Reorganizing + Remodeling + Kaizen !

Kini aku menyusun semula hidup dengan lebih baik daripada sebelumnya. Aku di sini cuba menulis sesuatu yang positif. Ini kerana kita memerlukan kekuatan dan energy daripada sumber positif utk menghasilkan output yang positif. Sebab itulah setiap malam aku jadikan melihat video dan movie yang menginspirasikan. Mudah-mudahan ia dapat memberi motivasi terbaik

Menyusun atur satu persatu hidup ini memerlukan kesabaran. Kecekalan hati menghadapi apa jua dugaan, cabaran dan pergelutan hidup akan menjadikan semuanya kelihatan mudah. Melepasinya suatu kejayaan yang amat bermakna. Dan aku berbangga serta mengagumi diri sendiri kerana semua perkara terpenting dalam hidup sudah dialami. Siapa sangka orang macam aku ini boleh hadapi bermacam perkara dalam umur yang begitu muda. Tambahan pula aku bukan orang biasa, diuji dengan pelbagai aspek dalam career.

Im still here, standing tall.. and did it my way....

Aku rasa sekiranya orang lain yang alami apa yang aku alami sudah tentu akan tersungkur rebah... 2 kali nasib... dan aku akan ubah semua ini dalam masa beberapa tahun lagi.. insyaallah..

Yakin dengan takdir tuhan dan berusaha yang terbaik utk diri, keluarga dan agama. Aku cuba yang terbaik sekarang ini. Apa jua orang kata tidaklah ambil peduli... Yang aku tahu ialah kejayaan itu semakin dekat apabila kita bangun dan bangkitkan dari kegagalan...

Remodeling kembali segalanya... percaya dengan Allah, dan Allah akan percaya dengan kita.. bersangka baik dengan tuhan dan ia akan bersangka baik dengan kita...

Dan usah gentar dengan pergelutan hidup ini... ada masanya langit mendung dan selepas itu ia kembali cerah.. begitu juga selepas malam pasti ada siang... ini semua sunnatullah...

:)

Tiada ulasan

Leave a Reply