I am Unstoppable !

Aku balik ke ss12 pj berbincang dengan family tentang hasrat utk ke Indonesia dan Brunei... Teruja sebab aku rasa sudah tiba masa untuk terbang jauh dari sini memandangkan di luar sana ada orang sedang menanti. Bukan sebab nak cari teman baru.. tapi sebab kerjasama dan peluang terbentang luas dengan tenaga kerja dan lubuk emas yang jauh lebih menguntungkan.

Walaupun ada 'argument' tetapi bapa telah beri green light.. aku sebenarnya kene cuba lebih baik lagi untuk menyakinkan semuanya dalam posisi yang menyakinkan.. Sama ada dilemma aku nak resign atau cabut itu terpulang kepada keadaan.. Sudah tiba masa kita lakukan yang lebih baik dalam hidup.

Ok, project utk 2010 adalah fasa penyesuaian.. Aku percaya mampu handle event terbesar bernilai lebih setengah juta.. buat masa ini focus utama adalah yang itu... dan partner akan start memasuki segenap pelusuk ruang yang ada ini segera yang mungkin.. Aku dah plan mende ni lama da, cuma tahun ni start implement... (sambil ketuk kepala.. apesal la lambat sgt.. mwahaha)

Utk 2010 juga aku tgh cleaning up all bad clusters.. kena sapu segala sampah sarap ni sebelum bertimbun. Tugas tukang cuci ni kenkadang agak rawan... Aku sedang belajar utk mencuci... rasa mcm dah bazir byk masa... adei....

Partner dari Indonesia dah start mengaum sampai masuk tv sana. Aku kagum dgn semangat beliau berjuang menentang pemerintah di mahkamah.. nk cerita lebih lanjut kurang sesuai masa ini. Terharu dgn jemputan beliau mengunjung jakarta utk bertemu dgn org mesia spt aku ini... Pada 29hb Jun 2010 adalah saat beliau dibebaskan dari tuduhan dan fitnah pemerintah sekaligus mengorak kembali mercu kejayaan di persada. Aku tumpang gembira buat sahabat..

:) Mmg x sabar nk gi Jakarta, byk expert internet marketer & hacker... adei... bila la boleh pegi ni... rasa mcm nak melompat je ke sana... hehehe....

Brunei... awek brunei cun woh... kaya pula tu... mwahaha... aku melalui company EZSB akan merintis perniagaan berasaskan ibadah qurban dan aqiqah di sana, segala sistem sudah develop di Malaysia.. aku cuma jadi consultant yang berjalan sana sini sambil enjoy hidup baru sebagai "expatriate class" yang pernah dibayangkan sebelum ini dalam minda..

Aku rasa mcm dah start terbang... iyelah.. semua ini dah ada depan mata mmg rugi aku x ambil semua ni.. xpa aku sibuk tahap cipan gaban sekalipun, at least aku capai level yang aku nak... aku da lenyapkan segala misteri imej PTD (pegawai tadbir diplomatik) kerana x perlu jadi PTD utk pergi Parlimen dan bertemu YB dgn eksklusif.. aku dah alaminya... dan x perlu jadi PTD utk urus event besar bernilai setengah juta pada 2009 dan juga 2010... aku dah buat dan akan ulanginya tahun ini... so apa class PTD ? i kick 'em out already...

Sekarang ni aku nak terbang jauh lagi.. siap bina empayar besar dalam hidup.. cuma kaki kanan aku masih kebas.. take time juga utk sembuh 100%... tgh jadi pakar strategi mcm Sun Tzu... aku lebih banyak mengira probabiliti & strategi di dalam minda... aku harap setiap hari, lebih banyak idea baru mendatang utk menyelesaikan puzzle ini... Sampai masanya... i am unstoppable.... :)

"The Climb" ft. Ahmir



I can almost see it.
That dream I'm dreaming, but
There's a voice inside my head saying
You'll never reach it
Every step I'm takin'
Every move I make
Feels lost with no direction,
My faith is shakin'
But I gotta keep tryin'
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down, but
No I'm not breaking
I may not know it, but
These are the moments that
I'm gonna remember most
I've just gotta keep goin', and
I gotta be strong
Just keep pushing on, but

