Bertuahnya Malaysia..........

Semenanjung Emas... Suvarnabhumi.. Golden Chersonese ... Itulah Tanah Melayu yang menjadi Malaysia sekarang.. bertuahnya kita di sini hidup aman makmur dan menjadi bangsa Melayu Nusantara yang paling moden mengatasi lain-lain tempat sama ada Melayu Champa, Pattani, Indonesia, Brunei, Sulu etc...

Dan di sini kita dirahmati.... Bangsa yang paling banyak Raja Berpelembagaan di dunia... orang Melayu tidakkan hilang jatidirinya selagi masih ada Raja... kita semua bangsa ruling-class... pernah menjadi kebanggaan samudera sebagai pelayar terhandal.. sea navigator.. dan kini masih wujud komuniti Melayu di Cape Town Africa yang merupakan warisan keturunan sea navigator Melayu dahulu kala...

Aku percaya bangsa Melayu mampu menjadi lebih hebat daripada bangsa China.. paling tidak kita masih mengekalkan institusi beraja.. sedangkan China sudah hilang maharajanya.... dan naga yang patut bangkit ialah kacukan di nusantara... komuniti baba & nyonya Melaka serta misteri keturunan Hang Tuah dan Hang Nadim yang punya darah kacukan Melayu China... nama Hang adalah cukup aneh dalam dunia Melayu.. dan sememangnya ia menimbulkan persoalan sejarahnya...

Walau apapun jua... nusantara Melayu dan alam mistiknya masih lagi hangat... dan aku masih seronok membaca dan mengkaji pelbagai bahan bacaan sejarah... Mengenali siapa itu bangsa Melayu... dan kita berbangga dilahirkan sebagai bangsa paling unik sekali dalam sejarah... :)

Bangsa Mala.. Melayu.. sejarah panjang dan cukup menarik utk dikaji.. inshaAllah di masa akan datang lebih banyak rahsia ultra Melayu akan dibongkar utk masa depan generasi kita...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.