Kembali memperhebatkan Leverage M15

Pasca PP2.0 telah mengajarkan aku betapa pentingnya mempertahankan 'leverage' yang selama ini telah memberikan banyak peluang dan ruang untuk pengembangan diri. Aku memberi tempoh sehingga 2015 untuk 'Leverage M15' berfungsi sebagai catalyst utama dalam self-development.

M15 adalah suatu medan pertembungan antara realiti dan maya... aku di sini membesar, matang dan dewasa bersama yang lain. Pertembungan realiti dan maya itulah menjadikan aku lebih strategic & energetic mencapai dream yang diimpikan.

Adakalanya M15 terlalu mendesak aku sehingga ke tahap yang tak terfikir sekali jauhnya.. kem deraan 5 hari tanpa internet dan workstation hampir membuatkan dunia maya ini terlalu longlai.. aku perlu hidup kembali dengan daya keseimbangan yang nyata. Equilibrium... itulah yang dikejar.. Sejauh mana dugaan dan ujian sekalipun, aku terus tabah dan cekal.. sekali lagi Allah telah membuka ruang untukku terus bersama M15 sehingga tahun-tahun berikutnya.

Aku telah tinggalkan dunia cinta 'camouflage' pasca PP2.0 kerana ingin mempertahankan leverage ini sehingga 2015... mudah-mudahan ia akan merintis ruang terbaik, bersaing dengan masa dan waktu lebih 100% all-out tanpa terganggu dan terusik focus sejati.

Aku kembali bergerak dan menyusun strategi seterusnya.. mengatur kedudukan bidak dengan baik. Kembali berperang dengan penuh yakin dan bersemangat.. mengalkali setiap langkah bidak musuh dan memenanginya dengan hati yang berlapang dada.

Adakalanya aku hampir tersungkur.. ingin saja give up.. tetapi leverage ini terus berfungsi walaupun di saat aku jauh dari mereka. Terlalu banyak aku terhutang budi pada M15 sehingga terfikir bagaimana utk meraih kembali keupayaan terhebat suatu masa dahulu.

Aku terus melakar sejarah dan mengabadikan karya di dalam sejarah kanvas putih M15.. dengan harapan mereka memahami aku cuma sebahagian bintang-bintang yang pernah berkelipan suatu masa dahulu...

Aku harap tidak akan dilupa... sehinggalah aku berjaya melepasi 2015.. ia suatu perjuangan yang cukup hebat pernah aku alami.. terasa begitu besar dan bertuahnya aku ini..

Inilah duniaku... pertembungan realiti dan maya yang sungguh mengujakan.. usah dipinta kegagalan sebaliknya sentiasa mendambakan kejayaan... berdoa setiap masa untuk yang terbaik, ku mula mengerti bahasaNya... moga Allah kuatkan hati ini untuk terus berjuang bersama M15... inilah yang terbaik untukku.. dan bermulanya dunia yang lebih hebat dari masa ke semasa...

:)

Tiada ulasan

Leave a Reply