Aku berjuang untuk......

Di sini sekali aku nyatakan visi dan misi aku berjuang dalam hidup ini adalah kerana :

al-Falah
Iaitu kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat.. Mencapai redha Allah dengan berjuang sepenuh hati di jalan Fisabilillah. Visi ini jelas hala tuju dari awal sehingga akhirnya..

Demi Ummat
Oleh kerana tidak banyak ustaz/ustazah yang serius menceburi dunia Ebiz maka aku terpanggil menyahut cabaran ini demi ummat. Perjuanngan suci jihad melalui perniagaan adalah satu amalan mulia. Aku ingin menabur bakti dalam perjuangan bisnes ini tanpa mengenal erti penat lelah. Dengan network, pengalaman dan ilmu yang ada sama ada dari pelbagai tempat, bahagian, tingkat dan bermacam ragam itulah yang akan meningkatkan kadar kejayaan dalam hidup.

Diri dan family
Faktor yang terakhir ini adalah salah satu yang utama.. kene ada self-esteem.. so bagi kegembiraan family adalah antara faktor penyumbang kejayaan al-Falah. Dan aku akan meneruskan apa jua cabaran hidup ini bagi kebahagiaan diri dan family.. Jika mereka happy maka aku juga akan happy.. dan semestinya loyalty itu penting.. aku adalah seorang yang begitu amat setia sekali... :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.