Fallin in love... again ?

Agak meresahkan... should i fallin in love again...? this is totally unexpected lah.. kenkadang bila Allah mencampakkan rasa cinta di hati.. siapalah kita utk menghalangnya ? Walaupun dahulu hati pernah hancur remuk dan kini sudah bertukar mempunyai hati baru yang cantik... hebat dan mengagumkan...

Apakah gerangan ini ?

Walaupun sekadar berbicara.. bertukar pandangan dan menyelami diri masing-masing.. Seumpama ada chemistry... dan ia semakin hari semakin kuat terasa.. getaran jiwa.. walaupun tidak selalu berhubung namun hati naluri jelas terasa.. aku mulai merasa kesannya..

Hari demi hari.. aku cuma mendoakan kesejahteraannya... mungkinlah aku merasa tidak layak untuk menerima cinta.. siapalah aku yang tiada apa-apa ini.. umpama pipit dan enggang.. biarlah doaku untuknya selalu.. andai ada jodoh itu adalah kuasaNya...

Biarlah aku jatuh cinta.. dan masih mampu bangun berdiri untuk berpijak di dunia nyata.. kerana cinta tak semestinya dimiliki dan memiliki...

~ langbiru

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.