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

Keep on movin'
Keep climbin'
Keep faith baby
It's all about, it's all about
The climb
Keep the faith, keep your faith, woah

---------------------------------------------------------
p/s: Miss Q.. thank you for this lovely song... u alwez there for me.. :)

Bergema sahutan M15... seolah-olah aku berdiri di atas pantas.. audiens bangun bertepuk gemuruh sambil menyorak M15... M15.. M15...! dan aku terkesima di depan mic.. terharu dan sebak.. betapa indahnya dunia M15..

Aku tahu segalanya akan menjadi realiti.. nama, populariti, wang dan kuasa.. betapa hebat impian itu menjadikan segalanya munasabah. X perlu resah.. kerana aku bisa menari umpama rama-rama dan menyengat bisa umpama lebah... indah dan bahaya.. ia adalah sebahagian daripada permainan hidup.

Sekiranya takutkan risiko.. usah bicara soal perjuangan.. jika takutkan cabaran usah bicara soal kejayaan... kegagalan bukanlah sesalan seumur hidup.. usah biarkan diri kita tewas kerana dihalang rintangan.. usah banyak alasan dan songeh.. tapi banyakkan usaha tanpa henti, tidak kenal putus asa.. dan terus berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir...

Hidup di dunia hanya sekali... usah sia-siakannya... kita perlu bijak utk survive.

Dan aku membuang masalah dalam bakulsampah.. lalu aku fikirkan peluang yang terbuka di depan mata.. terlalu banyak peluang sehinggakan lupa masalah... ya.. masih terlalu banyak ruang.. selama ini kita tidak nampak atau buat-buat x nampak.. sekarang aku buka mata luas-luas dan lihat semua peluang itu dengan jelas.

M15... mmg dahsyat penangannya... ia merangkumi segalanya.. dalaman dan luaran.. kejayaan yang pasti dikenang seindah S98 & M04... dan aku mengulangi kejayaan baru lebih hebat nnt yang mana orang lain tidak akan terduga yang aku mampu lakukannya.

Ya, orang x kan percaya... sekerdil aku ini mampu harungi bermacam cabaran. sekerdil aku ini mampu cipta kejayaan besar.. Aku genggam azimat kejayaan ini lebih erat.. feel it, believe it, and achieve it...

Dalam 'bunker' rahsia aku sudah bermacam strategi dirangka. Perjalanan ini cukup adventurous dan tidak membosankan.. Dreamboard aku sudah hampir lengkap, setiap hari duit bertambah, setiap hari semakin terkenal dan setiap hari semakin dekat dgn kejayaan...

X perlu diulang kisah kejayaan.. aku cuma mahu tutup mulut para skeptikal yang pesimis.. the day will come.. bila semakin dekat dgn kejayaan, orang lain yang akan menyanjungi segala usaha selama ini.. dan aku cuma tersenyum indah... :)

Dunia baru yang terbaik... aku sudah selesaikan sebahagian besar puzzle hidup... kelak bila berjaya nanti, aku mampu menyumbang sesuatu untuk ummah dgn lebih mantap... what u give, u get back... ia formula hidup yang menenangkan... :)

Aku masih muda.. young and free... kelak nanti young, rich, talented, popular and powerful... :) ..hehe.. x dpt bayangkan bagaimana hidup dgn 5 elemen tersebut.. aku harap akan menyumbang bakti lebih banyak pada ummah nanti utk mengimbangi hidup yang lebih sempurna.

Oh.. M15... aku bersyukur pada Allahu Rabbul Izzah... ia adalah anugerah minda yang tak ternilai dariMu... akan ku perjuangkan segalanya di jalanMu... dan matikanlah aku sebagai syuhada.. moga beroleh kejayaan abadi selama-lamanya.....

Karipap-karipap cinta...


Sinopsis
Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors.

Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz). Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.

Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu. Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya. Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.

