Kad Kredit Maybank Adalah Yang Terbaik ?


Di sini adalah review saya sebagai pengguna kad kredit maybank islamic hampir lebih daripada 2 tahun dan sentiasa tetap ada 1 kad kredit sahaja tanpa perlu menambah kad yang lain. Bagi mereka yang sentiasa spend atau belanja dengan tetap bulanan lebih baik kita susun dan adjust perbelanjaan itu pada tahap yang optimum tanpa pembaziran.

Bagaimana nak guna kad kredit dengan cara yang menguntungkan ?

Kira cashflow perbelanjaan tetap anda setiap bulan dan cuba optimum dengan penggunaan kad kredit. Contoh jika belanja groceries, minyak petrol, bill utility, travel maupun urusan modal bisnes online dalam linkungan 5 angka sebulan maka optimumkan dengan guna kad kredit yang menawarkan redeem points yang terbanyak dan mudah didapati. Ini penting untuk kita dapatkan hadiah yang percuma disamping kita belanja. Contoh seperti redeem di Superbuy :



Ini adalah salah satu contoh redeem points hampir 590,000 treatpoints maybank yang saya dapat sepanjang guna kad kredit maybank islamic. Saya rasa telah mengoptimumkan perbelanjaan bulanan saya tanpa berpeluh ataupun susah payah nak redeem hadiah.

Banyak yang telah saya redeem dan yang terbaru adalah Tower Fan yang cukup elegan bagi kegunaan di rumah. Selain itu saya juga telah mendapat rebate minyak petrol daripada Caltex 3% bagi perbelanjaan isi minyak kereta yang konsisten setiap bulan.


Bagi mereka yang guna banyak kereta, adalah lebih baik gunakan 1 kad kredit sahaja bagi urusan rebate minyak ini. Adalah merugikan jika bayar cash di petrol pump station kerana kita takkan dapat seperti di atas. Nak lagi redeem ? 

Apa kata anda disiplin perbelanjaan setiap bulan terlebih dahulu dan boleh start kumpul points sehingga 100,000 yang boleh kita redeem lebih banyak barangan berharga.


Bagi saya jika kita berbelanja tanpa kumpul points adalah rugi sekali. Ini kerana kita tidak memaksimumkan keupayaan sistem kad kredit ini yang ternyata ada kelebihan tersendiri.

Bagi mereka yang tidak berkemampuan, maka adalah lebih baik tidak perlu guna kad kredit. Namun bagi mereka yang mampu berdisiplin dan boleh konsisten selesaikan payment sebelum due date maka berita baik yang saya boleh katakan ialah redeem hadiah anda dan jimat lebih daripada setiap sen yang kita belanjakan.

Guna kad kredit dengan betul, maka hasilnya betul. Jika tidak pandai guna, maka belajarlah dahulu sebelum tersilap guna. Ramai orang komplen pasal kad kredit, itu adalah level ilmu pengetahuan mereka. Sebaiknya kita belajar untuk upgrade diri sendiri supaya tidak tersalah langkah.

Adakah anda orang itu ?

Selamat maju jaya dan mengoptimumkan sedaya mungkin perbelanjaan terbaik kita !




9 ulasan

  1. guna maybank 2 card. lagi cepat kumpul point.

    BalasPadam
  2. saya baru nak cuba pakai kad kradit, terima kasih info yang sangat bermanfaat

    BalasPadam
  3. baru je mohon tadi untuk lebih berbaloi dalam berbelanja. yang penting, disiplin. Info yang bermanfaat.TQ

    BalasPadam
  4. Salam. Nak tanya, Saya baru je guna CC ni. N setiap kali guna, saya terus bayar. SD sy 6 Sept, DD sy 26 Sept. Beberapa kali guna dah sy byr terus.

    Cuma, saya ada guna cc sebanyak RM37.25 pd 1 Ogos, then sy lewat sikit byr pd 15 Sept, masih belum due date lagi. Then kiranya account clear laa sbb sy dah tak ada hutang apa2.

    Then, sy guna lagi cc pada 25 Sept sebanyak RM73.50 dan yg ni lupa byr on time sbb balik kg takda line internet. Balik KL semula, baru perasan sy ada outstanding balance, so harini terus bayar RM 73.50 tu. Sepatutnya, account sy dah clear la kan sbb sy tak ada hutang lagi n dah bayar semua (unless yg Outstanding tu tp xda state caj lewat pulak). Tapi, kenapa saya check semula maybank2u sy, statement balance sy ada RM37.25? Bukan ke SB ni yg kita berhutang dgn bank? Sedangkan sy dah bayar semua bil. Puas juga godek2 akaun m2u ni nak cari mana yg sy missed, tai tak ada pulak. Boleh bantu sy tak ttg ni?

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Hi. nak tanya, cc maybank islamic yg mana 1 eh? Ikhwan?

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.