Unchained melody.... 4th April

Akhirnya aku kembali menulis di hamparan putih blog yang tidak seberapa ini. Adakalanya terkelu seketika, tiada kata yang mampu diterjemah. Di hati hanya terpendam, tiada keberanian untuk membuka segala rahsia. Kisah silam berulang dan aku masih di sini melihat masa depan. Jika terlalu emosi mungkin sudah tidak bermakna dan bererti lagi di dunia ini.

Namun, aku menganggap semua ini suratan takdir, yang mana aku akui ada hikmah di sebaliknya untuk direnungi. Jatuh bangunku, suka duka selama ini, adalah ujian. Walau diterjah ombak badai menggunung tinggi, aku masih tegar di sini, berani berdiri, tanpa sangsi.

Oh tuhan..

Tiada kata yang dapatku terjemahkan betapa resahnya hati. Gentar dengan kekuasaanMu kerana aku hanyalah insan kerdil di celahan kehidupan fana ini. Andai aku gugur, kiranya detak nafasku terhenti.. pertemukanlah daku denganMu... tempatkanlah aku di sisiMu.. selamanya...

Aku masih gagah berdiri.. misi terakhir ini harus diteruskan.. berikanlah daku kekuatan..

Aku sudah tidak lagi menyerahkan segalanya pada makhluk.. mereka juga lemah sepertiku. Sebenarnya ia benar mengajarkanku erti hakikat kehidupan. Semua ini fana.. semua ini adalah pinjaman.. hidup ini adalah pinjaman, anak-anak, isteri, suami, family, harta, nama, pangkat, kuasa semuanya adalah pinjaman. Bila-bila masa boleh ditarik semula..

Siapalah aku.. siapalah diri ini menafikannya..

Dan ku meniti bilahan hari-hari.. detik waktu kian menjelang.. misi ini kian hampir di penghujungnya. Moga dipermudahkan segala urusan. Melupakan segala detik hitam yang menyakitkan, dan aku simpan segala memori yang terbaik untuk masa depan.

Ku kan melangkah, mara, ke hadapan segalanya... nun jauh di sana.. impian indah menanti.. :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.