Sebuah monolog...

Adakalanya hidup ini sukar sekali ditafsirkan.. silih berganti suka duka ini menjadikannya ia sebuah warna warni yang begitu bererti.. aku bertuah diberikan kesempatan untuk melaluinya.. jatuh bangun tangis tawa ria menjadikannya aku begitu dewasa.. matang mendepani apa jua mendatang..

Adakalanya aku berasa bangga dengan memori silam..

Melihat kejayaan dan kebahagiaan mereka adalah sebahagian besar dalam nafasku ini... syukur padamu tuhan.. aku telah berjaya menyempurnakannya..

:)

Kini setiap saat dan detik berlalu.. kejayaan yang bakal ku raih tidak lama lagi menyusul.. walau perit dan pedih.. walau diterpa ombak badai.. terluka dan ditikam berulang kali.. aku kini di garisan penamatnya.. mencipta lembaran kejayaan yang tidak terungkap dengan kata-kata...

Aku tidak pernah sesekali menyesal.. tidak pernah..

Semua ini telah ditakdirkan.. aku mengetahuinya..

Sesetengah orang mampu menjadi lilin menerangi kehidupan.. membakar diri dan pengorbanan terbesar itu amat bermakna untuk diriku.. ku tahu takdir ini adalah yang terbaik pernah aku laluinya.. malah ia umpama sejarah yang pastinya tidak dapat dilupakan..

Namun, segala salah silap ku pohon ampun maaf yang tak terhingga..

Insan x pernah terlepas dari cacat cela.. kita hanyalah makhlukNya yang punya kelemahan..

Segala memori dan kenangan manis tetap terpahat di ingatan.. moga yang terbaik dijadikan bekalan masa depan.. Sinar masih ada.. moga hati tetap pada tuhan selama-lamanya...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.