Wahh.. 2010 bakal menjelang...

Tak sangka masa begitu pantas sekali berlalu.. rasa mcm baru januari 2009.. emm.. mungkin tahun ini yang paling banyak perkembangan.. permulaan untuk masa depan yang lebih luas.. semakin banyak perkara yang aku perolehi hasil daripada pengalaman. Sesetengahnya aku mampu menghargai segala nikmat tuhan yang dimiliki..

Aku bertuah memiliki apa yang diimpikan.. dan selebihnya adalah misteri tuhan untuk aku mempelajari betapa besarnya hikmah sebuah kehidupan.

Insyaallah tahun 2010 sudah ada gambaran kejayaan untuk aku bina.. sepertimana rerama yang baru keluar daripada kepompong.. melihat dunia dengan lebih jelas dan nyata.

Senario semasa banyak menjadikan aku seorang yang strategis.. berhadapan dengan 'uncertainty' dan 'unexpected event' menjadikan aku bertambah 'realist'... Kebanyakannya aku merancang dengan rapi dari segi aspek bisnes dan masa depan.

Rugilah orang yang x reti merancang masa depan.. sedangkan dengan segala kudrat dan doa mampu memberikan kehidupan yang lebih baik, tenang dan bahagia.

Dalam pemikiran aku kini lebih bersedia.. segalanya sudah berani untuk berdepan dengan apa jua cabaran mendatang.. datanglah sebesar mana pun ombak badai menerpa.. aku tetap berdiri megah di sisiNya...

Apabila kita mengetahui kemampuan diri untuk bangun semula mencipta sebuah kejayaan.. ia mampu memberi kekuatan yang istimewa, sepertimana kejayaan 2004 dan juga 2005.. 2 tahun yang sungguh beraneka rencah dunia.. aku masih di sini bersama impian.. ia mustahil untuk dimusnahkan...

Tahun 2010.. ia terus menjadi peluang untuk aku mencorak dunia yang lebih gembira dan hebat.. percaya bahawa aku mampu mencipta banyak kejayaan yang tak terduga.. mungkin di Malaysia dan mungkin di Brunei maupun di mana jua...

Selagi nafas ini masih ada... kita teruskan perjuangan tanpa henti.. bak kata pahlawan Kanang anak Langkau.. Agi Idop Agi Ngelaban !

Hanyalah cinta abadi...

Aku masih di sini.. menongkah arus.. keterpaksaan dalam erti simpati.. hanya tuhan yang tahu berapa beratnya beban ditanggung.. walau perit dan sengsara.. masih mampu untuk tersenyum jua...

Memori silam menghantuiku tidak pernah melupakan detik hitam yang menghancurkan segala-galanya.. Apabila dikhianati umpama ditikam berulang kali.. mati dan hidup semula diterpa kepiluan yang tidak pernah berakhir...

Tiada lagi erti cinta.. ia hanyalah mainan kata... seolah-olah mudah dilafaz dan diucap umpama bisikan halus yang memperdayakan.. cinta manusia bermusim dan umpama lalang yang ditiup angin.. berbolak balik kanan dan kiri tiada pegangan tiada pendirian...

Aku di sini dalam keliru.. memilih warna hidup antara putih dan kelabu.. hanya Dia saja yang tahu.. aku cumalah insan kerdil di pentasnya yang penuh tribulasi tak terhitung..

Cinta.. usah dimanipulasi... cinta memerlukan kesucian hati... cinta itu tulus.. cinta itu setia.. dan cinta itu anugerah untuk mereka yang menghargainya...

Usah khianati cinta.. usah permainkan cinta.. jangan sesekali membunuh cinta...

Aku cumalah mencari cinta sejati.. cinta yang memberi ketenangan, kebahagiaan dan kedamaian...

Bukan cinta yang menghancurkan.. bukan cinta palsu maupun kaku.. hati ini hanya setia dan ku hanya pinta sebuah cinta yang abadi...