Susah nak puaskan hati semua orang....

Inilah cabarannya jadi orang yang berlatarbelakangkan agama.. belajar shariah tapi bukan 100% tiket untuk memuaskan semua hati orang.. kenkadang orang ramai mempunyai kesimpulan yang cukup salah mengenai sesuatu perkara berkaitan dengan agama Islam.. Usaha dakwah kini sudah menjadi satu jihad.. dan kini terpaksa tampil kehadapan untuk menjelaskan yang sebenarnya tentang kebenaran dan hakikat...

Soal agama bukanlah boleh dinyatakan semberono.. tidak boleh sewenang-wenangnya buat kesimpulan yang tidak ada nas dan dalil.. Itu salah.. Kalo solat fardhu wajib maka wajiblah bersolat.. kalo poligami harus maka haruslah bg mereka yang berkemampuan dan jangan buat statement yang boleh merosakkan aqidah.. islam itu sempurna.. dan kita patut belajar apa yang terkandung dalam Islam dikatakan sempurna tersebut...

Ramai orang juga buat statement dengan emosi tanpa berlandaskan dalil yang kukuh.. menempelak dengan cara yang celupar dan tidak menerima pandangan yang sahih adalah satu bentuk kejahilan yang nyata...

Aku kenkadang rasa mual nak berlawan dengan orang2 jahil.. bukan apa.. tiada maknanya.. hakikat sebenar adalah berlandaskan al-quran dan hadis.. tapi mereka tidak mahu menerima hakikat maka jawablah di akhirat nanti... yg penting dakwah itu disampaikan dan terpulang kepada Allah swt untuk membuka hati dan memberi hidayah... manakala para daie usah kecewa dan hampa.. teruskan usaha murni itu untuk berdakwah menyampaikan kebenaran...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.