Sudah pertengahan tahun 2010....!!!

Pejam celik pejam celik sudah pertengahan tahun 2010 rupanya... Begitu laju pantas berlalu.. tak sedar aku sudah single semula hampir 1 bulan 5 hari sejak PP2.0... mmg tak terungkap rasanya.. banyak perkara aku dah berbeza.. hehee.. dalam plan M15 aku draft tu mmg hebat.. tak berani nak explain kat sini.. mwahaha...

Apapun perjuangan baru saja bermula.. ya.. aku sudah lain skrg.. membiarkan silam berlalu pergi.. aku memaafkan diri sendiri dan kini memandang di hadapan.. segalanya ada untuk aku merasai kembali hebatnya dunia single... enjoy habis.... aku teringat zaman Hot dulu tika 2002-2004... mmg penuh koci-koci bertaburan... hidup x pernah sunyi... hehehe...

Wait.. aku skrg ni focus untuk M15... bukan nak cari pengganti ke apa.. impian lebih penting skrg.. bab lain tu aku serah pada tuhan saja.. Skrg ni pun dah mula bz amat memikirkan perancangan rapi.. aku harap xde sikitpun flaw...

Zero defect.. antara elemen M15.. maknanya aku dah mula jadikan checklist sebagai habit.. tiba masanya aku akan cepat naik.. lebih hebat dan terkenal.. hohoho...

Inilah akibatnya terlalu bermotivasi... aku akan percaya pada diri sendiri dan percaya pada kuasa tuhan.. segalanya tidak mustahil !

Pentingnya leverage... Pros & Cons

Nampaknya aku sudah mula memiliki suatu leverage yang tidak terjangka.. dalam masa yang sama M15 kekal sebagai tempat utama untuk menjustifikasikan kehidupan yang lebih bermakna. Adakalanya terlalu banyak leverage juga akan 'mematikan' semangat juang seorang pejuang.. namun leverage ini umpama permainan, adakalanya kita perlu ada 'rules' untuk tidak terlalu hanyut dalam dunia tersendiri.

Skrg baru aku faham mengapa Allah tempatkan aku di M15.. ini tanda Allah sangat sayang.. kerana di situlah aku belajar untuk jadi manusia yang berbakti. Aku rasa sukar nak cari ganti kerana ia bukan seperti di tempat yang lain, tambah lagi warganya lebih Islamic dan aku bertuah mendekati mereka semua ini.

Manakala leverage terbaru ini aku x tau nk bagi nama apa.. its still in progress... still increasing.. looks very promising.. Aku rasa gabungan leverage akan menjadi hidup lebih bermakna. Cumanya kene pandai manage saja.. bukan sekadar lihat semata.

Aku harap tidak akan kehilangan sasaran.. sehingga matlamat M15 tercapai aku mahu bina sebuah empayar yang tidak dapat dikalahkan... invincible.. tika itu financial freedom sudah digenggam.. dan aku yakin dengan matlamat ini... :)

Nampaknya minggu ini aku terus bz.. reprogramming & restoring.. reanimation 2.0 masih berlaku untuk memperbaiki segala-galanya. Yang menariknya aku sudah tidak perlu banyak menulis di blog kerana focus kepada kerja.

Banyak perkara nak kene buat.. kita bersaing dengan masa.. masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit, masa kaya sebelum miskin, masa muda sebelum tua dan masa hidup sebelum mati.

Aku kagumi beberapa orang mentor yang selama ini menunjukkan teladan yang baik. Sifat kepimpinan yang luar biasa telah menjadikan aku apprentice yang berdaya saing. Sudah tiba masanya untuk kita buktikan antara yang terbaik dalam hidup ini.

Hidup bukan sekadar berlalu begitu saja... kita perlu mencipta sesuatu yang hebat untuk manfaat masyarakat.. Nilai-nilai yang dicerna dalam pemikiran diterjemah dalam bentuk hasil tindakan yang mengagumkan.

Aku tidak banyak complaint lagi.. alasan tidak penting.. apa yang penting adalah kita dapat aoa yang kita mahukan... fight for it.. bukan menyerah kalah...

