolah main lebih best dari belajar.. balik sekolah je terus naik basikal bmx aku merayap merata tempat.. hatta sanggup berbasikal sensorang 5 kilometer jauh dari rumah semata-mata nak lepak kat shopping mall looking good.. beli keropok dan air gas.. hehe..

Mmg takde keje.. tapi itulah yg aku wat.. menjadikan diri aku lebih survival.. padahal nak beli keropok ada je kedai dekat 500meter.. tp suka lepak di bandar kangar tu yang buat aku sanggup berbasikal sensorang jalan jauh2 budak berumur 11 tahun cuba pecah rekod... kalo mama tau ni sure dia piat tinga aku... yela anak sulung kesayangan dia.. hehe..

Alangkah bestnya kalo aku boleh balik time dulu2... i wanna be free again... :)

Jiwa Pemimpin Jiwa Pejuang !!!

Menyoroti sejarah kehebatan salahuddin al-ayubi panglima Islam yang menakluk kota Constantinapole adalah cukup hebat dalam sejarah dunia.. Begitu juga sejarah khalifah rasyidin bermula Abu Bakr, Umar, Usman & Ali.. mereka adalah sahabat nabi yang berjiwa pemimpin dan pejuang.. tak pernah putus asa dgn cabran menimpa dan punya iman taqwa cukup utuh..

Kejayaan mereka bersandarkan kepada kualiti iman kepada Allah swt.. cinta pada RasulNya.. serta menjunjung al-Quran dan Sunnah sebagai the way of life... adakah kita sehebat mereka ??

Dalam hidup ini, apa yang dikejar perlulah bijaksana.. Usah biarkan sikap negatif dan pesimis meruntuhkan daya saing untuk maju kehadapan.. kita perlu bersikap positif dengan peluang yang ada dalam hidup supaya kita boleh mencipta kejayaan.. Jika kita paranoid dan skeptikal sehingga tidak mahu melakukan perubahan maka rugilah untuk mengecapi kemanisan indahnya mencapai impian...

Sebab itulah kebanyak pemimpin2 hebat ini punya impian, dreams dan virtues yang menyakinkan.. sbg contoh Maharaja Rom Julies Ceasar pernah mengungkapkan kata-kata 'virtue' yang popular... Veni, Vedi, Vinci... ia bermaksud.. I came, I saw, I conquered....

Ganazz.. itulah keyakinannya dizahirkan dalam bentuk kata mudah... jika mahu berjaya dalam hidup kita perlu jadi 'leader' dan 'fighter' dalam mendepani cabaran... jangan jadi pengecut dan melarikan diri dari masalah sahaja..

Bak kata DSAI.. lawan tetap lawan !!

2 years more... :)

Before 2012.. to achieve my goal.. my dream... pursue my financial freedom with my special ebiz model.. adakalanya menunggu itu suatu penyiksaan.. namun apabila kita sabar.. kita cekal dan tabah... sesungguhnya ia menjadikan hati ini lebih kuat menghadapi apa jua cabaran dalam hidup..

Sekarang ni aku sudah mempunyai rumah sendiri.. after memiliki kereta impian kini masa mengorak langkah mencari sebuah kerjaya impian pula... ya.. impian itu sepenuhnya akan direalisasikan dalam masa 2 tahun... aku memerlukan masa untuk menguasai teknik 'hebat' yang telah diberitahu mentor sejak 2 tahun lepas..

Sekarang masa untuk belajar mengembangkan 'network' sehabis baik mungkin... dari dalam dan luar.. sepenuhnya... adakalanya masa sebegini penting untuk pengalaman.. Aku mesti belajar dari pengalaman dalam peringkat 'management' agar tidak terlepas peluang menikmati 'journey' yang jarang orang lain boleh dapat...

Kita perlu belajar dari masa ke semasa.. inilah yang dikatakan pengalaman mengajarkan kita ilmu praktikal yang memberi kesan sepanjang hidup.. Sama juga spt pengalaman aku semasa menjadi guru di SAMTTAJ dan assistant manager di Yapeim tahun 2006.. Kedua-duanya telah melengkapkan aku sebagai seorang 'leader' generasi masa depan..

