Segala macam perkara terus memenuhi kotak pemikiran ini yang menambah rencah dalam kehidupan.. adakalanya terlalu lelah dan kepenatan mengharungi ujian yang tidak putus-putus menguji ketabahan hati... lebih suku dekad mengharungi derita.. terus dikhianati.. ditikam berulang kali.. dan luka lama terus berbalut tidak sembuh lagi..

Namun aku terus mengharap.. moga hati ini bisa terubat.. walau mustahil sekalipun ku pinta padaNya agar diberi kekuatan.. agar diringankan segala beban.. dipermudahkan segala urusan.. Relakan daku untuk terus melangkah.. moga kembara ini akan berakhir ke destinasi yang diredhaiNya..

Hati ini sarat dengan penuh pengharapan.. kesetiaan yang menyaluti segenap pelusuk hati ini menyakini janji-janjiNya.. Orang yang beriman itu akan diuji keimanannya.. Sekiranya berjaya maka syurgalah ganjaran.. nikmat yang tak putus.. senyuman dan kebahagiaan yang abadi lagi hakiki...

Akhirnya tercapai jua...

Dah 2 hari aku menggodek-godek notebook baru yang dikeluarkan Acer dgn model Gateway NV Series dgn spec Intel Centrino Processor Core2 Duo 2.0 ghz, 3gb ddr2, graphic card Nvidia Geforce, Dolby Surround Room, original Windows Vista Home, HDMI etc dgn harga yang berbaloi RM2500 jer.. Sbb tgk model lain semua dah rm3k ke atas utk buh nvidia neh.. apapun masih byk nak buat kerja, install byk sofware di samping nk membiasakan diri dgn vista..

Tercapai jua hasrat beli notebook baru setelah sekian 2 tahun bergantung harap pada kudrat Acer Aspire aku yang mmg byk berbakti.. Bleh le aku berpindah ke platform yg lebih pantas dan cekap. Lagipun bg kat tini acer lama tu utk buat kerja biz dia. Cuma u-mobile broadband ni aku tetap guna selagi w1max x dpt nk besarkan coverage dia di tempat aku ni.. Kalo x dh lama balun.. hehe..

So selepas ni kerja aku semakin laju dan pantas serasi dgn peredaran masa. Semangat semakin tinggi dan focus juga semakin hebat !

Segengam Tabah - Inteam

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Retreat...

Aku terbangun awal hari ni.. takleh tido plak lalu kembali mengadap laptop dan net melihat pelbagai perkembangan terbaru. Sesambil tu dengar lagu Hero.. lagu lama Mariah Carey ni sungguh gemersik skali.. :)

Kini sudah beransur tenang melodi event.. ia akan rancak kembali semasa bulan Ramadhan dengan program di 4 buah hospital. Aku dah plan untuk paperwork yang semestinya penting tahun ini. Apapun semuanya akan berlalu jua..

Aku sedang memikirkan kembali bagaimana nak setelkan beberapa projek lama yg dah tertangguh ini. Mmg busy tol la kali ni.. Sampai x sempat nak wat ebook baru. Jika aku boleh curi peluang masa mesti cukup bertuah. Bayangkan 2 dunia berbeza digarap bersama pengalaman sudah tentu memberi banyak manfaatnya.

Di waktu cuti ini aku banyak buat kelainan dalam hidup.. misalnya ke destinasi ikut jalan berbeza, belajar makan sejuk2.. belajar makan ubat.. huh aku paling x suka ubat.. tapi terpaksa ambil.. malah healer yg doc bagi aku dh tak guna.. ada 2 botol x habis2.. hehe..

Aku rasa banyak berbeza sejak dulu, masa sakit makan ubat, masa workaholic boleh rileks, dan masa rileks boleh workaholic.. belajar bagaimana nak balance.. semua ini mengikut irama dan seni nya tersendiri.. mustahil orang lain mampu lakukannya tanpa pengalaman dan dlm keadaan pressure yang tinggi.. hanya mereka yg pernah alaminya akan tahu bagaimana tingginya langit dan dalamnya lautan..

Aku banyak belajar semasa berdepan dengan urusan orang besar2 spt menteri, dato', tan sri, Ketua Pengarah etc.. mende2 inilah yang mengajar kita bagaimana nak manage diri dan orang lain serta company dengan lebih professional.

Bukan sekadar teori management di dalam buku semata-mata.. ia lebih kpd practical knowledge !

Masa yang semakin pantas berlalu...

Aku masih di workstation menyiapkan update terbaru premium rahsiaebiz dengan pelbagai template joomla yang menarik. Tinggal 36 slot terakhir yang akan habis x lama lagi dan menjadikannya satu portfolio yang berjaya nanti...

