M15...... dilestarikan.

Sejak aku resign dari gov semakin murah rezeki yang Allah beri. Alhamdulillah.... aku pernah cakap dgn mama yang beri aku rezeki bukannya gov, bukannya makhluk tetapi Allah yang berikan ku rezeki.. Sehingga kini aku percaya bahawa segalanya semua ini adalah ketentuanNya... jika tidak kerana Allah siapa lagi yang boleh kita harapkan utk mendapat rezeki ?

Dalam diri ini semakin jelas apa yang aku nampak... Jika tidak aku masih dibayangi oleh dunia cengkaman mereka... bila kita bebaskan belenggu itu, betapa luasnya rahmat Allah... kita akan mula nampak dunia baru yang lebih terbuka...

Namun x semua orang yang faham jika mereka x alaminya... Sepanjang 7 tahun aku bekerja makan gaji dari institusi2 besar Malaysia maka dapatlah aku simpulkan beberapa pandangan. Untuk permulaan memang bagus bagi mencari pengalaman dan membuka networking... Setelah bertahun-tahun menyerap pengalaman dan cukuplah 7 tahun aku bekerja makan gaji... Bila buat keputusan utk jadi boss sendiri itulah kita dapat kuasa untuk menentukan hala tuju impian kebebasan...

Tak ternilai harganya.....

Dan aku kini berada dalam situasi senyuman bangga.... orang lain masih terperangkap dalam dunia yang pernah aku lalui... Dan kini tiba masa aku mengajar mereka supaya berusaha utk membina kekuatan empire sendiri. Di mana anak2 cucu2 cicit2 mereka dapat mewarisi dunia yang lebih besar ertinya.

M15.... itulah garapan hasrat aku dalam beberapa tahun ini. Moga dipermudahkan. Aku mesti pantas merebut segala masa yang ada. Semangat ditingkatkan dan impian dilestarikan... :)


Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.