Namun masih belum cukup setakat itu.. aku masih belum mahu berhenti.. ada keseronokan yang tersendiri buat masa ini.. walau aku ditawarkan kerja lumayan di Brunei.. aku tetap di Malaysia yang istimewa ini.. bagi aku internet telah menafikan sempadan geografi.. no more passport or visa.. segalanya di hujung jari sahaja..

Insyaallah bila tiba masanya... aku akan bertukar sepertimana apa yang aku inginkan.. kerjaya impian.. dream career yang mahu digapai hebat oleh orang mcm aku ni perlu dengan kesabaran... x boleh terburu-buru manjang.. :)

Bayangkan 3 website dengan income rm2k seminggu.. Bayangkan dgn 10klist boleh generate RM10k sebulan.. segalanya dalam genggaman tidak lama lagi.. apa yang perlu ada masa, keyakinan dan kesabaran... :)

Kerana impian aku masih gagah melangkah..

Second day life di rumah baru sentul east.. hehe syok sbb sampai dalam masa 15 minit berbanding 1 jam di subang atau pj.. this is really FUN.. duduk di sentul mmg banyak hebat, jimat banyak perkara dan paling penting i'll realize my dream workstation ever build in my career... insyaallah dalam kepala ni macam2 dah pk.. hehe..

Actually aku belum kebah sepenuhnya sakit ni.. tp tetap kuat dan kembali jaga makan dan rehat lebih banyak.. aku risau dah hampir seminggu dalam keadaan yang cukup pelik.. selagi aku masih bersemangat segalanya akan jadi lebih mudah dalam keadaan spt ini..

Anyway, segalanya projek sedang di reschedule semula.. aku harap dpt lancarkan 1 lagi projek CD yang menepati kehendak ramai pada harga yang mampu beli.. Dari survey aku sebelum ini dah dapat range harga yang dpt memuaskan hati banyak pihak.. dan content CD tersebut lebih berinformasi dari yang difikirkan.. Jangkaan customer tahun ini adalah sebanyak 1000 orang yang kini yg ada dalam list aku dah lebih seribu orang juga... Insyaallah dapat capai lebih banyak potential customer dalam list kerana sudah di'bribe' sebaik mungkin.. hehe..

Okeh.. aku harap dpt menulis banyak lagi di lain masa... skrg ni terasa mcm energized nak wat seme kerja... superman.. :) hehe...

Live life cool..

Semalam makan 'beso' kat restoran ala thai 'Vichuda' kat sunway damansara.. bebudak vivac ramai rupanya.. hhe.. 2 ikan siakap besaq gler masak merah dan stim menjadi santapan utama.. tom yam dan sayur kailan.. beserta kerang bakar dan udang tepung goreng.. mmg terbarai kekenyangan selepas tu.. alhamdulillah..

Lebih menarik lagi terserempah dgn fahrin Ahmad dan sorang model di situ.. dinner kot.. yg heran tu di public area.. sib baik aku tak tegur.. haha..

Neway, tq ayang krn sponsor this mega dinner ever.. dapat duit byk tu kene smart sket.. jgn perabih duk makan jer.. haha..

Lepas habis dinner, buat lawak2 sembang ntah paper.. then puas hati sbb boleh show perut dah buncit... keke.. mmg rock aa. Balik dlm keadaan mengerang krn sudah penuh tangki.. huu.. sib baik leh tido..

Neway, aku nak citer byk lagi but customer byk le rini.. xpe sibuk2 janji duit masyuk...

90% recovered and healed... alhamdulillah..

Hari ni dah hampir beransur sembuh.. tiada demam dan kronik berkampung di toilet mcm sehari lepas.. so far aku lepak di rumah saja kalo xde apa2 yang urgent.. semalam sempat gak la beli speaker sonic gear yang lebih gempak, washing machine baru pun dah sampai.. best gak ler.. rumah sentul tinggal peti ais je yang kene angkut di Subang.. Nak beli tv LG 29" yang baru besar le sket.. cuma tunggu ayang balik dari klate tgk mok sakit.. after balik continue le keje utk perpindahan besar tahun ini..

Aku perlu siapkan ebook aku secepat mungkin.. orang dah mula tertunggu-tunggu.. dan buat video tutorial baru bagi cd psd... manakala jv dengan azwan ikb masih dalam proses.. aku harap dia leh kotakan janjinya..

Dengan kesihatan yang semakin baik ini akan ku gunakannya utk memacu hidup lebih ceria !