Some touch of madness...

There is no great genius without some touch of madness... ~ Seneca, Roman Philosopher
Aku dah mula percaya pada quote nih... mcm Dr House seiras watak Sherlock Holmes. Juga pada Albert Einstein, Isaac Newton, Beethoven, Mozart, Alexander Graham Bell dan begitu juga tokoh-tokoh lain yang terlalu banyak kualiti 'madness' yang berbeza dengan manusia biasa yang lain.

Sedikit sentuhan gila ini sebenarnya membawa hasil yang 'gila' juga. Namun bukan segila yang pernah kita tanggapi. Ia sebenarnya perspektif berbeza. Ada orang gila kuasa, gila harta, gila wanita dan gila takhta. Namun banyak juga yang gila dalam ertikata 'passion' itu sendiri sehingga membawa penemuan terhebat.

Aku tidaklah membawa gila yang negatif. Apa yang penting kita perlu jadi luarbiasa... kerana luarbiasa inilah yang sebenarnya kelebihan dan keunikannya tersendiri.

Ramai ahli perniagaan di dunia ini gila... tak percaya ?

Cuba tanya Bill Gates, Steve Jobs, Paul Allen, Warren Buffet apa yang luarbiasanya mereka ini sehingga mempunyai kekayaan terbesar dunia...

Bukankah mereka ini luarbiasa ?

Atau sekadar hidup biasa-biasa sahaja ? setiap hari lepak minum kopi sambil melihat dunia tanpa melakukan apa-apa yang besar.

Manakala tokoh hebat mempunyai ciri-ciri gila kerja, gila risiko, gila kejayaan dan gilakan impian...

Ini ciri-ciri orang luarbiasa. Mana mungkin orang waras mahu bekerja tanpa henti. atau sekadar cukup makan... hujung bulan dapat gaji... atau dapat gaji sudah habis bayar hutang...

Itulah kebiasaan orang kita... tiada apa-apa yang boleh jadi luarbiasa kerana impian yang berbeza.. cara kerja yang berlainan dan juga attitude juga tidak luarbiasa lagi...

Dalam hidup ini.. sekali sahaja di dunia.. usah disia-siakan umur ini menjadi orang biasa sahaja. Kita perlu mencipta sesuatu yang luarbiasa utk ummat. Tidak semestinya jadi kuli itu akan jadi kuli selamanya... tak semestinya kegagalan yang dihadapi itu akan menghantui selamanya.. tidak semestinya juga yang di bawah akan berada di bawahan selamanya.. dan tidak juga yang buruk, teruk, sedih dan kecewa terus menjadi teman kita selamanya...

Seperti juga langit mendung pasti cerah.. siang akan bertemu juga malam... bulan dan bintang pasti menyinar... yang pentingnya utk terus menjadi luarbiasa.. tanpa digugah keyakinan.. tanpa terganggu gugat kepercayaan.. impian tetap menjadi impian.. kejarnya umpama kekasih hati yang penuh rindu.. sukar dilepas dan berjauhan walau sesaat...

Aku bukan sahaja gilakan impian kejayaan... malah tertanam di dalam lubuk hati.. mendalam... yakin dan percaya aku ini luarbiasa hebat... Laqad Khalaqnal Insana fi ahsani Takwim... sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian...

Bersyukur dan berusaha untuk menjadi luarbiasa. Sudah tentu hasilnya juga luarbiasa hebat.. :)

Belajar utk lebih cermat dan tenang..

Im nervous sebelum ni.. dh kene tegur then baru nk fikir jalan dgn bertenang dan cermat. haha... apapun ia memberi pengajaran yang cukup-cukup berguna sekali.. Mmg sukar sewaktu berdarah muda mcm aku ni mengawal adrenalin yang membuak-buak ini... adei.. ada masa nervous ada masa hyper.. patutla b.p. aku naik turun mcm yoyo.. :P

Bagaimana nak cermat dan bertenang di kala berdepan dengan cabaran yang x masuk akal ?

Aku pernah tgk cerita sniper dan shooter.. bgmn seseorg sniper itu mempunyai kebolehan mengawal rentak jantung supaya tembakan tepat pada sasaran yang berkilometer jauhnya... Ia mmg hebat.. kene kawal ritma jantung, lihat kelajuan angin, target sasaran yang tepat dan semua itu perlukan ukuran yang begitu teliti. One target for One shot..

