MERDEKA !!! ...

alhamdulillah..

tiada kata yang dapat digambarkan.. sekian lama akhirnya tercapai apa yang diingini. ramai sahabatku mengucapkan takziah dan tahniah.. namun aku mengerti semua ini adalah hikmah yang cukup besar sekali dalam hidup.

ingin saja aku menulis lebih panjang lebar.. namun hasrat itu dinafikan.. biarlah segala sejarah itu tersimpan rapi dalam diari hidupku..

apapun kini aku sudah memulakan langkah hidup baru... cepat pulih dari rebah tersungkur sptmana era 2004 dahulu... menyaksikan banyak impian dicapai dan seterusnya membolehkan aku megah di podium cita-cita...

rasa MERDEKA !

kerana sudah tiada lagi beban tanggungjawab yang terpikul di pundak diriku selama ini. seolah-olah diangkat dan dilempar jauh sehinggakan aku merasa terlalu ringan sekali. ingin terbang tinggi namun aku berwaspada supaya tidak lagi tinggi sehingga lupa di mana bumi dipijak...

aku tidak ingin terbang melangit tinggi akhirnya jatuh menjunam x terperi.. aku hanya mahukan ketenangan dan kebahagiaan abadi.

ku rela berteman sepi sehingga akhir hayatku asalkan tidak lagi menanggung sengsara yang tak berpenghujung.. kebebasan ini cukup dihargai sekali.. seolah-olah baru terlepas dari penjara yang mengerikan.. kini aku orang bebas.. tiada apa lagi yang perlu dirisaukan.. bebas mengejar impian.. dan tiada siapa dapat menghalangnya lagi...

hidupku kini sudah mula melangkah ke hadapan...

kejayaan semakin mula dirasai... dan semangat semakin mula membara..

hati semakin tenang... kerana aku sudah MERDEKA....... !

:)

MERDEKA !

MERDEKAA !

MERDEKAAAAAA...!!!!

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.