---------------------------

Korang mesti beli novel ni... klakar siot karipap dia.. kekeke... :P

Peringatan utk diriku yang nak tekel awek baru perlukan karipap2 yang unik.... huhuhu...

Ku tekad dan nekad berjaya...

Sejak 1998 di SMAKL, aku teruja dengan Komanwel 98 merupakan detik sejarah terhebat melakar perjuangan SPM98 pada masa itu. Lagu Ella , Standing in The Eyes of The World menjadi mantera kami semua para pejuang peperiksaan SPM masa itu.. hehe..

Well.. SPM98 merupakan antara yang terbaik dalam hidup semasa zaman sekolah. Aku berjaya menempatkan diri di antara 10 pelajar terbaik SMAKL sehingga diiktiraf oleh Menteri Pendidikan ketika itu DS Najib Razak.

Mmg agak gila semasa 97 dan 98, aku hanya teruja nak masuk universiti sptmana senior2 lain.. aku sanggup study gila dari awal pagi sampai malam.. org kata study maut.. mmg itulah pengorbanan terhebat masa tu.

Tekad di Uniperdana... 1999 - 2004 mmg cukup bergaya... aku menempatkan diri di Akademi Islam UM dalam masa hampir 5 tahun untuk segulung Ijazah Sarjana Muda Syariah & Pengurusan. Bergelumang dengan kitab dan buku beserta passion terhadap business dan career masa itu. Tidak dilupa juga dunia 'cinta' yang boleh dikatakan 'gila' juga... huhuu.. sehingga sekarang aku x tau mcm mana boleh graduate... mwahaha... :P

Syukur alhamdulillah.. Allah masih sayang... :)

2005 - 2010.... satu transisi hidup yang amat berbeza... dan aku percaya masa itu pelbagai ujian dan dugaan untuk melengkapkan diri sebagai seorang pemimpin hebat. Dalam masa 5 tahun aku begitu memahami soal tanggungjawab beserta cinta. Diadun dengan kerjaya dan business serta cara kita mengimbanginya.

Skills utk keseimbangan ini mmg x dpt lari daripada kembali kepada jalan Ilahi.. Aku yakin bahawa Allah telah menunjukkan jalan keluar dan memberikan ketenangan untuk hari-hari yang mendatang.. Skrg baru faham betapa hikmah dugaan ini besar sekali.

2010 - 2015 ... sebab itulah aku namakan tekad M15.... org duk tertanya apa itu M15... tp aku biarkan better left unsaid.. mengapa mesti start pada 2010 ? hehe...

Tekad dan nekad... itu saja yang difikirkan... kejayaan dalam masa 5 tahun... lagipun aku still muda dan cergas... kesihatan bertambah baik dari sebelumnya... disiplin semakin bagus.. hasil income yang makin bertambah.. simpanan juga meningkat.. kasih sayang family dan masyarakat juga bagus.. pahala perlu ditingkatkan, dosa perlu dileburkan.. apa yang pasti al-Falah itu penting dikejar bukan sahaja di dunia.. malah akhirat...

Seimbang.. wasatiah.. sederhana... itulah kunci kejayaan sebenarnya...

Aku tekad dan nekad berjaya... tiada siapa boleh halang... dalam minda ini seolah-olah mantera 98 menyeru kembali... aku terdengar.. dan aku sahut !

Sahut cabaran M15, dan sanggup berkorban apa saja untuknya.. ia lebih besar dari pengiktirafan.. sebaliknya ia adalah zaman perjuangan yang cukup baik.. Segala perancangan sudah disusunrapi.. dari segi kerjaya, bisnes, kewangan, kesihatan dan akademik. Insyaallah tgh dalam proses menunggu lecturer aku balik dari Edinburg habiskan PhD dia.. dia balik je aku leh start wat master dgn dia.. mwahaha... :P

Setia dan nekad... sbb scholarship dah ada.. cuma aku kene register saja.. tp mmg lecturer dah pesan buat MA dgn dia.. sure dia bagi baik punya lulus... keke.. :P

Oklah, panjang pulak cerita pasal bab belajar ni... ambil masa dari spm.. keke.. segala yang baik itu dari tuhan dan kita wajar bersyukur segalanya... selain itu, delete segala 'problem' dalam minda dan gantikan dengan 'peluang' sptmana para tokoh hebat yang lain lakukannya... skrg ni aku sentiasa pegang buku kuasa minda.. insyaallah sepanjang M15.. aku mampu cope segalanya dgn satu pintasan minda.. apa yang aku nak pasti dapat !