Seronok jg smb pasal ni.. ia mengingatkan aku betapa saat genting si sniper berdepan misi membunuh ketua pengganas di hadapan seluruh pengikutnya... 1 target for 1 shot.. jika tembak 2 kali bermakna lokasi sniper akn terbongkar dn mungkin mbawa padah maut..

Nampaknya lepas ni aku kene kawal pernafasan dan ritma jantung.. mcm berdoa dan bertafakur.. ia sebenarnya ada kekuatan dalaman yang perlu diteroka.. lagi byk elemen dalaman digunakan lg baik kesan luarannya.. natijah lebih baik.. keputusan result lebih sempurna...

ok tak tip ni?

kalo ada tip lain korang share la sini.. manala tau kot2 berkesan utk berdepan dgn cabaran, misi impossible nanti.. :)

Im nervous...

Esok ada meeting besar.. aku dah delegate kerja pada anak buah agar jadikannya lebih baik. Nervous siot.. pagi tadi banyak pulak org nk jumpa aku.. satu persatu selesai... petang ni tunggu design banner pulak.. ntah mcm mana rupa..

Apapun aku rasa very slow hari ni.. mungkin puasa kot.. itula aku nak kejar banyk perkara dalam 1 hari... insyaallah boleh laluinya dengan mudah jika yakin dengan kuasa tuhan... la yukallifullahu nafsan illa wus'aha..

Dalam kepala otak ni berlegar-legar mcm mana nk cepatkan kerja.. mmg gila la.. aku rasa tahun ni mencabar juga kerana first time handle event programme dkt setengah juta bajet.. Aku nak ucapkan terima kasih lah kepada banyak pihak yg sudi tolong aku.. Tanpa korang siapala aku ni.. hehe..

Nervous itu perkara biasala.. lepas ni bersiap sedia utk apa jua... expect the unexpected.. :)

Masih tercari-cari...

Jangan salah sangka.. bukan cari perempuan lain.. Maksudnya adalah masih teraba-raba... ops.. bukan raba orang yer.. :)

Teraba-raba dalam mencari erti kehidupan.. aku rasa mcm agk keliru sket pasal quarter life and mid life crisis.. sbbnya aku pernah mengalami kedua-duanya skali.. emm.. sehingga kini masalah tersebut mcm iceberg theory, masih menunggu masa saja.

Walau apapun, aku masih berada di sini umpama seorg Jeneral yang kehilangan banyak askarnya di medan perang. Banyak terkorban.. dan ramai yg cedera, luka dan derita.

Retreat ? Fall back ? or fight back ?

Macam-macam keputusan nak buat.. aku rasa sukar, pilihan ada tapi sukar nak menentukannya. Mmg sukar nak jadi orang segagah Jeneral ini.. mmg kene kuat hati.. tahan dan bertahan sehingga x masuk akal..

Kenkadang keputusan aku buat ni mmg x masuk akal.. orang kata aku ni Jeneral gila..

Tapi aku teringat kata ahli falsafah Rom pernah berkata.. There is no great genius without some touch of madness... ~ Seneca

Apapun aku menghargai segala strategi yang telah berjaya sebelum ini. Walaupun aku terpaksa mengorbankan banyak askar di medan perang.. kini sudah pandai memahami banyak taktik dan selok belok peperangan..

Master the art of time... Aku sedang mempraktikkan ini.. segalanya berkaitan dengan masa.. bukan sekarang masa untuk berundur.. aku tengah menunggu masa untuk menyerang titik kelemahan musuh setelah sekian lama menunggu.

Walaupun tercedera, terluka dan menderita tetapi di dalamnya ada kepuasan dan keazaman. Aku mesti mencari masa yang sesuai.. mencari ruang yang tepat serta menanti saat tiba masanya D-Day !

Aku teringat lagi perang Atlantic Wall semasa World War II... dikatakan benteng pertahanan yang paling terhebat pernah dibangunkan oleh Nazi Jerman.. Apabila pertembungan Axis vs Allies sms WWII mmg banyak perkara yang menakjubkan berlaku...

Allies yang dibarisi oleh Britain, US dan Russia terpaksa memerah fikiran utk menghancurkan Atlantic Wall yang besar itu sehingga muncul idea x masuk akal dalam sejarah dipanggil D-Day !

Korang search la sendiri D-Day tu yer... antara my fav word merujuk kepada hari bersejarah yang cukup genius.