Esok dan lusa merupakan perhitungan penting.. apapun aku dah cuba yang terbaik untuk event.. segalanya telah dirancang dan terpulang kepada tuhan yang menentukannya.. Aku tetap berharap semuanya akan dilalui dengan baik.. Seterusnya menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih hebat dan berani..

Beberapa projek ebook aku terpaksa ditangguh kerana big events.. hehe.. apo nak buat.. yang penting didahulukan.. suatu masa nanti aku akan setelkan apa yang tertangguh itu dengan serius.. mungkin x tido 2 hari dan bersengkang mata di depan workstation tanpa diganggu.. selagi dunia belum kiamat.. emm.. aku rasa hidup ini tidaklah membosankan.. setiap hari ada saja perkara baru.. yang menariknya network dah makin bertambah setiap masa.. inilah aset penting untuk mencapai financial freedom..!

Dalam masa 2 bulan dari sekarang.. aku akan dapatkan new workstation dgn processor AMD Turion X2 dan DDR2 3GB untuk meneruskan survival design dan business lebih mantapss... Skrg ni workstation aku core duo processor ni belum mencapai tahap apa yang aku nak.. i need more higher performance.. barulah seronok utk melampiaskan segala kreativiti ini tanpa batasan... Selain itu nak cari pengganti u-mobile broadband dengan beralih kepada W1MAX yang lebih pantas.. ni mmg nak menggilekan workstation download banyak movie.. hehe...

Hari yang aneh...

Hari ni aku mcm nak terbang melayang after ambil ubat yg doc bagi.. nak kata khayal tak juga sbb masih boleh bawa kereta dan buat keputusan penting.. then banyak perkara hari ni yang perlu diselesaikan sehingga body mcm lesu semacam..

Wah.. ini kene gi urut/massage kat spa nih.. hehe.. btw.. hari ni cukup pelik, hampir 50% energy aku kurang dek kerana ubat doc.. masih dalam keadaan yang aneh.. nak kata terbang x terbang.. tapi masih berpijak di bumi yang nyata.. Situasi yang sebegini membuatkan aku malas nak ambil ubat doc bagi.. mcm2 bole jadi kalo ambil dadah nih.. aku lebih suka solution yang natural.. mcm homoepathy.. tp kalo boleh prevent penyakit itu lagi bagus.. lepas ni kene jaga makan sebaik mungkin..

Alhamdulillah.. banyak perkara aku dah settlekan hari ini.. nampaknya kene berusaha lebih keras dan berjuang lebih hebat pada hari-hari mendatang..

Hari yang aneh tapi masih hebat untuk diteruskan... :)

Busy dengan byk meeting & event....

Pergh.. dari pagi sampai ke petang meeting hari nih...

Semuanya gara-gara event di Masjid Wilayah bersama YAB PM dan satu lagi di Hotel Grand Season. Event pertama bersama PM telah diurusetiakanoleh pihak JAWHAR. Aku sempat ke office di putrajaya dan meeting dipengerusikan oleh TKP Jawhar di Aras 7. Setakat ni baru 2 kali aku dtg sana.. masih belum membiasakan diri dengan suasana ke'government'an yang cukup hebat itu..

hehe.. neway sempat la mengushar beberapa awek cun.. bole tahan juga org2 gomen skrg ni eks.. ada style.. ;) haha...

Back to the topic.. ;)

Aku duduk sebelah wakil RELA dan PDRM.. mmg dahsyat la diorang neh.. tip top bab program berstatus PM... aku duduk senyap je sebab part aku dah ada org presentkan.. lagipun ni first time event aku dgn JAWHAR melibatkan PM.. Yg penting jadi urusetia semasa event berlangsung di Masjid Wilayah nanti mesti busy memastikan perjalanan program berjalan lancar terutamanya PA System dan slideshow.

Meeting utk event kedua plak di Hotel Grand Season berkaitan Seminar Agihan Zakat... Aku sebenarnya malas nak meeting2 nih.. lenguh punggung.. adakalanya rasa 'terbang' semasa meeting berlangsung.. banyak yg aku pk pasal ebiz.. haha..

Tapi events bulan ni penting untuk kembangkan network dan menambah experience dalam dunia yang serba serbi ini... Aku masih perlukan event dan meeting bagi mendisiplinkan beberapa aspek strategic management, attitude & PR skills..

Dalam meeting aku lihat banyak gaya manusia... Dari situlah aku belajar untuk memantapkan PR skills nanti.. senang nak bercakap dgn yakin di depan orang ramai... di samping menyakinkan orang dan menarik perhatian dengan gaya bahasa sempoi.. haha..