Cabaran 40 hari tanpa fastfood...

Nampaknya aku dah berjaya menamatkan cabaran 40 hari tanpa fastfood spt kfc, mcd, pizza hut dan sebagainya.. kalo dulu mmg hantu betul dgn makanan fastfood ini.. setiap minggu mesti ada home delivery.. tu yg blood pressure naik semacam... :P

Malam ni aku menamatkan cabaran 40 hari dgn celebrate kecil saja snack plate kfc di bawa balik ke umh.. kalo ikut hati mmg nak bawa bucket trus.. hehe.. but pk balik aku sekadar nk didik diri supaya lebih menghargai kesihatan daripada memakan mende2 yang kurang sihat.

Insyaallah, cabaran seterusnya adalah kekal lebih dari 40 hari... maknanya 1 bulan setengah dr skrg aku perlu disiplin katakan tidak pada fastfood.. jika aku kuat sure boleh lanjutkan sehingga 60 hari... but aku blum punya keyakinan tinggi.. masih perlu banyak memikirkan alternatif memandangkan di lembah klang ini begitu byk cawangan fastfood.. mungkin kadangkala tergoda juga.. huhu...

Aku bab makan ni kene jaga sket... kalo sakit sudah tentu aku xleh perform business sptmana biasa... walaupun ada prubsn takaful, ia bukanlah salah satu tiket jaminan utk mengabaikan kesihatan...

Walau bagaimanapun dari segi lain, aku perlu banyak eksesais dan bertindak dengan rasional dalam apa jua keadaan... kejayaan bermula dari minda.. minda yang waras dan rasional.. seterusnya hati yang cekal, tabah dan gigih mendepani apa jua cabaran mendatang...

:)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.