5 tahun dari sekarang...

Wah, semakin hari membusykan diri dengan pelbagai perkara, aktiviti dan program. Hidup semakin bermakna dan bererti.. Aku telah melepasi tahap sukar.. mungkin pengalaman mendewasakan dan ianya membuahkan hasil jatidiri yang kental dan kuat semangat.

Berperang dengan perasaan dan emosi, merupakan perang yang amat besar sekali dalam hidup. Perang melawan hawa nafsu.. mujahadatunnafsi adalah perang yang lebih besar daripada perang Uhud atau Badar maupun mana-mana perang sekalipun. Ramai orang yang gugur dan tewas dalam melawan hawa nafsu ini.

Semuanya memerlukan kekuatan hati dan minda. Hati yang dihiasi iman dan taqwa adalah sebaik-baik perisai. Dgn iman pada Allah, kita pasti dapat hidup lebih tenang. Ruh dan jiwa tenteram dengan janji Allah di syurga. Bukannya hidup mcm orang kafir di dunia semata-mata...

Aku belajar banyak dari alam dan masyarakat. Menjadi hati dan minda berfikir ligat ke arah masa depan yang lebih positif. Kita perlu merancang untuk hidup, bukannya membiarkan hidup berlalu pergi begitu sahaja.

Kita juga tidak boleh membiarkan dibuai perasaan dan emosi semata-mata, mesti berpijak di bumi nyata !

Ya, aku seorang realist. Walaupun apa yang aku tulis ini berbaur sosok identiti seorang idealist.

Ini kerana merancang bukan bermakna ia seorang yang angan-angan.. dari soal idealist kepada suatu realiti itu tidak mustahil. Berpijak di bumi nyata itu bersandarkan fakta dan dalil, barulah kaki melangkah gagah ke mana jua destinasi dengan penuh keyakinan.

Niat dipasak, hasrat diteguhkan, nekad hati lalu melangkah ke arah matlamat impian. ini merupakan psikologi kejayaan sepertimana ikon besar seperti Napoleon Hill, Tony Robbins, Bob Proctor dan sebagainya.

Cuma aku sedang memprogramkan minda, self-hypnosis untuk mencapai apa jua impian yang aku mahukan. Dalam masa 5 tahun dari sekarang aku berbeza, lebih perfect dan lebih hebat.

Aku seorang realist merancang langkah satu demi satu sejak pasca PP2.0 lagi.. project M15 ini merupakan kesinambungan reanimation terdahulu. Cuma kali ini sedar bahawa impian ini wajib apa jua cara dicapai dalam masa 5 tahun. Tekad di hati bulat dan jelas. Aku mahu menjayakannya.

Tiada siapa yang dapat menghalangnya... The ends justifies the means.

Aku sudah mula mengadaptasikan teknik machiavellian mengikut acuan aku sendiri. Selama ini aku tertipu dan mudah terpengaruh, namun kali ini aku sedar matlamat dan impian mengatasi segalanya. ya.. segalanya..

Ku tinggalkan silam, ku maafkan diriku sendiri, sedar dan insaf, mengaku dan pasrah, moga ku terus di dalam dakapanNya.. kasih sayangNya lebih kekal, setia dan selamanya....

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.