Terus melangkah satu demi satu...

Permulaan 2010 ini amat bersejarah sekali.. aku pun x tau nak mula kat mana.. seolah-olah terpinga kerana terlalu banyak yang berlaku sehinggakan terkelu. Aku bukanlah insan yang punya kuasa ajaib superman utk mengubah sepertimana yang aku mahukan itu perfect.. cuma kita boleh mencuba selagi terdaya..

Cuma aku terkilan banyak perkara, yang mana x mampu diucapkan di sini.. aku harap akan mengakhirkan semua penderitaan yg tak tertanggung lagi dengan sebuah impian baru ke arah ketenangan dan kedamaian..

Sbb itulah aku ingin pulang ke dalam pangkuan redhaNya...

Dalam banyak2 perkara dari 2004 hinggalah 2010 aku rasa sudah serik dengan 'take for granted' ini yang mana mendewasakan pemikiran aku. Dunia skrg mcm dah nak kiamat dengan segala bentuk keterlanjuran dan desperate yang tak pernah habis.

Aku mahu melihat dunia ini di dalam bentuk yang baharu.. aku mahukan sst yang baru untuk melangkah maju ke hadapan.. jika ada orang yang menghalangnya, aku pasti akan melepasinya jua.. kemahuan hati ini cukup nekad. tiada siapa yg dapat menghalang aku mencapai kejayaan.. noktah !

Itulah antara azam aku yang perlu diamati dengan teliti dalam 7 resolusi tahun baru hijrah dan masihi.. dalam benak ini sudah difikirkan dunia baru nanti.. aku x mahu dengar lagi segala mcm alasan.. aku nak jadi org yang hebat dan terulung dengan tekad pada cita-cita.. itu pasti kerana kesungguhan itu sudah mula dirasa hari demi hari, detik dan setiap saat nafas dihela keyakinan terus memuncak tinggi.

Self-trust is the first secret to success.. ~ Emerson


Sbb itu aku perlu yakinkan diri utk berjaya.. keyakinan perlu jitu.. sebagaimana aku mencapai kejayaan dalam SPM98, UMGRAD2004 & kerjaya pasca ijazah bersama 3 organisasi besar di Malaysia. Kali ini mahu mencipta lagi kelainan bersama 7 resolusi. Ia satu bentuk kaizen / continuous improvement yang tiada henti.

Aku percaya pengorbanan masa lalu akan membuahkan hasil yang terbaik. Sudah tiba masanya untuk terus melangkah ke arah kejayaan al-Falah... :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.