Apapun aku masih memerlukan some touch of madness buat masa skrg.. Tidaklah segila Jeneral perang betul dalam WWII. Tetapi cukuplah memadai dengan situasi yang ada hari ini. Sampai masanya nanti aku akan mencapai jua impian yang diingini. Hasilnya nanti mampu aku jadikan panduan utk generasi yang mendatang. Manalah tahu mungkin cerita ini akan dibukukan.. :p

Hidup ini umpama satu misi...

Pernah aku membayangkan hidup ini umpama di medan perang... bergelumang dengan cabaran dan dugaan terhebat yang perlu ditempuhi. Di samping itu aku juga merasakan hidup ini merupakan 1 misi.. misi yang panjang utk mencapai matlamat akhirnya.

Kita adalah agen misi. Matlamatnya adalah husnul khotimah. Jatuh bangun, perit dan siksa adalah sementara di dunia sebelum ganjaran syurga abadi.

Aku melihat dunia ini sebegitu rupa. Kita akan diuji sepanjang dalam arena ini. Misi perlu disudahkan, ditamatkan dengan sebaik mungkin.

Mustahil utk aku berundur dari misi ini. Kita sebenarnya tidak perlu fanatik kepada dunia, sebaliknya mengejar redha tuhan itu sahaja sudah mencukupi. Dan aku sudah dibekalkan dengan pengetahuan misi yang baik berbanding orang lain.

Aku boleh saja jadi kaya dan hebat, namun cabarannya jauh lebih berbeza dari orang yang kebanyakan, sederhana dan wasatiah. Dan salah 1 mafhum hadis mengatakan orang miskin lebih cepat masuk syurga daripada orang kaya, dan penghuni syurga juga terdiri daripada orang-orang miskin sptmana Nabi Muhammad saw.

Ini satu cabaran.

Namun aku tak jadikan matlamat kaya itu satu yg wajib. Sebaliknya dalam passion itu ada hasil yang dapat membantu misi ini lebih cepat tercapai. Apa juga ujian, sama ada kaya harta, wanita dan kuasa perlu diimbangi dengan ilmu dan iman.

Usah gelap mata kerana duit atau wanita maupun kuasa. 3 perkara yang boleh menghancurkan lelaki di akhir zaman ini.

Apa yang dimiliki perlu disyukuri, seterusnya belajar lagi utk menjadi insan yang cemerlang akhlak dan hebat dlm kerjaya professional. Aku telah menetapkan 2012 sebagai benchmark utk menilai segalanya. Sepanjang misi ini perlu ada kaizen sebelum terlambat.

Dalam masa beberapa tahun ini aku akan terus menulis ebook. Pelbagai kan scope dan focus. Niche yang lebih bermakna buat ummat manusia. Aku rasa hasil perbincangan dengan orang kuat Inteam semalam itu boleh digunapakai nanti. Ia satu peluang baik kerana hasrat yang sama. Niat yang betul.

Suatu hari nanti, ebook aku akan dibaca oleh beratus ribu orang. Asalkan mereka mendapat manfaatnya.

Misi ini masih kuteruskan. Jatuh bangunku pasti berbaloi utk ummat. Redha Allah itu kini menjadi motivasi dan inspirasi terbaik. Ya Allah permudahkan segala misi ku ini.. Permudahkanlah segala urusan dan perjuangan dijalanMu...

Dugaan dan rahmat...

Hari ni mcm2 berlaku.. dari pg hinggalah ke petang.. dalam 1 masa pagi tu mmg happy sgt.. dpt gi kerja dgn baik, smart hensem dengan black suite with tie, bersongkok tinggi dan kasut hitam.. jumpa ceo dn byk org dengan yakin serta segala urusan berjalan dengan cukup hebat sekali..

Namun ia menjadi malang x berbau apabila terlibat accident dengan motor waktu tgh hari di sentul.. si mat motor india yang tidak berhelmet berumur 20an merempit tepi jalan melawan arus... WHL 4475 bermotor kaler biru telah melanggar bumper depan myvi aku sehingga kemek..

Oh.. mmg frust..

Namun segalanya selesai apabila wang gantirugi diperolehi dan repair kat kedai si Ah Meng di jalan sentul utk betulkan segalanya sebaik mungkin.