Your wish is my command.. ~ Genie , The Secret

Sekarang ni dah set kuat dlm minda... Apa yang aku nak aku pasti dapat ! ... sebab itulah sekarang ni x rasa takut dgn cabaran.. aku tau di depan sana segalanya pasti jadi kenyataan... mcm SPM98 dan juga Graduate2004 serta M15 pasti jua berjaya sama... Mmg berjaya jua...

Tekad !

Tekad - Hazami



Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba

Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

( bridge )
Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa

Menggapai cita-cita



Maybe we're trying
Trying too hard
Maybe we're torn apart
Maybe the timing
Is beating our hearts
We're empty...

We're empty..

The making of the great leader...

Sejak 2005 aku mempelajari banyak perkara tentang politik organisasi. Teori management yang dipelajari dahulu agak jauh berbeza dengan realiti organisasi sebenarnya. Sbb itu aku pernah berangan-angan untuk menjadi CEO atau YB. Ini rentetan daripada minat tinggi terhadap menyumbang bakti pada masyarakat dalam masa yang sama mengejar kejayaan matlamat bisnes.

Semalam kecoh di Dewan Rakyat mengenai perbahasan RMK10 yang diumumkan YAB PM pada 10 jun lepas, semua ahli dewan begitu jelas dan tuntas dalam hujah mereka. Adakalanya ligat membantai antara satu sama lain dan tidak kurang juga yang mencelah nakal. Tp aku lihat di kalangan pembangkang jauh lebih baik, hujah dan fakta jelas menyakinkan berbanding pihak kerajaan yang terpaksa berhempas pulas membela diri dan menegakkan benang yg basah.

Soal kebajikan rakyat, subsidi, judi, APCO dan semuanya itu belum benar-benar mampu dihadam pihak kerajaan. Bagaimana mereka mahu menjuarai hati rakyat jika sudah kecundang rebah di dalam parlimen ?

Bagi akulah, jika aku jadi YAB PM. Adalah keutamaan rakyat lebih penting daripada kepentingan peribadi atau kroni. Di sini dapat lihat betapa kotornya parlimen ini bila dimainkan isu lompat parti dan beli ahli parlimen. Inikah demokrasi tulen?

Di zaman Pak Lah tiada berlaku seperti ini. Aku rasa kejatuhan BN sudah semakin realiti. Jika YAB PM tidak mengubah segala cacat cela dalaman yang menggagalkan menjuarai isu kebajikan rakyat maka PRU13 akan mempusarakan BN buat selama-lamanya.

Public opinion is the thermometer a monarch or leader should constantly consult.. ~ Napoleon Bonaparte
Apapun selamat berjuang buat semua pejuang demokrasi. Mungkin ini sistem kenegaraan yang serba serbi ada selepas penjajahan. Namun kesedaran lebih besar di kalangan rakyat utk memilih pemimpin yang adil dan amanah. Bukan kerana wang atau janji manis semata.

Dan aku masih belum menjadi YB dan CEO... tapi berada di tengah-tengah semua ini untuk menilai yang terbaik. Adakalanya seronok melihat ragam kerenah manusia ini, tersenyum dan ketawa malah ada juga yang nekad berusaha... :)

Serba serbi di M15..

Rasanya penat buat paperwork belum lagi kebah. Aku da siapkan hampir 10 case dan akan dibentangkan kepada menteri di JPM akhir bulan ni. Mcm biasalah terpaksa pulun bagi habis supaya dapat focus matlamat M15.

