Kurang sihat.. tapi tetap berfikir untuk ummat..

Hari ni kurang sihat.. asyik sakit kepala dan badan mcm nak melayang jer.. maybe high-cholestrol dan tekanan darah tinggi agaknya.. dah rehat semalam, tetapi terjumpa pelbagai isu menarik, sehingga tidur lewat malam..

Apa yang berlaku adalah untuk masa depan.. tetapi untuk menyelesaikan hari ini adalah dengan melakukan setakat yang terdaya.. mungkin menyumbang untuk asnaf zakat adalah yang terbaik.. manakala meluahkan pandangan secara ilmiah untuk pengetahuan orang lain adalah kerja mulia umpama guru..

So apa yang penting adalah kita bersedia untuk apa sahaja.. Tidak takut mati dan sanggup berjuang untuk Allah swt...

Berfikir menyelesaikan masalah ummat lebih baik daripada buat ibadat sunat untuk diri sendiri.. Ini kerana jika kita mempermudahkan urusan orang lain sudah tentu Allah akan permudahkan urusan kita...

Hakikatnya dalam kehidupan yang semakin materialistik.. kita dibobrokkan dengan pelbagai janji-janji palsu yang membawa kepada kerugiaan.. Oleh itu adalah kita sayugia diingatkan bahawa hidup ini cumalah sementara cuma.. apa yang kita buat hari ini akan jadi kenangan masa depan.. dan apa yang kita berbakti hari ini untuk bekalan di akhirat sana...

Dunia ini fana.. akhirat itu abadi.. yang mana lebih baik ?

terpulang pada anda untuk memilih.. tapi saya memilih untuk al-Falah iaitu kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.