Stands Tough...

Aku xde mood nk menulis banyak... apapun selepas minor dental surgery membataskan banyak pergerakan mulut maupun kaki... Namun jari jemari masih kaki untuk menulis kerana banyak faktor.. Btw im still here.. stands tough..

Sakit tapi terus teguh pendirian.. aku akan pulih tak lama lagi sepenuhnya.. mungkin masa ini untuk hibernate.. but aku x suka hibernate.. lebih suka menerawang sana sini dlm minda.. im totally addicted.. dalam minda semakin memberontak..

Selepas menelusuri sejarah Mao Zedong pemimpin agung komunis... yang berjaya dalam revolusi budaya di china mmg agak mengganggu firasat aku.. ia menggoncang sebahagian besar kenangan zaman reformasi 1998. Di kala itu mahasiswa UM antara yang terhadapan dalam menyahut cabaran reformasi dan menentang kezaliman.

Namun aku bukan komunis.. Mao Zedong secara tak langsung mengingatkan aku ttg api semangat membara reformasi Anwar dahulu.. tatkala itu kebencian terhadap kezaliman memuncak.. tambah lagi rakan2 UM yang ditangkap ala Gestapo menyerlahkan lagi penentangan revolusi rakyat...

Aku tak lupa bagaimana rakyat Indonesia juga terpengaruh dgn gerakan reformasi Malaysia.. sehingga mahasiswa Indonesia bersatu di jalanan di bangunan dan institusi kerajaan akhirnya menggulingkan presiden Suharto...

Stands tough enough... inilah perjuangan...

Malaysia masih lagi kasihankan penyangak2 bangsa dan lintah darat yang menghisapkan kekayaan negara... Malah bajet 2010 ini tidak lagi mampu menyengat dan terus dicemari gejala rasuah bagan pinang, gejala ketirisan dan laporan audit negara 2008 terus membongkar kerugian 1 billion dlm pengurusan kerajaan.. apa ini ? ke mana wang itu pergi ?

Beginilah.. jika kita mahukan perubahan yang lebih baik.. tukarlah pucuk pimpinan yang rasuah... yang dok kasihankan dorang buat apa ? nak biar lagi duit PETRONAS masuk kantung kroni dan lintah darat macam dorang ? dan biarkan rakyat menanggung kos kerugian berbillion ringgit... ini satu kezaliman...

Terus terang aku katakan.. negara Malaysia kini mempunyai indeks rasuah yang begitu tinggi dan menyebabkan FDI menjunam teruk... pelabur asing rasa tidak yakin dengan pemerintah sekarang.. malah kebebasan media di negara ini sudah semakin kronik.. kualiti demokrasi kita lebih teruk dari negara jiran terutamanya Indonesia yang setahun jagung dan amat memalukan kita yang sudah berdemokrasi lebih 52 tahun..

Btw.. masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk perjuangan ini..

Stands tough...

Aku rasa sudah ready untuk menyelesaikan beberapa politik dalaman... insyaallah segalanya akan dipermudahkan... :)

Hanya.....

Sakitnyer gusi bengkak dah dkt 3 hari.. mmg mulut tu xleh nk cakap banyak.. rs mcm kene shut.. seolah2 kene tutup.. hehe.. namun terbuka sbb takleh nk katup rapat akibat bengkak.. :P apapun aku masih gagah berani menempuhi saat2 kesakitan itu dgn penuh keinsafan..

Aku masih punya pancaindera dan tulang 4 kederat yang cukup baik ini.. masih berfungsi.. cuma Allah uji aku sementara dgn sakit gusi saja.. itupun dah rs sakit dan sedar amat.. apa agaknya org lain yang bebetul kene sakit sehingga maut..

Sesambil dgr lagu Finale ost The Kingdom 2007 aku mula merasakan betapa tenang dan damainya komposisi lagu ini.. buat aku lupa yg tgh menahan sakit..

Seriusly.. aku mmg suka Finale.. x mcm ost yang lain.. ia lebih menenangkan...

Setenang air di kali.. tidak terusik nyaman dan segar.. seolah-olah rerama yg bebas bertebangan.. ke mana jua.. bila-bila masa...

Dan aku lah yang mengharapkan agar rerama itu bebas dan menemui dunia yang luas ini..

