Membongkar Sistem The Hidden Hands & Perancangan Dajjal


Blog Dajjal aku ni dah jadi pisang goreng panas... Ia mengumpulkan banyak video The Arrivals dari team wakeupproject.com .. mereka ni org lama dalam media telah membongkar rahsia Freemason/Illuminati aka Pengikut Dajjal & Iblis.

Bagi sesiapa belum tgk ambil kesempatan ini sebaik mungkin.. Aku x tau sama ada ia akan kekal ataupun dibanned/diremoved oleh 'mereka' yang takutkan kebenaran. Banyak hal yang terbongkar dan kita akan tahu sebenarnya apa yang berlaku di dunia ini.

Di Malaysia sebagai contoh, sebelum merdeka lagi kita sudah dimomokkan dengan sistem The Hidden Hands dari British.. Manakala sebelum Malaysia wujud salah seorang pangkat besar Freemason datang ke Tanah Melayu dan menggubal perlembagaan persekutuan melalui salah sebuah suruhanjaya... siapakah dia ?

Dia tu adalah Lord Reid.. "Suruhanjaya Lord Reid" inilah yang menggubal sistem perlembagaan / undang2 persekutuan pada masa itu bersama pemimpin2 negara waktu itu.. Siapakah 'Lord' ini... mengapa 'Lord' menggubal sistem negara kita ? Seorang 'Lord' yang berpangkat besar dalam organisasi Freemason British telah membina sistem sekular di Malaysia ini.. akibatnya semua sistem termasuk pendidikan, politik, sosial kemasyarakatan semuanya di bawah satu sistem sekular perlembagaan/undang² berlandaskan citarasa Freemason aka pengikut dajjal ini.

Apa akibatnya pada generasi ummat Islam di Malaysia hari ini ?

1. Sistem undang-undang sivil membolehkan anak2 kita selepas berumur 18 tahun bebas menganut apa2 agama termasuklah murtad dari Islam.. Kes ini sepertimana hangat dalam kes Aishah dahulu. Ini menyebabkan ummat islam kehilangan arah, tidak berpegang pada undang2 Islam menyebabkan generasi kita bebas berzina, lahir anak luar nikah, buang bayi dan lain-lain masalah sosial yang cukup menyedihkan.

2. Sistem demokrasi berparlimen / kepartian di Malaysia telah memecahbelahkan kesatuan ummat Islam kerana perbezaan ideologi. Taktik sistem freemason / dajjal ini digunapakai terhadap mana-mana negara Islam supaya mereka tidak akan 'vote' pada sistem undang² Islam krn dipengaruhi oleh landskap politik yang korup hasil dari sistem parlimen/parti ini... sistem dajjal telah berjaya di Malaysia dan menyebabkan byk ahli politik melayu Islam tidak bersatu di bawah panji aqidah yang sama.

3. Sistem pendidikan kita yg direka khusus utk mengawal minda sejak kanak-kanak.. 6 tahun di SRK dan 5 tahun di SMK.. semuanya 'disuap' melalui buku teks yang begitu skematik... malah di SMK telah disuap secara bulat2 melalui subjek sejarah Malaysia yang begitu naif serta mengagungkan negara penjajah... mereka lupa bangsa Melayu sebenarnya bangsa hebat sejak berabad lamanya... bangsa pelaut dan pedagang.. merentas samudera nusantara, mempunyai kapal besar 7 layar merentasi tamadun china dan mesir.. pada masa itu tamadun eropah belum lagi menyentuh asia... bangsa melayu telah lama menjadi tuan nusantara melalui empayar maritim Srivijaya sebelum ia jatuh dan digantikan dgn serpihan empayar melayu yg lain, skrg ini pecahan Melayu Champa/Kemboja, Melayu Malaysia, Melayu Indonesia & Melayu Afrika menunjukkan betapa banyak sejarah yang belum dirungkai dgn telus... Sistem pendidikan kita dikawal, memastikan minda anak² disuap dgn maklumat yang jahil dan tidak benar.. Bila masuk universiti mereka mengulangi sistem suap yang sama... sbb itu graduan hari ini nampak lesu tak bermaya... sistem pendidikan sudah lama rapuh...

-------------------

Cukup saya jelaskan 3 sistem yang telah lama dijangkiti virus Freemason... masih ada byk lagi.. cuma sy belum sentuh dari segi sistem kewangan.. bila sentuh bab ini sudah tentu ia lebih mengejutkan.. kita sudah lama mengguna pakai sistem kewangan dajjal ini sebelum merdeka lagi..

saya harap saudara saudari akan sebarkan segala maklumat video dalam blog Dajjal laknatullah ini supaya dapat sedarkan yang lain... usah tidur lena lama sgt... kita perlu sedar cpt dari sistem freemason ini... perubahan boleh dilakukan.. kita mula dgn sst yang mampu dilakukan.. elok kita mencuba daripada tidak berbuat apa-apa...

saksikanlah... saya sudah sampaikan... semua hal akhir zaman ini adalah utk survival ummat Islam.. saya x tau sama ada blog tersebut akan kekal.. byk ancaman sebenarnya... akaun facebook saya pernah di'disable'kan tempoh hari atas sebab2 yang direkayasa... admin FB takut dgn pendedahan zionis yahudi & freemason... so x mustahil blogspot account sy pun akan dibanned mahupun diremoved... 'mereka' tidak akan berhenti menyekat maklumat kebenaran ini...

Namun perjuangan masih baru bermula... saya x kisah akaun ditutup atau dibuang.. no one cant stop me anymore.. agi idop agi ngelaban !

What keeps me going is Goals..! ~ Muhammad Ali, World Heavyweight Champion

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.