The making of the great leader...

Sejak 2005 aku mempelajari banyak perkara tentang politik organisasi. Teori management yang dipelajari dahulu agak jauh berbeza dengan realiti organisasi sebenarnya. Sbb itu aku pernah berangan-angan untuk menjadi CEO atau YB. Ini rentetan daripada minat tinggi terhadap menyumbang bakti pada masyarakat dalam masa yang sama mengejar kejayaan matlamat bisnes.

Semalam kecoh di Dewan Rakyat mengenai perbahasan RMK10 yang diumumkan YAB PM pada 10 jun lepas, semua ahli dewan begitu jelas dan tuntas dalam hujah mereka. Adakalanya ligat membantai antara satu sama lain dan tidak kurang juga yang mencelah nakal. Tp aku lihat di kalangan pembangkang jauh lebih baik, hujah dan fakta jelas menyakinkan berbanding pihak kerajaan yang terpaksa berhempas pulas membela diri dan menegakkan benang yg basah.

Soal kebajikan rakyat, subsidi, judi, APCO dan semuanya itu belum benar-benar mampu dihadam pihak kerajaan. Bagaimana mereka mahu menjuarai hati rakyat jika sudah kecundang rebah di dalam parlimen ?

Bagi akulah, jika aku jadi YAB PM. Adalah keutamaan rakyat lebih penting daripada kepentingan peribadi atau kroni. Di sini dapat lihat betapa kotornya parlimen ini bila dimainkan isu lompat parti dan beli ahli parlimen. Inikah demokrasi tulen?

Di zaman Pak Lah tiada berlaku seperti ini. Aku rasa kejatuhan BN sudah semakin realiti. Jika YAB PM tidak mengubah segala cacat cela dalaman yang menggagalkan menjuarai isu kebajikan rakyat maka PRU13 akan mempusarakan BN buat selama-lamanya.

Public opinion is the thermometer a monarch or leader should constantly consult.. ~ Napoleon Bonaparte
Apapun selamat berjuang buat semua pejuang demokrasi. Mungkin ini sistem kenegaraan yang serba serbi ada selepas penjajahan. Namun kesedaran lebih besar di kalangan rakyat utk memilih pemimpin yang adil dan amanah. Bukan kerana wang atau janji manis semata.

Dan aku masih belum menjadi YB dan CEO... tapi berada di tengah-tengah semua ini untuk menilai yang terbaik. Adakalanya seronok melihat ragam kerenah manusia ini, tersenyum dan ketawa malah ada juga yang nekad berusaha... :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.