Skrg ni hepi sebab Myvi kesayangan dah beroperasi gagah mcm biasa dengan battery baru yang aku pasang sendiri.. hehe.. ok pe jadi mekanik.. beli battery Yokohama rm135 mmg quality lah brand ni.. so aku dh jimat byk dgn pasang sendiri.. berpeluh juga dibuatnya. Tapi berbaloi dan puas hati..

Dugaan dan rahmat.. di sebalik sst ada hikmahnya.. apa yang pasti hidup ini penuh dengan misteri.. yang berani menjelajah dan menyelongkar rahsia kehidupan pasti akan menemui sesuatu yang hebat, menarik dan mengujakan.. :)

Busy tapi bebas...

Sejak akhir-akhir ini aku sudah mula busy.. team aku bergerak pantas.. dan aku sendiri pula sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan spiritual..

Hangat dan mendebarkan...

Namun itulah adat resam tahunan aku, di bulan Ramadhan yang berkat ini semakin banyak cabaran dan peluang dinikmati.. hati mau kuat.. berani dan gagah.. so far aku sudah melepasi batasan limit aku sendiri.. hehe.. aku suka mencabar diri sendiri..

Ya, segala ujian dan dugaan aku alami ini tidak sptmana mereka berumur mcm aku.

Maybe semua orang unik dan eksklusif. Pengalaman lalu telah mendewasakan pemikiran dan hati. Aku tidak mudah putus asa... Satu perangai yang diwarisi daripada bapa.. emm. kalo diceritakan ttg kehebatan bapa yang telah membesarkan aku ini sudah tentu ia mengagumkan..

Bagaimana bapa memenangi hati 2 wanita dalam hidupnya.. itu masih aku tertanya-tanya bagaimana dia melakukannya.. mmg luarbiasa. Dan sehingga kini sejarah kejayaan bapa dari Malaysia sehingga bersama company gergasi Korea Daewoo dan Hyundai juga menjadi bukti bukan calang-calang orang. Beliau adalah hero.. seorang pahlawan gagah.. pejuang yang x kenal erti kalah..

Jika nak dibandingkan aku dan bapa mmg begitu jauh sekali pencapaiannya.. aku memahami family adalah segala-galanya.. namun di sini aku memberi peluang yang terlalu besar.. pengorbanan yang harganya terlalu mahal.. andai aku mampu menyelamatkan seorang insan adalah lebih baik daripada membiarkannya terkapai-kapai di dalam dunianya yang penuh cubaan..

Begitu juga dengan pengembaraan ini, aku bosan dengan 1 kerja sahaja.. terus terang.. aku memerlukan cabaran untuk terus hidup.. jika terlalu berada di dalam comfort zone ia akan menghancurkan diri sendiri...

Aku ingin terus berkelana dalam dunia seni di samping melihat rencah hidup manusia yang serba serbi ini.. Apabila jauh berjalan maka semakin matang pengalaman..

Aku telah melihat gelagat orang.. aku bandingkan kesannya.. aku lihat dan tafsir sendiri dengan ilmu dan pengalaman.. usah dibiarkan dunia ini menghancurkan fitrah diri.. kembali meneliti ilmu wahyu iaitu alquran dan hadis.. kita mmg punya kelemahan.. oleh itu saling ingat-mengingati dan pesan memesan ke arah kebaikan...

Dalam masa yang sama melihat kebahagiaan itu dari perspektif yang lebih adil. Sptmana nafsu mutmainnah.. nafsu yg tenang itu tidak takjub dan fanatik dengan keduniaan.. sebaliknya mengimbanginya utk akhirat yang lebih kekal abadi.

Aku cuba memahami ini dari kacamata para alim ulama.. belajar sesuatu dari mereka.. sbb anehnya wajah2 mereka itu tenang dan damai.. dunia tidak merubah dan menggugah ketenangan hati mereka yang ikhlas padaNya...

Aku ingin bebas.. dan maksud bebas itu sptmana wasatiah.. tidak lebih dan tidak kurang.. pakai dan makan seadanya.. tidak perlu menempah nama dan susah.. tidak perlu rasa susah kerana dunia.. sebaliknya rasa mudah kerana akhirat.. kena fahami ini.. dunia akan musnah dan yang tinggal hanyalah akhirat.. buat apa perlu cari dunia semewah itu jika kita tinggalkan akhirat yang kekal abadi itu ?

Skrg ni kejar kesederhanaan.. manfaatnya lebih baik.. aku tahu bagaimana mahu melakukannya.. hanya tiru para alim ulama.. para ustaz ustazah.. yang lebih alim mengenai akhirat..

