Phase 4 .5 Revolution !!

Aku ada 3 tahun lagi untuk menuju ke arah financial freedom and stable hanya dengan Softhands.. Insyaallah segala perancangan giat dijalankan.. Rumah dan kereta sudah ada, kerjaya pun mantap, cuma bisnes Softhands dalam proses ke arah stabilization.. dianggarkan dalam masa 3 tahun iaitu tahun 2011 aku sudah boleh rileks goyang kaki di rumah sambil tgk duit masuk..

Apa yang menariknya tahun ini peralihan Softhands dari web development ke online ebiz B2C melalui rahsiaebiz.com ... Selain itu JV bersama pihak AlcreativeDP semakin menampakkan hasil.. Aku rasa tahun 2008 akan proceed project bersama pihak ITSB dan aclreativedp dalam projek yg sesuai..

RahsiaEbiz sudah mempunyai barisan produk yang tersendiri.. Kali ini banyak buat produk sebagai eksperimen dan insyaallah barisan terbaru muncul pada januari 2008...

Aku dapat merasakan auranya semakin kuar, i can get what i want if visualize it properly.. apa yang tersembunyi di dalam minda separa sedar pasti akan menjadi realiti..

Dunia semakin berkembang dan semua orang mula praktikkan apa yang terbaik dalam hidup mereka. Aku pasti dapat goldmine bersama project-project yang telah dijalankan.. Hasil usaha yang bersungguh-sungguh pasti berbaloi suatu hari nanti..

Aku mahu wujudkan satu empayar produk sekurang-kurangnya 10 jenis dan semua itu berfungsi sebagai satu paip duit yang benar-benar cemerlang.. Bagi aku fokus pada produk lebih menguntungkan utk jangka masa panjang.. tambah lagi produk2 tersebut pasti memberi keuntungan lumayan disebabkan overhead cost yang teramat rendah serta profit yang begitu tinggi sekali.. mentor jutawan sudah buktikannya.. tunggu aku pula yang praktikkan apa yang telah dipelajari...

Skrg ni project RahsiaEbiz mendahului segalanya.. Ia merupakan platform pertama Softhands melebarkan ke bahagian yang belum diterokai.. Sbb itulah mempelajari teknik marketing online adalah begitu penting, kita akan tahu apa yang menjadi dan apa yang tak menjadi.. Aku tahu tempat mana yang paling byk dan mudah nak dapat customer.. ROI hampir 300% dalam masa 7 hari saja.. percaya aku boleh cipta lebih banyak kejayaan jika menguasai teknik yang sesuai untuk rahsiaebiz berkembang..

Inilah 4.5 revolution... aku masih dalam pertengahan mencapai apa yang diimpikan.. dan itupun memerlukan 3 tahun lagi utk selesai.. moga aku dapat buat apa yang diperlukan.. mende ni bole berjaya sekiranya ada kemahuan dan cita-cita.. bukan angan-angan kosong.. tetapi keyakinan yang jitu membolehkan segalanya menjadi..

Semoga hari Jumaat ini akan menjadi lebih berkat.. niat utk memajukan diri mmg kuat dan pastinya boleh berjaya !

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.