Belajar dari pengalaman.....

X sempat nk tulis apa-apa sbb masih busy dgn mcm-mcm projek... hehe.. btw aku da dapat byk pengalaman berharga sebelum ini. Pada hakikatnya masih lagi belajar untuk lebih baik dari masa ke semasa.. Nobody's perfect... Dan dalam kekurangan itu kita belajar banyak perkara untuk melengkapkannya...

Sejak resign dari gov , aku rasa hidup ni semakin bererti... tidak lagi jadi mcm robot.. punch kol 8 balik jam 5.. pening kepala dan sakit jiwa... skrg bebas kerja memain dengan design dan business.. a lot of fun.. aku x yah risau kerana duit sentiasa masyuk.. alhamdulillah.. aku tak lagi perlu tunggu ujung bulan.. just setiap hari masyuk itu sudah menghepikan diri... hehe.. pepun company tengah naik dan aku percaya dapat naikkan lagi ke tahap yang lebih luarbiasa... :)

Isteri... wife... teman... i dunno how to answer this.. bagi aku masa ni paling praktikal adalah career business and enjoy life.. selama 5 tahun sblm ni aku masih belum cipta apa-apa kejayaan besar... sbb itulah keputusan berani aku untuk peruntukkan masa paling kurang 2 tahun utk develop kemampuan potensi diri. Walaupun mama da ada pilihan calonnya, aku hanya rileks slumber je selagi matlamat business aku belum tercapai...

Nak kawin anytime je, tapi perancangan business harus teliti... skrg masa serius belajar marketing 2.0 ... inilah yang akan melonjakkan hidup ke tahap yang lebih baik... :) inshaAllah...

Sabar dan tenang.... banyak berdoa dan berzikir... itulah intipati kejayaan sebenarnya... hak mutlak kejayaan itulah dariNya.. dunia ini sementara cuma, at least kita lakukan yang terbaik demi Allah.. Hidup utk beribadat.. hidup adalah perjuangan.. dan Syurga adalah ganjaran abadi.. :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.