June 2012 !!!!!!

Inilah akibatnya tidak mengupdate blog kesayangan ini... Sudah pertengahan tahun 2012.. dan last update pada awal tahun 2012.. hehehe... mungkin tiada siapa yang nak membacanya kot... aku lebih selesa di Facebook dan Twitter dengan sekali update sudah ditatap beribu orang.. Akaun FB pertama dah limit 5k friends.. terpaksa wat account baru.. itupun hanya utk yg dikenali je... pening gak ramai2 friends ni.. Pepun nak bgtau yang aku masih 'hidup' dan masih bernafas dengan baik... Alhamdulillah...... Nak citer banyak pun tak tau nak mula mana.. Pepun hidup banyak berubah.... inshaAllah pada yang lebih baik.


Ni program Seminar Marketing Power oleh Dr Azizan Osman di Wisma MCA pada 3 Jun 2012 dan menyaksikan ramai orang join... Aku tersentak sedikit kerana aktiviti hyperactive permulaannya cukup gila... aku rasa memula tu dah macam class aerobik sebab kena menari-nari gelek2.. goyang sana sini.. chicken dance... haih... layan je la...  tapi bukan tu nk citer.. ni pasal teknik Marketing Power.... Di mana konsepnya spt Guerilla Marketing mmg cukup dahsyat... Creative + Synergy.


Bukti tiket gelang di leg arm support aku... Richworks ni company multimillions Dr Azizan Osman... Dan beliau antara penyebab aku jadi energetic untuk jadi jutawan dunia akhirat... InshaAllah... Semuanya tak mustahil dan aku dah mula buat scoreboard millionaires....

Mengapa perlu jadi jutawan ?

Sebabnya nak sedeqah lebih banyak... lebih dermawan.. dan lebih membantu mereka yang susah.. inshaAllah...

Jihad bisnes... oleh kerana aku dah semakin busy dgn project waqaf yang diinspirasikan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Mantan CEO JCorp... Maka Jihad Bisnes adalah jalan terbaik untuk aku salurkan sepenuhnya perjuangan ini.

Pecahkan dominasi dan status quo non muslim dalam arena grafik dan webmaster... Ni akan direalisasikan melalui Projek Lubukrahsia satu demi satu...

Memanfaatkan semua bakat, skills, passion dan semua anugerah yang Allah kurniakan ke tahap yang maksimum, terbaik dan tidak dibazirkan ke tempat yang sia-sia...

Memberi lebih baik daripada menerima... tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah... apa kata jadi jutawan muslim yang hebat ilmunya, dermawan dan berani dalam perjuangan... Sudah tentu ia memberi manfaat besar kepada ummah...

Impossible is Nothing....!



Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.