Alhamdulillah... Sempat announce surprise kepada semua ahli VIP DutaNaga dalam class sebelum ini dan bagi yang berhajat nak pergi UMRAH pada musim cuti sekolah March 2016 kami akan berikan 1 tiket vip UMRAH bernilai RM7,000 secara percuma bagi yang berjaya merebut peluang eksklusif ini.


Alhamdulillah... Inilah yang saya nak share mengenai salah satu rahsia jemput rezeki yang tak disangka-sangka sejak saya menunaikan UMRAH kali pertama awal tahun 2015. Ada banyak peristiwa yang tak terjangkau dengan akal fikiran.

Bagi yang terlalu logik atau guna kuasa minda semata maka di Tanah Suci nanti ALLAH akan buka pelbagai rahsia dalam rahsiaNya yang termasuk dek akal. Ada yang dapat rezeki melimpah ruah, ada yang dimaqbulkan hajatnya, ada yang diselesaikan masalahnya.

Keajaiban yang dahsyat.

Semua ini dengan kuasa ALLAH Azza Wa Jalla.

Bukan dengan kuasa makhluk yang sebenarnya tiada apa-apa daya sekalipun.

       

Dalam hidup yang sementara cuma ini, saya mahukan sesuatu yang berbeza. Inilah hadiah terbaik yang boleh saya offer kepada ahli VIP DutaNaga. Memudahkan anda pergi menunaikan ibadah ini adalah salah satu impian dalam hidup.

Orang lain mungkin berbeza.

Tapi inilah yang sepatutnya dilakukan oleh semua usahawan. Tangan yang memberi lebih baik dan menjadi contoh teladan kepada yang lain.

Di dalam bisnes sebenarnya bukan kerana DUIT.

DUIT BUKANLAH SEGALANYA.

Tetapkanlah hati jiwa kita hanya kerana ALLAH.

لا حول ولاقوة إلا بالله

Kerana ALLAH lebih berkuasa daripada duit.

Bertawakal kepada ALLAH.

Usah bertawakal dengan duit.. berhenti bertawakal dengan gaji. Sebaliknya letakkan pengharapan mutlak itu hanya pada ALLAH Yang Maha Berkuasa.


Kerana ALLAH adalah Sebaik-Baik Penolong.

Bila kita ada ALLAH maka segalanya akan menjadi lebih mudah, lebih senang dan lebih tenang.

Inilah yang saya ingin share bersama semua. Kerana DUTANAGA tidakkan wujud tanpa ilham kurniaan dariNya. Malah saya rasa begitu bersyukur kerana ALLAH berikan kesempatan masa dan nyawa ini untuk sampaikan yang terbaik mengenai rahmat ALLAH.

Ketahuilah masa semakin pantas berlalu. Sebelum terlambat kita kautlah ILMU , IMAN dan AMAL untuk dibawa ke sana.

Dan perbanyakkan sedeqah sebagai pelindung dari bala musibah. Malah sedeqah juga dapat memanjangkan umur dan mengelakkan mati dalam keadaan yang mengerikan.

Subhanallah....

Moga hadiah UMRAH ini akan menjadikan kita semua bekejaran dalam perkara kebaikan. Dalam al-Quran menyebut fastabiqul khairat. Jika para sahabat percaya tentang SYURGA dan keindahannya maka kita harus segera merebut peluang untuk ke SYURGA terindah.

Mudah-mudahan hadiah ini akan menjadi milik anda.

Usah terlambat lagi.

Segera join DUTANAGA.COM sebelum tarikh tamat.

Kami nantikan anda di Makkah dan juga Madinah !

لبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ



Alhamdulillah... Syukur dengan limpah kurnia izinNya memberi peluang menunaikan Umrah di Tanah Suci Haramain pada minggu lepas. 1001 kisah yang sungguh menyentuh hati dan terlalu peribadi untuk dikongsikan di sini. Walau apapun betapa hebatnya perancangan DIA yang telah mengurniakan kita rasa cinta, rindu dan kasih. Dan usah lupa diletakkan pada tempat yang betul iaitu di sisi ALLAH dan RasulNya.


Selesai mengerjakan Umrah dan sayu berdoa di depanNya. Terutamanya di Multazam Masjidil Haram tempat mustajabnya doa. Tidak dilupa juga di dalam Raudhah Masjid Nabawi juga di antara taman-taman Syurga.




Saya telah sampaikan Salam kepada junjungan Nabi Tercinta SAW. Turut serta mendoakan kejayaan semua dalam hidup dunia dan akhirat. Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan sia-sia. Usah buang masa lagi. Kejarlah impian anda sebaik mungkin, kita dikurniakan ALLAH banyak rezeki umur, kesihatan, harta, wang, kuasa malah apa jua yang ada hari ini adalah pinjaman sementara sebelum kita kembali di sisiNya.

