Masih mengejar masa bersama eksperimen.

Hari ni baru siap 2 bab bagi produk ebook terbaru aku ni. Rasanya tak sempat siap pada 29 October 2007. Kene reschedule perlancaran baru semasa bulan November. Mungkin aku boleh mula design website dan bubuh autoresponder. Nak beri report percuma dan update terbaru bila akan dilancarkan.

Teknik ni nampaknya masih terlalu baru bagi aku... Ia ibarat eksperimen.. terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari. Namun aku dah percepatkan pembelajaran dari masa 6 bulan ke dalam masa 2 bulan sahaja. Advantage dalam tahun ni untuk mencipta satu platform bisnes yang benar-benar stable.

Tahun ni mmg benar2 pusing 360 darjah.. dari webmaster kepada infopreneur. Guess what.. Aku belajar dengn jutawan siber dunia dalam merebut taktik mereka sebelum Malaysia tepu dengan digital info product.

Perkemaskan jentera marketing dan dalam masa yang sama kita akan dapat lebihan surplus yang membolehkan invest utk membeli aset hartanah baru di kawasan emas Lembah Klang. Sememangnya jutawan Azizi Ali mendedahkan rahsia jutawannya dengan memiliki hartanah strategik. Ini kalo kita mampu praktikkannya jika mempunyai jaminan dan kemudahan gov. loan. Dalam masa bekerja dengan majikan yang diyakini pihak perbankan dan kelebihannya dapat loan untuk beli aset hartanah yang berdaya saing. Kita tengah berusaha untuk memahaminya dalam masa 10 bulan dan akan praktikkannya setelah VRE selesai bersama rahsiaebiz.com

Ini target aku, hidup terlalu singkat untuk dibazirkan begitu saja.. Adalah lebih baik setiap hari dipenuhkan dengan perancangan jitu masa depan. Barulah jadi ummat yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain.

Eksperimen ini akan diteruskan, walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang. Apabila kita menguasai segalanya memberi competitive advantages yang tiada bandingan...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.