It's all about passion.... my real story.

Dulu masa kecil mama slalu bawa aku gi office dia. Ada bilik cantik, staff & kerja sign... best jugak kerja sign menyesign ni.. terdetik dalam hati aku nk jadi mcm mama... bapa pun cmtu juga.. dasat.. meeting sampai europe, asia .. korea..  hehe.. masuk dalam asia news week.. Itulah kerja pegawai elit government.

Masa berlalu dan aku capai apa yang aku nak pd ms kecil.. umur 24 tahun sudah jadi pegawai penting handle web utk agensi bawah JPM.. kendian aku ditawar kerja lebih baik lagi bila diinterview sendiri oleh dato.. orang kuat YDP Agong.. umur 25 sudah ada bilik pegawai sendiri, staff, dan kerja sign menyesign.. like my mom.. hehe..

Mcm2 aku wat.. suka dan minat dgn kerja kerajaan.. pada awalnya aku antara pegawai paling muda.. hampir 3 tahun rekod itu masih hebat.. handle event menteri sana sini.. jemput artis sana sini.. aku rasa mcm hyperactive.. but dalam masa hampir 5 tahun dah rasa 'bosan'...

Sbbnya kerja rutin tidak lagi menyeronokkan... i need sumthing new.

Sbb itulah aku resign dari gov. Semua orang terkejut termasuk anak² buah aku... my staffs.. I know they loves me very much.. but till now keep in touch. Keputusan resign bukanlah keputusan baru. Sejak tahun ketiga lagi bersama agensi bawah JPM aku sudah menyatakan hasrat utk bersara dari kerajaan. Fuh...

My mom paling terkejut. Iyelah.. she had showed me everything bout government lifestyle... Dia bangga aku jadi pegawai elit.. menyambung tradisi keluarga. But i have another passion. another virtues...

Now im happy... company sdn bhd yang kami bina sudah mempunyai asasnya sejak 10 tahun dulu... Iaitu semasa aku 1st year di UM dapat project web konvo um dan company hijjaz. Fresh good start....

Skrg aku x perlu risau sbb project banyak masuk. Nilainya hampir cecah juta ringgit... Aku ada staff sendiri.. Handle secara strategic..... Work smarter not harder... tiada siapa boleh marah aku lagi sbb akulah mastermind terhebat company... hehee...

Sejak meeting di Putrajaya pasal project Ipass untuk Imigresen mmg buka mata project ini bernilai rm40 millions.. PNMB minta bantuan company kitorang utk jv skali.. ia menjadi lubuk emas buat kami semua dan impian menjadi kenyataan... I love my dreams.. aku x suka paksa diri aku buat kerja yang aku x suka.. hate that way.. dan syukur bila Allah izinkan aku resign dari gov... alhamdulillah....

Its all about passion.. aku rasa hepi sgt dgn business.. xdela stress mcm di dlm gov dulu.. sampai masuk spital.. hahaa... skrg ni dok fikir, mcm mana nak expand business worldwide... aku ada client yang businessnya di Brunei & Kemboja... kalo di Malaysia ni mmg bagus tender kerajaan.. boleh hidup punya.. cumanya rasa mcm nk mengembara... satu lagi dream aku utk mencari perkara baru di luar sana...

anda bagaimana ? dah capai impian ?

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.