Live with passion...

So far aku dah mula siapkan beberapa perkara utama sejak awal tahun lagi, insyaallah nak meneruskan kejayaan baru dengan lebih baik lagi. Web Cantikkurus sudah siap, manakala banner baru untuk cd grafik pun hampir siap nak masukkan dalam ulead gif animator. Manakala projek enetmind akan diteruskan dengan lebih berani.. So far aku buat tempat download underground saja.. hehe..

Lebih menarik aku dah start guna paypal utk shopping digital stuffs.. dok memikirkan cara paling cepat nak monetize paypal neh.. any idea ?

sesambil melayan ps3 dan plasma tv besau di ss12 pj ni aku rasa dah ketagih sakan.. muahaha.. terlalu rileks menyebabkan otak aku tidak focus pada kerja dalam masa tertentu.. camne la nak konsisten gini.. Dulu mana ada plasma tv.. sbb tu leh 12 jam on workstation buat kerja... skrg ni dah mcm2 halangan perlu ditangani.. aku rasa tv x bagus dah skrg ni, byk berita yang negatif daripada positif.. better layan internet yang kita sendiri boleh memilih sources yang lebih positif...

dalam plan aku this year nak menyambar dslr nikon D90... ini antara impian nak melebarkan bidang grafik dalam arena photography.. dah kenal member yang agak rapat dgn supplier nikon camera neh.. but dlm 3 bulan terawal ini aku nak kerja keras sket utk memastikan impian ini tercapai..

aku ada agenda tersendiri dalam bab photography ni.. almaklumlah aku dah join beberapa stock photo services yang menampilkan byk karya best dari seluruh dunia.. boleh buat duit tu.. hehe..

aku harap dapat menulis sesuatu yang lebih baik di blog ini dr masa ke semasa.. kalo tak aku tulis perkara teknikal saja supaya lebih bermanfaat.. walaupun ada masa pasang surutnya aku amat yakin dengan kemampuan diri untuk menjadi terbaik daripada yang terbaik..

:) live life cool....

Tiada ulasan

Leave a Reply