Aku & kehidupan... part 1

Okeh hari ni aku bersedia nak menulis panjang... so bagitau awal2... kalo boring minta maaf lah eks.. tajuknya Aku & kehidupan.. mmg agak abstract sikit dan panjang so kita wat ikut part one by one..


Semalam..
Aku antara orang yang paling buhsan di dunia mungkin.. setelah bertapa di ILIM seminggu mempelajari Total Quality Management (TQM) ia telah membuka dimensi baru ttg cara aku pandang dalam beberapa aspek. Antaranya ialah bisnes.. bisnes amat penting, kerana aku percaya masa depan aku di sini.. Dan aku suka 'explore' dunia baru berbanding terjelepuk dalam tempurung lama.. So kesannya aku sekarang sudah tidak gemar buat website utk perseorangan dan lebih melihat kepada website company besar bernilai RM5000 ke atas. Barulah berbaloi.. Namun aku tetap explore peluang² yang ada dalam bisnes web ini selagi ada permintaan.


Dunia ini...
Aku pasti dunia ini perlukan sesuatu yang berlainan.. Untuk menyelami hakikat kehidupan aku mesti merasai segalanya yang mungkin.. Kesimpulannya nanti aku sudah kenal bagaimana nak buat keputusan.. Apa jua aspek hidup, bisnes, family, kawan, politik dan semuanya bergantung kepada sejauh mana kita mendapat mardhotillah.. Mungkin niat orang baik dan mungkin niat kita baik seharusnya nampak memberi kebaikan kepada orang lain.

Apabila kita menjadi insan yang bermanfaat kepada yang lain, sudah tentu dunia ini lebih bahagia. Apabila dunia bahagia dan senang mendapat redha tuhan maka kita tidak akan rasa kekosongan lagi...

Aku pelan-pelan memahami hidup ini sebagai suatu ujian.. suatu pentas.. kita antara pelakon pentas hidup ini.. dan bila habis pentas kita akan dinilai oleh tuhan nanti.. So mulai sekarang berbuat baiklah pada manusia dan Allah akan berbuat baik kepada kita... Terutamanya family, saudara keluarga, kawan rapat dan seterusnya sesapa yang kita kenali..

Seperti dalam revolusi aku 4 tahun dulu telah menetapkan sebenarnya matlamat hidup ini adalah kerana al-Falah... iaitu kejayaan dunia dan akhirat... itulah yang akan dicapai.. itulah yang jadi impian sebenar-benarnya impian...


Financial Freedom
Ini antara strategi aku untuk mencapai kejayaan di dunia... seterusnya menyumbang utk akhirat dgn lebih mudah.. Orang Islam yang kaya dan beriman lebih baik daripada orang miskin yang beriman... Kelebihannya adalah byk segi.. dari ilmu dan amalan..

Untuk mencapai financial freedom yang sebenarnya adalah dengan passive income ! Ini betul.. Aku percaya passive income dengan internet adalah jauh lebih berjaya daripada memana bisnes yang ada.. Bukan dengan active income atau gaji bulanan, sebaliknya passive income yang akan datang bebila masa jika kena caranya..

Di awal career aku berumur 26 tahun ini masih terlalu muda.. So apa yang penting gunakan segala saluran untuk kebaikan masa depan. Menambah pengalaman, menambah network kenalan, meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai segi, menyelami setiap masalah dan menyelesaikannya dengan terbaik..

Aku pasti financial freedom mampu dicapai jika passive income berjaya dipraktikkan. Biar segala bil dibayar oleh passive income dan anda sebenarnya bebas... Bebas untuk bekerja dan hidup dengan apa yang disukai...


Kerana al-Falah
Apa jua yang aku lakukan adalah utk al-Falah kejayaan dunia dan akhirat... Menyumbang sebanyak mungkin utk insan lain yang memerlukan.. Aku takkan kedekut atau bakhil harta maupun ilmu... Aku sudi utk memberi asalkan ia bermanfaat kepada insan tersebut.. Kenkadang nak beri sesuatu kene tgk orang tu juga.. Adakah ia sesuai ? atau sekadar pemberian membazir... contohnya mengajar sst ilmu kepada mereka yang tidak mahu mempraktikkanya... ia dianggap ilmu itu sia-sia krn tiada amalan... Bila aku memperturunkan sst ilmu yang bermanfaat maka gunakanlah untuk kebaikan hidup.. jangan simpan dan tidak lakukan apa-apa.. sebaliknya praktikkannya utk membuahkan hasil yang baik..

Tujuan aku murni... harap ia diberkati.. suatu hari nanti harap dapat kemenangan abadi di sana kelak... Dunia ini sementara saja, selagi masih bernafas marilah kita bekerja utk tuhan dengan sebaik-baiknya.. Moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan..

al-Falah bagi aku adalah segala-galanya... jelas dan terang.... nyata dan bersuluh bahawa apa jua kehidupan ini merupakan satu ibadat kepadaNya.. Jika kita lakukan yang terbaik, insyaallah akan beroleh kebaikan dariNya nanti... Biarlah susah di dunia asalkan senang di akhirat... Syurga yang kekal dan abadi adalah segala-galanya... Suatu hari kita akan jemu di dunia, akan tua dan mati.. selebihnya adalah kehidupan di syurga yg tidak akan jemu, tidak akan tua dan tidak akan mati lagi... semoga kita mengejar kebaikan di dunia.. moga diberi ganjaran syurga nanti... :)

wollahualam..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.