M15.... ia begitu signifikan !

Aku meletakkan target sehingga 2015 untuk mencapai matlamat business. Ia sebenarnya satu bentuk misi paling cantik pernah aku bayangkan dalam hidup. So far aku dah berjaya lalui pelbagai pengalaman bekerja dalam pelbagai sektor sejak 2004 lagi. Dari arena profesion perguruan di MAIS seterusnya arena pengurusan di 2 AGENSI di bawah menteri di JPM. Hampir 7 tahun aku menelusuri jalan panjang dan kembali ke arena business dengan serius pada tahun 2011. Ia memang satu pengembaraan yang penuh cabaran. Tapi aku buktikan ia tidak mustahil dilakukan... impossible is nothing to me..

Namun tahun 2005 aku imbas kembali jalan yang aku tamatkan setelah lulus exam PTD dan masuk training 3 hari PAC di INTIM Terengganu. Hari terakhir after debate parliament aku cabut... This is not my dream career.... Walaupun aku boleh harungi semua ujian public speaking, teamwork dan sebagainya sebagai seorang PTD tapi aku tidaklah desperate sgt nk jadi PTD... semua ni impian mama sahaja... So aku memilih untuk mencari jalan lain yang lebih flexible sehinggalah jodoh bersama AGENSI pada Ogos 2006.

Masa tu aku masih sebagai officer YAPEIM dan jumpa Ketua Pengarah Dr Abdul Malek utk minta restu berpindah ke AGENSI yang satu ini semata-mata nak sebuah career advancement.... Aku tau di AGENSI pada masa tu mmg flexible. At least ia berada di area yang dekat dengan apartment yang ada skrg ni. Sehinggalah April 2011 ia menjadi satu tarikh paling bersejarah... Keputusan utk sepenuhnya mengejar dream business semakin memuncak tinggi.. Aku dah sampai tahap yang boleh dikatakan, ada 2 dunia dalam 1 badan... Sekiranya aku boleh buat 2 kerja, better aku focus 1 kerja yang boleh beri kepuasan yang maksimum ! Iaitu kerja dengan perkara yang mendatangkan passion !

Banyak perkara yang aku alami dalam hidup... jatuh bangun, perit derita bahagia semuanya mendewasakan aku... Syukur padaNya yang masih memberikan aku peluang untuk terus berjuang di dunia ini. Kini aku bangga kerana M15 merupakan impian, sebuah ambisi dan sebuah misi penting sebelum aku menutup mata...

M15.... perancangan yang paling hebat aku pernah lakukan... siapa sangka aku jalani perjalanan yang cukup mengagumkan... :)

Alhamdulillah... we're on the right track now... masa berlalu pantas... focus pada M15... Aku percaya ia akan jadi legacy untuk family nanti... Mama dah dapat bayangkan kejayaan aku... Di samping partner terbaik pernah ada di dunia, aku rasa penuh kesyukuran dan mahu berusaha lebih hebat lagi mengejar impian yang selama ini diimpikan...

Passion is energy. Feel the power that comes from focusing on what excites you.. ~ Oprah Winfrey

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.