Secara peribadi.. aku menganggap ia sudah menjadi satu anekdot sejarah yang cukup bermakna.. Mengenali hati.. memahami cinta.. menyakininya seolah-olah satu keabadian..

Mungkin persinggahan ini sementara cuma.. aku tetap yakin dan setia menghargai makna erti sebuah cinta... ia tidak mungkin boleh dijual beli.. tidak mungkin ditebus dengan apa jua.. rasa yang terlalu mendalam.. di lubuk hati.. ia adalah dasar.. sebuah kehidupan...

Aku ingin menyimpan rasa itu.. buat selama-lamanya... aku dambakannya.. berharap ia tidak akan dikhianati dan dilaknati.. aku hanya punya rasa cinta.. cebisan terbesar dalam hidup ini yang menjadikannya segalanya begitu beerti.. yang aku perjuangkan sebuah kesetiaan....

Begitu besar sekali.. aku tidak punya apa-apa lagi.. ingin ku simpannya dalam nafas-nafas terakhir ini.. ingin ku bawa menemuiNya..

Mampukah aku... bertahan.. menepis segala ombak badai yang menerpa.. terus menerjah sehingga aku tersungkur rebah jua...

Aku hanya bersuara dalam hati.. moga Dia memahami.. doaku menggunung tinggi... Aku hanya ada Dia.. ku mahu menemuiNya... moga ku aman.. selamat.. dan damai.. Hanya dengan kerana sebuah cinta....

Keeping ur mouth shut...

If A is success in life, then A equals x plus y plus z. Work is x; y is play; and z is keeping your mouth shut... ~ albert einstein
Nampaknya banyak perkara yang perlu dibuat dengan lebih serius.. aku tak mahu membazir masa dengan terlalu banyak bercakap.. kenkadang kita lebih suka melepak tak tentu hala dan sesaat yang dibazirkan itu tidak akan dapat diganti sampai bila2..

Cuma aku banyak soal diri sendiri.. adakah masalah akan selesai dgn byk bercakap hal lain yang x bermanfaat ? bila akan selesai jika kita bercakap hal lain yang membuang masa ?

The clock is ticking...

Semi Project yang berlangsung masih memerlukan stimulus yang lebih baik.. Aku dah berjaya mengurangkan risiko 50% dan selebihnya itu perlu dipastikan untuk mendapat surplus dengan lebih baik sepanjang 2 bulan terakhir tahun 2009.

Mengejar matlamat kewangan bukanlah semudah yang dijangkakan.. aku perlu berusaha lebih baik dan perlu banyak bersabar.. kenkadang orang lain mengambil peluang lebih awal dari kita tanpa disedari..

Sptmana biasa aku hanya mahu menghapuskan 100% risiko yang ada sebaik mungkin.. Kemudiannya mempunyai surplus dan lebihan untuk enjoy melakukan apa yang terbaik dalam tahun 2009. Banyak peluang boleh diambil perhatian.. cuma aku perlukan minda yang focus dan tenang untuk memikirkan jalan yang terbaik..

Aku harap selepas ini boleh focus sepenuhnya terhadap dangerous game yang aku cipta ini.. menjadi mastermind dan mengawal sepenuhnya result sepertimana yang diimpikan... :)

Head or Heart ?

Jika ikut logik minda kepala sudah lama pergi... namun masih ikut hati kerana banyak adventure yang boleh ditempuhi yang tidak membosankan... Walau apapun aku rasa bertuah kerana semakin lama makin belajar ttg erti kesabaran, ketekunan dan kegigihan.. Sampai level ini sekalipun aku masih teguh berdiri dengan semuanya masih gagah mendepani apa jua cabaran... bagaimana jika ianya berlaku kepada orang lain... sudah tentu dunia dan hidup mereka hancur punah... aku boleh percaya kekuatan ini bukanlah sebarangan.. bersyukur tuhan masih memberiku hidayah dan pertolongannya...

Sptmana biasa hidup perlu diteruskan... kaki masih melangkah walaupun tercedera namun gagah mara tanpa menghiraukan apa jua onak duri dugaan yang mendatang.. kerana di akhirnya nanti adalah sebuah ketenangan dan kebahagiaan abadi.. aku sangat pasti ttg itu.... aku semakin menghampiriNya.. :)