M15... M15... M15..!!! ... Dunia baru yang terbaik...

Bergema sahutan M15... seolah-olah aku berdiri di atas pantas.. audiens bangun bertepuk gemuruh sambil menyorak M15... M15.. M15...! dan aku terkesima di depan mic.. terharu dan sebak.. betapa indahnya dunia M15..

Aku tahu segalanya akan menjadi realiti.. nama, populariti, wang dan kuasa.. betapa hebat impian itu menjadikan segalanya munasabah. X perlu resah.. kerana aku bisa menari umpama rama-rama dan menyengat bisa umpama lebah... indah dan bahaya.. ia adalah sebahagian daripada permainan hidup.

Sekiranya takutkan risiko.. usah bicara soal perjuangan.. jika takutkan cabaran usah bicara soal kejayaan... kegagalan bukanlah sesalan seumur hidup.. usah biarkan diri kita tewas kerana dihalang rintangan.. usah banyak alasan dan songeh.. tapi banyakkan usaha tanpa henti, tidak kenal putus asa.. dan terus berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir...

Hidup di dunia hanya sekali... usah sia-siakannya... kita perlu bijak utk survive.

Dan aku membuang masalah dalam bakulsampah.. lalu aku fikirkan peluang yang terbuka di depan mata.. terlalu banyak peluang sehinggakan lupa masalah... ya.. masih terlalu banyak ruang.. selama ini kita tidak nampak atau buat-buat x nampak.. sekarang aku buka mata luas-luas dan lihat semua peluang itu dengan jelas.

M15... mmg dahsyat penangannya... ia merangkumi segalanya.. dalaman dan luaran.. kejayaan yang pasti dikenang seindah S98 & M04... dan aku mengulangi kejayaan baru lebih hebat nnt yang mana orang lain tidak akan terduga yang aku mampu lakukannya.

Ya, orang x kan percaya... sekerdil aku ini mampu harungi bermacam cabaran. sekerdil aku ini mampu cipta kejayaan besar.. Aku genggam azimat kejayaan ini lebih erat.. feel it, believe it, and achieve it...

Dalam 'bunker' rahsia aku sudah bermacam strategi dirangka. Perjalanan ini cukup adventurous dan tidak membosankan.. Dreamboard aku sudah hampir lengkap, setiap hari duit bertambah, setiap hari semakin terkenal dan setiap hari semakin dekat dgn kejayaan...

X perlu diulang kisah kejayaan.. aku cuma mahu tutup mulut para skeptikal yang pesimis.. the day will come.. bila semakin dekat dgn kejayaan, orang lain yang akan menyanjungi segala usaha selama ini.. dan aku cuma tersenyum indah... :)

Dunia baru yang terbaik... aku sudah selesaikan sebahagian besar puzzle hidup... kelak bila berjaya nanti, aku mampu menyumbang sesuatu untuk ummah dgn lebih mantap... what u give, u get back... ia formula hidup yang menenangkan... :)

Aku masih muda.. young and free... kelak nanti young, rich, talented, popular and powerful... :) ..hehe.. x dpt bayangkan bagaimana hidup dgn 5 elemen tersebut.. aku harap akan menyumbang bakti lebih banyak pada ummah nanti utk mengimbangi hidup yang lebih sempurna.

Oh.. M15... aku bersyukur pada Allahu Rabbul Izzah... ia adalah anugerah minda yang tak ternilai dariMu... akan ku perjuangkan segalanya di jalanMu... dan matikanlah aku sebagai syuhada.. moga beroleh kejayaan abadi selama-lamanya.....

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.