Buktikan kita sebagai hambaNya.



Perjuangan kita di sini masih panjang. Hidup lah dengan bermaruah, mulia dan akhirnya nanti husnul khotimah adalah penamat yang happy ending.

Inilah sedikit catatan seorang pengembara Cinta. Selepas Haramain kini impian saya beralih ke Masjidil Aqsa Syarif. Mudah-mudahan ALLAH berikan keizinanNya untuk saya membantu saudara saudari muslimin muslimat Palestin yang terlalu dekat dengan jiwa saya.


Impian kita mungkin berbeza. Saya telah memilih untuk syaheed di medan pertempuran berbanding di atas katil jika diizinkanNya. Dan jika kita suka berdoa untuk syaheed maka ALLAH telah janjikan sesuatu yang istimewa buat kita biarpun kita tidak pergi berperang :

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang meminta mati syaheed dengan benarnya, Allah akan menyampaikan hajatnya itu pada kedudukan mati syaheed, walaupun dia meninggal di tempat tidurnya." (Hadis riwayat Muslim (al-Nawawi, 1972, jil.13: 56).

Indahnya syaheed itu tidak tergambar kata-kata. Seolah-olah Syurga di depan mata. Ini kerana dunia adalah tempat sementara cuma. Kelak ia akan sirna jua. Adakah kita bersedia untuk bertemuNya ? Hanya orang yang mempunyai Cinta. Pasti akan menemuinya dengan penuh Cinta sejati..... ♥ 

 لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ




Alhamdulillah, kerana dengan anugerah limpahan kurnianya saya dijemput menjadi tetamuNya di Tanah Suci Mekah dan Madinah (Haramain) bagi menunaikan ibadah Umrah. Banyak juga doa dan salam untuk disampaikan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW yang tercinta. Doakan saya dipermudahkan segala hajat penyampai yang menggunung tinggi ini dimaqbulkan.

Sempena Jumaat yang mulia, sama-samalah kita memperbanyakkan istighfar dan selawat kepada junjungan Nabi SAW tercinta ini. Mudah-mudahan dunia dan Akhirat terutamanya kita mendapat syafaat baginda kelak. 

Sebenarnya post ini telah dischedule, saya menulisnya lebih awal cuma dipost pada hari ini sebagai tanda penghormatan detik saat bersejarah di Kota Suci Makkah. Terlalu banyak sejarah di sini dan salah satu impian saya adalah untuk sampai kepada 3 masjid utama iaitu Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjidil Aqsa Syarif.

Semua orang ada impian. Saya doakan impian anda akan tercapai dan dirahmatiNya.

Terlalu banyak yang kita sudah terlambat sebenarnya. Jika ALLAH membuka hijabNya dan menyaksikan kita bagaimana keadaan Syurga di depan mata kita, sudah tentu dunia ini sekadar persinggahan sementara cuma. 1 hari Akhirat bersamaan 1000 tahun dunia dan kita mengejar sesuatu permainan senda gurau sahaja....

Firman Allah,

و ما الحياة الدنيا إلا لعب و لهو و للدار الأخرة خير للذين يتقون, أفلا تعقلون 

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah terlebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? ~ Surah al-An'am ayat 32

Sementara kita mengejar dunia, usah lupa bahagian Akhirat.

Sediakan sesuatu untuk Ummah ini. Sama ada dalam bentuk waqaf, infaq sedeqah maupun apa sahaja 'investment' pahala berganda yang bakal dibawa pulang di Akhirat nanti.

InshaALLAH selepas persiapan satu demi satu dilaksanakan, pengembaraan kali ini lebih bermakna. Moga ALLAH memberkati perjuangan kita. Inilah Jihad. Ia bukan sekadar mengangkat senjata namun yang penting adalah jihad ILMU supaya generasi yang akan datang memahami perjuangan sejati lebih baik lagi. Hanya dengan ILMU kita akan berjaya di dunia dan hanya dengan ILMU juga kita akan berjaya di Akhirat. Seperti sabda Nabi SAW :

مَنْ أَرَا دَالدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِا لْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَالْاآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ 

Artinya : ”Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa yang menghendaki kehidupan Akhirat, maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa menghendaki keduanya maka wajib baginya memiliki ilmu”. (HR. Tirmidzi)

Sepanjang di Haramain, alhamdulillah.... Banyak perkara yang baik-baik belaka berlaku. InshaALLAH saya doakan yang lain akan dijemput menjadi tetamuNya nanti. 

Kita tidak akan tahu bila masa semakin singkat, ajal semakin dekat dan yang paling penting kita perlu berusaha sungguh-sungguh agar dapat syafaat di Akhirat.

 لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