Keberanian mengatasi ketakutan, Kegagalan batu loncatan Kejayaan !


Pernah gagal ? Takut dikecewakan ?

Ianya normal. Perasaan adalah suatu anugerah yang dimiliki insan. Kita tak mampu buang 100% ketakutan itu seperti buang dalam bakul sampah. Sebaliknya kita boleh 'transfer' ketakutan maupun rasa negatif itu kepada aktiviti yang lebih positif dan bermanfaat.

Takut tidak bermakna pengecut, gagal tidak bermakna selamanya. 

Itulah yang Team DutaNaga lakukan sepanjang tahun untuk mengubah persepsi "FEAR" ini supaya kita mampu bangkit berdiri atas kaki sendiri. Yang pernah gagal dan bangkit kembali berani untuk mencabar diri ke tahap yang jauh lebih baik lagi.

Adakah kita sekadar duduk dalam 'comfort zone' dan tidak mahu ubah nasib diri sendiri lebih baik daripada sebelumnya semata-mata FEAR ini ? Cuba kita tanya dalam diri kita adakah semua ini 'sudah cukup' untuk membawa family kita pergi Haji atau Umrah setiap tahun ? Sedekah, waqaf maupun zakat lebih banyak daripada sekadar mewah makan di tempat mahal ?

Mentor saya maupun mana-mana guru mursyid sentiasa ingatkan saya tentang kekayaan jiwa dan kekayaan pahala. Oleh kerana kepakaran saya dalam menyebarkan ilmu bermanfaat dan ingin berkongsi dengan segala ilmu yang dapat membantu anda ke tahap potensi sebenar tanpa rasa 'FEAR' ini lagi.

Bila kita berjaya control 'hati' ini dengan ilmu, maka hidup kan lebih tenang walaupun ujian dugaan datang melanda. Malah 'decision making' menjadi lebih cekap, maupun ilham dan idea hadir tempat pada waktunya tanpa rasa kelam kabut.

Malah idea dan ilham tersebut bernilai jutaan ringgit, ianya adalah kurniaan dari ALLAH.

Adakah anda inginkan 'capability' yang jauh lebih hebat tanpa batasan ?

Ya, sebenarnya manusia  ada banyak potensi. Hanya sedikit sahaja yang digunakan. Malah dinyatakan dalam jurnal saintifik manusia cuma sekadar guna purata 10% keupayaan minda. Manakala 90% lagi masih lagi dara tidak tersentuh.

Rahsia ini sebenarnya membuatkan saya terfikir. Mengapa tidak kita push ourself to the next level ? Sejak tahun lepas selepas bagi training NAGA ke seluruh Malaysia saya terfikir mengapa masih banyak lagi usahawan yang tak dapat hadir ke class ? Permintaan sampai Borneo Sabah Sarawak tapi tak mampu nak ambil semua memandangkan masa terhad.

Syukur alhamdulillah 'capability' tahun ini mampu melaksanakan web DutaNaga sehingga pelanggan NAGA bertebaran seluruh dunia tanpa perlu susah payah datang class. Ada juga suara-suara kecil (small voice) yang cuba sabotaj perlancaran DutaNaga dikatakan akan gagal kerana belum ada konsep yang sama dilakukan sebelum ini.

Very well said. Memang tiada sebelum ini.

Sebab kami berani untuk memecahkan status quo.

Keberanian mengatasi ketakutan dan kegagalan sebelum ini dijadikan batu loncatan kejayaan.

Kami tidak pernah gentar dengan sesiapa pun. DutaNaga bermula dari awal tanpa sebarang penglibatan tangan 'gergasi' yang membantu secara senyap. Ianya pure commitment daripada semua yang terlibat yang memahami konsep waqaf ilmu dan arena jihad bisnes.

Bila kita ikhlas maka yang akan membantu kita adalah ALLAH Ta'ala sendiri.

Sebab itulah kita hanya bertawakal dengan ALLAH bukan bertawakal dengan duit atau makhluk. Perbanyakkan amal dan gandakan hasanah kebaikan. Seteruk mana pun GST atau omokan pontianak puaka vampire yang menggigit ekonomi hari ini, kita akan lebih kuat bila bergantung hanya pada ALLAH iaitu Sumber Segala Sumber Kekayaan.

GST cumalah nyamuk.

Model ekonomi baru yang kami ingin bawakan adalah model waqaf.

Ianya agenda istimewa DutaNaga.

Masa depan ekonomi Ummah yang diperkasakan dengan kasih sayang.

Itulah kuasa ekonomi sebenar.

Adakah anda ingin sertai REVOLUSI ini ?

Kita jumpa bersama para usahawan revolusi di DutaNaga 


Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.