Kerana impian....

What keeps me going is goals... ~ Muhammad Ali , World Heavyweight Champion
Siapa tak kenal Muhammad Ali... beliau adalah petinju terhebat dalam sejarah dunia, 3 kali juara heavyweight dan penuh dengan drama dan kejayaan mengagumkan.

Kesungguhan dan perjuangan Muhammad Ali ini patut direnung semua. Bukannya mudah untuk jadi world champion ini.. ia adalah sukan yang ganas dan merbahaya.. namun 3 kali juara adalah suatu yang terhebat pernah dicapai oleh Ali... apakah rahsianya ?
I hated every minute of training, but I said, "Don't quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion." Muhammad Ali
Ya, usaha yang berterusan dan latihan yang menyakitkan tanpa henti untuk berjaya sebagai juara... Inilah semangat pejuang yang hebat...

Quotes Muhammad Ali penuh dengan inspirasi... aku rasa hidup aku sekarang jauh lebih terlalu selesa jika nak dibandingkannya... too much in the comfort zone... oleh demikian aku kene buka minda lebih jauh.. dunia ini sebenarnya terlalu luas dan hebat.. masih ada banyak ruang untuk dipelajari dan diterokai..

Goal.. impian atau matlamat yang besar perlu dijelmakan.. orang yang hebat sebenarnya mengimpikan sesuatu yang besar dan hebat.. misalnya menjadi juara heavyweight dunia sebanyak 3 kali, seorang maharaja rom yang menjajah sebahagian dunia dan banyak lagi atlet serta individu unik di seluruh dunia mencipta 'dream' utk diri mereka.

Aku... apakah dream aku ?

:) tersengih dan tengah memikirkan sesuatu yang hebat.... mentor aku tanya mende ni berulang kali setiap kali jumpa.. betulkah itu sebenarnya dream kita ?

Apabila kita ragu-ragu dengan dream.. was-was itu sebenarnya telah menghancurkan sebahagian impian itu... jika kita yakin 100% tanpa sangsi lagi.. maka sebahagian dream itu telah kita capai....

sebab itulah apa yang dikatakan oleh muhammad ali.. what keeps me going is goals adalah cukup bermakna bagi saya... apa yang meneruskan segalanya ini adalah kerna impian...

Mungkin selepas ini saya akan terus berusaha yang terbaik baik career & business.. dream utk financial freedom masih membuak-buak sehingga sekarang.. mengejar impian yang kita benar-benar mahukannya... cant live without it... impian itulah yang membuatkan saya kembali sedar bahawa perjuangan ini bukan sekadar omongan kosong.. kita harus bangkit dan sedar dari lena yang panjang.. perlu rasional dan waras... hanya dengan kesungguhan dan keberanian kita dapat mencapai apa jua yang diimpikan...

Lupakan dunia lama yang mengarut... sudah sekian lama bertahun-tahun dibazirkan begitu sahaja dan kini aku baru sedar bahawa kita belum lagi berada di podium cita-cita....

Orang lain sudah berjaya hebat dengan impian mereka... sedangkan aku masih bertatih untuk kembali kepada track yang betul sekian lama tersasar... namun keberanian yang menggunung ini semakin hangat dan membara demi hari... tergila-gilakan kejayaan itu mengatasi segalanya..

nah.. inilah akibatnya apabila aku alami sebuah kegagalan terbesar dalam hidup... ia menyedarkan segalanya.. fikiran yang waras dan rasional kembali berfungsi... berpijak di dunia nyata.. meninggalkan dunia fantasi yang sudah lama berakhir...

kini apa yang menyebabkan aku masih di sini kerana sebuah impian... tiada siapa yang dapat menghalangnya... biarpun dipujuk rayu, disabotaj mahupun dicabar.. aku mahu genggam impian itu seerat rapat yang mungkin.. tidak pernah melepaskannya...

Saat dan detik waktu adalah saksi segalanya... hari ini cukup penting.. amat genting... aku sedar di mana peranan impian ini.. what keeps me going is goals.. sooner or later i will win this battle... :) ...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.