DutaNaga ♥ Rahsia 3 Resepi Kejayaan Usahawan !

Alhamdulillah lega kerana class VIP DutaNaga kali ke 3 telah berlangsung dengan jayanya. Yang paling best berada dalam circle yang positive dan para usahawan ini bakal melonjak naik seolah-olah recharge full energy.

Mana taknyer yang datang pun para jutawan malah ceo company multi-millionaire. Masakan kita takkan belajar sesuatu yang paling best dalam hidup.


Perubahan hidup bermula hari ini.

Saya sendiri tak sangka ia akan menjadi sepantas ini kerana sejak buat Naga ia semakin huru hara sampai telefon pun 'hang' dek penangan Naga ini. 

Malah ada di kalangan para investors saya sanggup invest dalam company sampai 6 angka nilainya dan kini kami menerima lagi request dari seorang mentor untuk expand ke Singapore dan Indonesia dengan sistem Dutanaga. Dan inshaALLAH jika ada yang perlukan consultation kami sentiasa menyediakan ruang untuk anda jumpa dan lihat bagaimana sistem Dutanaga ini dibangunkan dengan penuh kasih sayang.

Misi membantu usahawan supaya lebih berjaya. Itu matlamatnya.

Tidak kiralah jika anda mahukan side income di rumah dan ada duit terlebih cash RM10,000 sebelum raya tahun ini juga tidak mustahil. Kami akan bantu impian anda tercapai.

Where Your Dreams Come True......


Mengapa Dutanaga semakin hangat dan hebat ?

Berikut kami berikan tip penting supaya anda juga boleh lakukannya bersama kami.
  1. Kuasa Mentor
    Ok sebelum kami bermula sudah tentu akan consult dengan para mentor tentang apa yang wajar dilakukan pada tahun ini dan seterusnya. Semuanya mengalami proses KPI (key performance indicator) yang kami atur setiap masa. Mentor akan betulkan apa yang salah dan kami akan adjust supaya lebih pantas berjaya. Dengan itu kami mempercepatkan learning curve daripada 3 tahun kepada 6 bulan sahaja. Ianya pantas dan cepat malah menjimatkan kos. Inilah peranan mentor kami yang tak dapat dilupakan. Thanks all.
  2. Kuasa Sistem
    Dengan investment yang bernilai keseluruhannya hampir 6 angka supaya dapat kami bangunkan Sistem Pro Branding untuk keep on track segala aktiviti bisnes kami dan Sistem DutaNaga yang sememangnya begitu dinamis dan strategik untuk membantu usahawan kita grab video taktikal Naga. Malah paling best para usahawan sambil belajar pun dapat generate komisen lumayan. Sistem ini yang akan menjadi kompas dalam bisnes. Jika kita tiada sistem maka bisnes seumpama kapal yang kehilangan kompas di tengah lautan samudera menunggu karam. Kami telah bangunkan sistem 'state-of-the-art' yang mana memecahkan tradisi biasa para usahawan kita sebelum ini. Dutanaga telah mencipta sejarah hebat dalam masa kurang sebulan telah berjaya meraih lebih 1,000 orang ahli berdaftar tanpa guna sebarang paid marketing seperti fb ads maupun sms.
  3. Kuasa Hati
    Selebihnya adalah hati. Jika kami tidak strong untuk teruskan develop sistem yang berdaya saing maka amat mustahil DutaNaga akan wujud. Sebab itulah dalam setiap class kami maupun dalam video Naga diselitkan soal hati. Sebenarnya untuk berjaya kita perlukan PASSION. Bak kata mentor setiap orang yang inginkan kejayaan mesti tahu 'Big Why' yang ada dalam hatinya. Sama ada impian, cita-cita maupun keperitan hidup yang tidak mahu dialami lagi. Itulah 'Big Why' yang akan push beyond the limits. Maka 'big why' kami adalah impian murni membantu semua usahawan mencapai impian mereka dan alami perubahan hidup jauh lebih hebat.
Itulah resepinya.

Jika anda ada ketiga-tiga ini maka saya rasa apa jua bisnes pun boleh berjaya.

Yang penting 'BIG WHY' itu sentiasa ada dalam hati kita.

Tidak kisah untuk diri maupun family atau orang lain.

DutaNaga adalah kawan, teman, sahabat yang membantu anda untuk 'push beyond limits' supaya dapat berjaya lebih dahsyat. Ibarat professional coach yang akan berikan tip shortcut yang akan mempercepatkan 'learning curve' anda daripada 3 tahun kepada 6 bulan. 

Moga kita sama-sama dapat membantu yang lain berjaya. Kerana di situ ada doa yang mustajab.


Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.