Kita sebenarnya perlu bebas dari belenggu dunia dan mula kejar ganjaran syurga abadi.. tak sabarku menanti Ramadhan.. moga kali ini beroleh keuntungan dariNya.. ameen...

Hidup umpama di medan perang..

Aku rasa cukup terhibur dengan cerita-cerita klasik spt The Assembly, The Gladiator, Tear of The Sun etc.. semuanya mempunyai latarbelakang perjuangan, peperangan dan pengorbanan yang cukup hebat. Ku terfikir sejenak berkaitan dalam hidup ini yang mana cukup bertuah dalam keadaan aman dan berbeza dengan di tempat lain yang kurang bernasib baik. Ini adalah rahmat dan nikmatNya yang tak terkira nilainya..

Namun dalam ketenangan dan keamanan serta keasyikan itu sebenarnya ada juga 'perang' yang tak disedari.. Ia sebenarnya berperang dengan perasaan sendiri dan juga orang lain. Ada yang rebah tersungkur.. ada juga yang masih gagah melangkah walaupun lemah namun masih kekal berdiri di kaki sendiri..

Bagi yang rebah tak terdaya, cedera terluka dan lemah longlai itu akhirnya terpaksa mengalah kerana ketentuan itu sebenarnya telah mencuba sedaya upaya di medan perang ini. Segala kudrat dan tenaga yang telah digunakan sepanjang perjuangan hidup itu akhirnya akur kepada ketentuan Ilahi.. Pasrah..

Bagi yang masih gagah melangkah.. Bangkit walau luka parah.. bertongkat selagi daya.. mereka tetap berjuang di medan perang dan menjadi orang yang paling berani dan gagah perkasa daripada terpaksa mati dlm keadaan menyerah kalah.. Pantang berundur.. dengan kesabaran, kegigihan dan semangat membara tidak terpadam walau sedalam mana luka yang berdarah di badan.. Jika musuh dan cabaran mendatang, tetap berani berlawan hatta terpaksa merangkak, bertongkat maupun mengengsot..

Kamikaze.. berani mati.. berani hidup.. semangat jihad itu sebenarnya yang menjadikan seseorang berprinsip dan dikenang sepanjang hayat. Begitu juga kata-kata hikmat Pahlawan Kanang Anak Langkau berperang dengan komunis walau tertembak 3 kali.. Agi Idop Agi Ngelaban ! ... selagi hidup selagi itulah teruskan berjuang...

Dalam hidup ini, kita sering terlupa, tertipu dan terbuai dengan nikmat2 dunia yang sementara cuma ini. Kita mudah menyerahkalah pada cubaan, dugaan dan cabaran mendatang. Kita membataskan diri, merendahkan martabat, melanggar prinsip sejati, menafikan kebenaran dan menegakkan benang basah..

Adakah kita ini hidup dalam keadaan yang begitu hina dan tidak bermaruah ?

Oleh itu saudara saudari, usah lupa pada hakikat kejadian manusia di dunia ini. Usah ngelat dan lupa pada tanggungjawab insan dan hamba tuhan.. Kita semua pasti mati, dan adakah kita semudah itu untuk menyerahkalah pada perjuangan ini tanpa mencuba..?

Ramai yang mahu melarikan diri.. escapism.. dengan anggapan boleh melupakan masalah.. ia sebenarnya umpama melarikan diri dari medan perang.. akhirnya ia memakan diri.. maruah tercalar, terhina dan lebih teruk dari mereka yang rebah tersungkur di medan perang...

Sedar.. bangkit.. bangun dari lena dan keasyikan.. usah alpa.. di hadapan masih ada cabaran menanti.. musuh sentiasa berkeliaran.. syaitan masih bermaharajalela.. andai engkau insan yang terakhir di medan perang.. teruskanlah berjuang dengan berani.. usah undur.. beranikan hati.. kuatkan semangat... mujahadatun nafs.. biar musuh gentar dengan kecekalanmu itu, kelak syahid menanti dan di syurga indah itu adalah sebenar-benarnya kehidupan abadi.. bukan di dunia ini.. tetapi di syurga itu adalah gantian terbaik kekal selama-lamanya... nikmat tak terkira.. dan sebab itulah kita wajib pertahankan prinsip perjuangan yang benar.. utk mengecapi syurga.. balasan yang terhebat.. berbaloi berjuang keranaNya...