Esok aku dah start gi persidangan dewan rakyat di parlimen.. mcm biasa smart dgn black suite.. lama gak aku x pakai kot.. hehe.. bila pakai mcm jadi YB la pulak.. mwahaha... almaklum aku da start bercita-cita nk jadi YB dgn cara tersendiri.. ini semua pengaruh member la ni.. adei...

Satu lagi fenomena yang mutakhir ini agak aneh sekali... namun aku dah rest my case... rupa-rupanya byk juga 'peminat' yang baca blog aku yg x seberapa femes.. aku x tau la kenapa dorang masih suka baca blog aku... nk kata aku hensem ataupun cute.. bole la jugak... :P

apapun mmg berhajat x lama menulis di sini... byk perkara lain nak buat... aku tgh setup project baru nih.. sure x lama lagi nak berblog pun susah.. tapi masih setia bersama twitter dan facebook.. aku rasa lebih selesa di sana..

Serba serbi di M15... mmg mcm pelangi... dan aku rasa masa depan itu lebih indah... percaya atau tidak semakin banyak perubahan positif dalam hidup.... aku percaya x lama lagi lebih banyak peluang baru muncul.. satu demi satu diraih.. dan aku akan kembali di persada cita-cita...

Dream.. Dream BIG... Feel it. Believe it. Achieve it.

:)

My new journey...

Kembali sibuk..
Bebaru ni jadi panel hakim pertandingan nasyid anjuran GEPIMA di Balai Budaya DBP (aku di tengah bersongkok berserba merah hitam). Penat menadah telinga mendengar 12 kumpulan dari pelbagai negeri. Yang kelakar dorang bawa lagu Sami Yusuf, Soldiers of Islam, Daud Wharnsby dan lain-lain dari munsyid tempatan.. Nampak sgt diorang dh langgar peraturan pertandingan yg mesti menggunakan lirik sendiri.

Macam biasalah, aku jadi perhatian.. hakim berbaju merah hitam bersongkok.. petah bicara dan serba serbi mengkomen sesuka hati... mcm juri AF la pulak.. mwahaha... apapun enjoy.. aku suka competition semacam ini.

Meeting & Dating..
Lantak lah sapa baca jurnal aku ni.. nk bgtau jugak yg aku dah start new life.. so mcm biasalah sibuk meeting dan dating sekali.. aku kalo bab tekel awek ni x yah cakaplah.. petik sekali berduyun mendatang... sbb tu aku xnak petik.. xmau main2 bab petik.. kene berhati-hati... :)

So mcm biasa aku sibuk meeting ke sana sini.. yg kat dalam forum tu berlambak nk berkenalan.. mcm lah aku spesies lelaki melayu terakhir.. ahakssss...

So sesapa nak dating dgn aku kene tepati ciri-ciri berikut :

  1. Bertudung dan menutup aurat
  2. Mesti ada degree atau lebih tinggi
  3. Bersemangat dan tidak mudah putus asa
  4. Boleh menyanyi... (sekadar bonus.. xleh nyanyi pun xpa) hehehe..
  5. Lain-lain akan difikirkan kemudian...
mwahahaha... :P

Aku rasa x lah keterlaluan sangat kot.. aku tgk yg datang tekel aku ni ada juga yang tgh buat master... mmg dasat nk lawan aku ek.. tercabar neh.. apapun aku suka orang yang 'genius' dan tidak terlalu serius.. kalo ada orang tu leh le dating dgn aku... kalo xde pun xpa... cuma bukan dating la, just lepak2 minum kopi... hehe...

Journey kali ini lebih adventurous rasanya... sampai satu masa aku dah jadi mcm budak universiti balik.. cumanya sibuk dengan kerja.. alahai.. x cutela kalo asyik keje manjang.. kita mesti balance life.. so lepas ni aku nk plan bercuti ke pantai timur sama ada tioman atau perhentian.. ngengenge...

Heal myself...

Walaupun diasak dengan pelbagai cabaran mendatang.. aku meneruskan hidup ini dengan tabah dan cekal. Terluka dan masih berbalut.. namun ia tidak dipedulikan.. yang pastinya mahu mara ke hadapan.

