Resting @ new home sweet home..

Lega rasanya ada rumah sendiri.. sejak berpindah ke Sentul East rasa mcm bertuah sangat sbb mmg dekat dengan tempat kerja.. dalam 10 minit je leh sampai.. kalo duduk pj atau subang sure ambil masa 45 minit..

Hujung minggu ni sempatlah shopping2 di Giant.. rasa mcm nak patah kaki sebab lama sangat berdiri.. dah la ramai orang.. apapun aku berjaya akhirnya beli tempura fish nugget yang dah mengidam sejak seminggu lamanya.. hehe..

Cuma di sentul aku tak tau kat mana nak gi basuh kete.. so terpaksa gi car wash di lembah pantai tempat yg biasa pegi.. ok la lepaskan rindu di tempat lama dan jumpa member2 fanatic myvi... aku dah angkat bumper myvi passo.. cuma tunggu masa nak pasang saja.. maybe after outstation di PD next week kot pasang kat member punya port...

Lusa cavenzi hantar sofa, dinner table, rak baru ke sentul.. mmg diorang punya design ada class dan banyak options.. yang paling best dpt diskaun hebat.. thats why i love cavenzi.. hehe.. pelan2 le nak design new workstation aku di rumah.. yg pastinya speaker evo5 sonic gear aku akan gegarkan workstation. huhu..

oklah, nak sambung keje.. banyak sales hari ni.. tp net slow sgt nak masuk maybank2u pun lembab... arghh.. nak tukar P1 WIMAX lah camni... :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.