Salah satu sifat seorang pejuang adalah.. berani tidak kenal masa.. berani untuk berjaya dan berani untuk gagal... hidup mati seorang pejuang kerana matlamat yang diimpikan.. matlamat yang bermaruah.. kekal selamanya kerana al-Falah..

Perjalanan baru ini telah dirintis dengan baik after PP2.0 dan aku kini dalam proses mengenali semula detik kejayaan yang pernah dikecapi suatu masa dulu. Sudah 4 tahun dan aku kini berbangga bertahan selama ini yang mana jarang dibuat oleh orang lain.

Kini aku sentiasa berdisiplin, jam 5am sudah bangun dan menguruskan hidup lebih awal dari yang diharapkan. Semuanya menjadi begitu mudah dan cukup bersemangat untuk berjuang mendepani apa jua cabaran.

Sebagai M15 kini sudah dirasai betapa elemen camouflage & strategic planning itu penting sekali. Aku tidak boleh mengabaikan apa jua aspek yang membantu untuk mencapai kejayaan masa hadapan.

The ends justifies the means... inilah slogan M15.. aku harap boleh capainya nanti pada tahun 2015.. suatu matlamat yang penting untuk dihayati sebaik yang mungkin.

A wise man make more opportunities than he finds.. ~ Sir Francis Bacon

Reorganizing + Remodeling + Kaizen !

Kini aku menyusun semula hidup dengan lebih baik daripada sebelumnya. Aku di sini cuba menulis sesuatu yang positif. Ini kerana kita memerlukan kekuatan dan energy daripada sumber positif utk menghasilkan output yang positif. Sebab itulah setiap malam aku jadikan melihat video dan movie yang menginspirasikan. Mudah-mudahan ia dapat memberi motivasi terbaik

Menyusun atur satu persatu hidup ini memerlukan kesabaran. Kecekalan hati menghadapi apa jua dugaan, cabaran dan pergelutan hidup akan menjadikan semuanya kelihatan mudah. Melepasinya suatu kejayaan yang amat bermakna. Dan aku berbangga serta mengagumi diri sendiri kerana semua perkara terpenting dalam hidup sudah dialami. Siapa sangka orang macam aku ini boleh hadapi bermacam perkara dalam umur yang begitu muda. Tambahan pula aku bukan orang biasa, diuji dengan pelbagai aspek dalam career.

Im still here, standing tall.. and did it my way....

Aku rasa sekiranya orang lain yang alami apa yang aku alami sudah tentu akan tersungkur rebah... 2 kali nasib... dan aku akan ubah semua ini dalam masa beberapa tahun lagi.. insyaallah..

Yakin dengan takdir tuhan dan berusaha yang terbaik utk diri, keluarga dan agama. Aku cuba yang terbaik sekarang ini. Apa jua orang kata tidaklah ambil peduli... Yang aku tahu ialah kejayaan itu semakin dekat apabila kita bangun dan bangkitkan dari kegagalan...

Remodeling kembali segalanya... percaya dengan Allah, dan Allah akan percaya dengan kita.. bersangka baik dengan tuhan dan ia akan bersangka baik dengan kita...

Dan usah gentar dengan pergelutan hidup ini... ada masanya langit mendung dan selepas itu ia kembali cerah.. begitu juga selepas malam pasti ada siang... ini semua sunnatullah...

:)

Iron Man 2 : Movie yang mengagumkan...


Akhirnya berjaya juga aku tengok Iron Man 2 ini walau terpaksa pergi tengok sensorang di tengah-tengah malam buta di GSC Summit USJ.. hehe.. Apapun aku dah set dalam minda bahawa selain Transformers 2 movie yang patut ditonton adalah Avatar dan Iron Man 2...

Bagi aku yang minat teknologi moden ini mmg teruja melihat equipment Tony Starks dalam workstationnya... Teringin juga nak dapat mcm tu.. hehe...

Apapun plot ceritanya yang ego dan kelakar merupakan resepi terbaik dalam Iron Man 2 ini.. Tony Starks didakwa memiliki senjata yang merbahaya, namun beliau secara sinis menyindir bahawa suite nya itu adalah baju perisai dan meneutralkan keamanan dunia.

