Pabila di sapa cinta.. berdoalah padaNya...

Aku sering berdoa dan bersangka baik dengan Allah... Cinta adalah anugerah. Fitrah. Dan kita harus tarbiyahkannya ke jalan yang benar. Aku mungkin mengambil masa untuk menilai semula. Cinta belum sebenarnya cinta jika belum diuji kebenarannya. Aku berdoa pada Allah jika benar cinta itu untukku maka permudahkanlah kami untuk dirahmati. Berkati kami dan lindungi dari cubaan dugaan yang perit.

Tidak seperti dunia silamku. Segala cinta itu akhirnya diuji dan membuka mata hati untuk menilai sejauh mana kemampuan diri selepas diuji hebat sedemikian rupa. Dont ever take your life for granted. Allah lebih Maha Mengetahui dan Dia lah yang menentukan takdir jodoh, rezeki, maut dan semuanya. Hasbunallahu wa nikmal wakeel.

Jika dia lah jodoh ku. Maka rahmatilah. Berikan kami petunjukMu. Lorongkan kami jalan kebenaran. Teguhkanlah hati kami di jalan yang Kau redhai. Lindungilah dari segala mara bahaya, gantikanlah apa yang hilang, sembuhkanlah apa yang terluka, hilangkan duka nestapa, ringankanlah beban dan mehnah tribulasi. Kau permudahkanlah segala urusan kami.. Hanya padaMu kami memohon dan meminta.

Amin ya Rabbal Alamin...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.