+ Berhenti membazir resources !
+ Berjimat dan meneruskan ketelitian dalam pelbagai perkara
+ Berpegang erat pada matlamat cita-cita M15
+ Tegas dan berdisiplin
+ Berani mendepani apa jua risiko
+ Bersyukur dengan apa yang telah dimiliki

Aku pasti jika amalkan semua ini, ia akan menjadi lebih baik dan pulih dari segala bentuk 'damages' yang telah dialami. Mmg banyak perkara dah tak relevan dan aku perlu berhenti menzalimi diri sendiri. Adakalanya pointless... buang perasaan dan emosi sebaliknya timbang dengan kebijaksanaan akal minda yang Allah kurniakan ini......

Im healing myself now.... :)

5 tahun dari sekarang...

Wah, semakin hari membusykan diri dengan pelbagai perkara, aktiviti dan program. Hidup semakin bermakna dan bererti.. Aku telah melepasi tahap sukar.. mungkin pengalaman mendewasakan dan ianya membuahkan hasil jatidiri yang kental dan kuat semangat.

Berperang dengan perasaan dan emosi, merupakan perang yang amat besar sekali dalam hidup. Perang melawan hawa nafsu.. mujahadatunnafsi adalah perang yang lebih besar daripada perang Uhud atau Badar maupun mana-mana perang sekalipun. Ramai orang yang gugur dan tewas dalam melawan hawa nafsu ini.

Semuanya memerlukan kekuatan hati dan minda. Hati yang dihiasi iman dan taqwa adalah sebaik-baik perisai. Dgn iman pada Allah, kita pasti dapat hidup lebih tenang. Ruh dan jiwa tenteram dengan janji Allah di syurga. Bukannya hidup mcm orang kafir di dunia semata-mata...

Aku belajar banyak dari alam dan masyarakat. Menjadi hati dan minda berfikir ligat ke arah masa depan yang lebih positif. Kita perlu merancang untuk hidup, bukannya membiarkan hidup berlalu pergi begitu sahaja.

Kita juga tidak boleh membiarkan dibuai perasaan dan emosi semata-mata, mesti berpijak di bumi nyata !

Ya, aku seorang realist. Walaupun apa yang aku tulis ini berbaur sosok identiti seorang idealist.

Ini kerana merancang bukan bermakna ia seorang yang angan-angan.. dari soal idealist kepada suatu realiti itu tidak mustahil. Berpijak di bumi nyata itu bersandarkan fakta dan dalil, barulah kaki melangkah gagah ke mana jua destinasi dengan penuh keyakinan.

Niat dipasak, hasrat diteguhkan, nekad hati lalu melangkah ke arah matlamat impian. ini merupakan psikologi kejayaan sepertimana ikon besar seperti Napoleon Hill, Tony Robbins, Bob Proctor dan sebagainya.

Cuma aku sedang memprogramkan minda, self-hypnosis untuk mencapai apa jua impian yang aku mahukan. Dalam masa 5 tahun dari sekarang aku berbeza, lebih perfect dan lebih hebat.

Aku seorang realist merancang langkah satu demi satu sejak pasca PP2.0 lagi.. project M15 ini merupakan kesinambungan reanimation terdahulu. Cuma kali ini sedar bahawa impian ini wajib apa jua cara dicapai dalam masa 5 tahun. Tekad di hati bulat dan jelas. Aku mahu menjayakannya.

Tiada siapa yang dapat menghalangnya... The ends justifies the means.

Aku sudah mula mengadaptasikan teknik machiavellian mengikut acuan aku sendiri. Selama ini aku tertipu dan mudah terpengaruh, namun kali ini aku sedar matlamat dan impian mengatasi segalanya. ya.. segalanya..

Ku tinggalkan silam, ku maafkan diriku sendiri, sedar dan insaf, mengaku dan pasrah, moga ku terus di dalam dakapanNya.. kasih sayangNya lebih kekal, setia dan selamanya....