Apapun Tony Starks mula menjadi hot selebriti yang lebih hebat daripada sesiapa pun dengan munculnya Starks Expo yang merupakan event terbesar dalam pameran inovasi senjata terbaik di seluruh dunia. Mcm biasalah gayanya yang megah dan segala bagainya itu merupakan identitinya.

Sehinggalah muncul musuh Ivan yang mencipta sumber kuasa yang sama dengan Tony Stark buat di dadanya itu.. Rupanya ciptaan sumber kuasa itu adalah kerjasama Ayah tony dahulu dengan saintis Russia dan anak kepada saintis (Ivan vanko) itu berikrar sumpah utk mengembalikan hak ayahnya itu kepada yang sepatutnya..

Ivan Vanko penuh dengan sifat kebencian pada tony stark, badannya penuh tattoo.. namun seorang yang gigih bekerja mcm tony starks... apabila sudah mencipta sumber kuasa yang sama dengan Iron Man dia menggabungkan dengan senjata dawai cemeti elektrik menjadikannya lebih drastik. Dgn teknologi hampir sama itu dia telah memusnahkan byk kereta F1 di litar Monaco yang mana Tony Starks turut berlumba dalam tu. Cuma nasib baik Tony bawa portable suite Iron Man dalam beg dan bertindak mengalahkan Ivan Vanko dalam keadaan yang cukup genting.

Ok, jalan ceritanya mmg penuh debaran... aku nak cerita pun susah sbb panjang sgt.. apapun selepas itu tony starks berdepan dengan cabaran keracunan paladium di dadanya dan berusaha mendapatkan unsur baru menggantikannya dengan terjumpa idea bapanya sejak 20 tahun dalam sampel mini city Starks..

Ia menjadi lebih menarik bila ada wanita yang jadi CEO Starks Company.. Pepperpotts jadi CEO manakala agen Natalie Rushman menjadi PA pepperpotts yang cukup hot... mmg selepas itu korang tgk lah sendiri yer..

Sampai pesaing Tony Starks dari Hammer Industries mengambil peluang merekrut Ivan Vanko menjadi pembangun utama teknologi dron iron man.. byk dron ala2 iron man ni tapi kuasa sumber tenaganya bukan mcm di dada Tony Starks.. dron itu mcm robot biasa yang punya senjata tembakan konvensional.


Part paling happening semasa pertarungan byk robot iron man.. Colonel James Rhodes dah ada suite iron man ini, cuma dimodifikasi oleh Hammer Industries secara remote control oleh Ivan Vanko. Mmg gila pertarungan sesama Iron Man ini... Klimaksnya bila suite Iron Man Tony dan Colonel kembali bersatu menentang suite canggih Ivan Vanko yang berkuasa dawai cemeti elektrik..

Oklah, kesudahannya korang tgk sendirilah ye.. hehe...

Bagi aku berbaloi tengok mcm Transformers 2 dulu... apapun lepas ini aku kene focus bisnes dan career.. seronok enjoy dan kene seronok bekerja... hehe.. hidup ni kene balance.. pepandailah nak jaga dan sentiasa berfikiran positif selalu untuk terus hidup dengan maju jaya...

Banyak juga yang dapat aku belajar dengan movie Iron Man 2 ini.. mmg kesungguhan dan kecekalan Tony Starks serta Ivan Vanko membuatkan aku sedar bahawa untuk mencipta sesuatu yang hebat memerlukan kesabaran dan usaha tanpa henti. Dalam masa yang sama teknologi dapat membantu hidup manusia lebih baik dalam ertikata yang lain jika digunakan dengan betul.

Elemen jenaka dan lawak dalam Iron Man 2 ini semakin ketara.. dan ia mmg berjaya membuatkan penonton gelak besar.. di akhir cerita ini, kitorang tepuk tangan dan puas hati sebelum meninggalkan dewan THX GSC... masing2 tersenyum dan puas hati...

Jam sudah 2.30am... aku terus racing dari subang ke sentul utk balik berehat... sebelum tu pekena nasi goreng ayam di bt caves.. hehe... :) malam yang paling aneh dan menyeronokkan buat kali pertama selepas PP2.0 ... pepun hidup perlu diteruskan.. masih banyak cabaran utk kita alami demi kejayaan masa depan...

:)