2011... i'm ready... :)

Sejak 5 hari lalu aku diserang demam dan batuk yang agak hebat juga.. lega dapat pulih kembali hanya kesyukuran padaNya dipanjatkan.. segala gerak kerja yang tergendala diawasi semula sptmana sedia kala.. dan aku bertuah dikurniakan anak buah yang memahami dan bekerjasama. Insyaallah aku yakin mampu memperbaiki lebih baik lagi untuk tahun baru 2011.

Bagi aku yang telah mempelajari pelbagai taktik perang Sun Tzu, mmg adakalanya politik organisasi perlu bijak berstrategi. Aku masih bermain ala² gerila... ya.. aku gemari taktik ini. Malah jatuh cinta dengan seni gerila.

Sejauh mana aku mampu bermain lebih licik itu adalah rahsia terbaik. Sekarang ni aku mempunyai impian yang amat besar... tak terjangkau oleh orang lain.. Jika mama bangga dengan PTD M52 nya maka aku juga bangga dengan taktik seni gerila M15 ini. Why not... ia adalah formula luar biasa aku utk berjaya...

Walaupun adakalanya bermain gerila seperti ini agak melucukan, ia membuatkan aku berfikir panjang untuk berjaya perlu banyak sabar dan tangkas merebut peluang. Dalam hidup ini peluang terbaik usah disia-siakan.. Gunakan semaksimum yang mungkin.. umur masih muda dan bertenaga... aku masih perlu belajar untuk lebih bijak lagi tanpa sesiapa pun terjangka..

Aku x sabar utk mengaut segala peluang yang ada untuk 2011... inilah masanya. Sekian lama memerhati kini masanya utk bertindak pantas. Aku sudah mempunyai barisan networking yang besar, kini cuma masa menentukan leverage itu dimaksimumkan sebaik yang mungkin.

Aku tidak lagi bermain wayang mcm budak² mentah... tidak lagi mengeluh.. tidak lagi membuang masa.. Aku lebih smart dari itu.. utk berjaya dalam hidup.. kita perlu main 'trick' dengan minda fikiran ini.. Kita perlu fikir licik dan positif... dengan itu hidup akan terarah kepada penyelesaian positif dan lebih tenang, bahagia dan bebas.

Aku dah alami jatuh bangun dalam hidup... syukur pada Allah yang memberikan ku nafas.. dengan denyut nadi yang berdetak ini aku meneruskan perjuangan dengan berani..

Tiada lagi sesal.. tiada lagi sedih.. dan tiada lagi mimpi buruk... semuanya hilang.. lesap ditiup angin... yang ada cumalah cahaya masa depan... sinarnya indah.. aku tersenyum melangkah ke arahnya...

Dan jalan yang aku tempuhi ini, lebih ringan dan mudah.. seolah-olah beban galas memberat selama ini diangkat dan dilepaskan... oh.. ringannya... betapa aku hargai kebebasan ini.. ia menjadikan aku hidup kembali utk terus mara mengejar impian.

M15... aku sedang mengejarnya.. berlari mengejar impian terindah... :)

Tiada ulasan

Leave a Reply