love my days, love my routines and love my dreams...

Aku tgh handle project event bernilai RM700 ribu tahun ni.. ia satu rekod terbaik yg mana cukup mencabar minda dan hati.. walaupun hectic, tp aku bijak mengimbanginya dgn xtvt personal yang anggun... hehe.. actually baru je tukar bumper myvi SE yang baru.. sungguh chomel sekali.. buat aku tersenyum sakan... brader perodua tu suruh aku buat all-out bodykit & sport rim baru.. mwwahaha.. gila baek punya pukau... :P

Aku ready utk semua situasi.. setiap malam bangun dan menjadikan rutin terbaik utk masa depan.. Allah lebih memahami dgn apa yang aku lalui ini. Suatu masa nanti di M15 pasti menjadi legasi yang terhebat dalam hidup.. im pretty sure with that..

Hati perlu berani, minda perlu yakin positif dan jiwa perlu beriman sebenar-benarnya dgn kekuasaan Allah swt.. Bila ini berlaku, rasanya tiada siapa yang dapat menghalang matlamat kita... innallaha ma'ana.. sesungguhnya Allah bersama kita... keyakinan ini adalah keyakinan para Nabi dan pejuang Islam.. sudah tentu ia berjaya menempuhi apa jua cabaran mendatang..

Kita perlu bersyukur dan menghargai apa yang telah dimiliki.. dalam masa yang sama membantu dan memberi kepada yang susah sebagai tanda keprihatinan dan keikhlasan. Lenturkan hati dgn mahmudah.. insyaallah kita berada di jalan yang benar..

Perjuangan ini diteruskan.. setiap hari ku berdoa moga diberikan peluang utk melakukan apa jua yang diingini.. kesempatan umur yang ada pasti dimanfaatkan sepenuhnya.. sebelum ajal menjelma, kita kutip pengalaman dan bekalan utk akhirat sana...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.