Jalan mesti ke hadapan...

Hari ni penat dengan pelbagai project.. ia escapism yang terbaik setakat ini.. Jumaat kali ni aku bersyukur kerana mampu meneruskan lagi langkah hari demi hari dengan tabah. Aku sudah berfikir panjang dan dengan rela hati untuk menerima takdir dan ketentuannya yang penuh hikmah itu... Jalan sekarang mestilah ke hadapan.. bukan ke belakang lagi.. masa untuk al-Falah itu lebih penting dari silam dan memori yang menyedihkan...


Apa jua cabaran getir dan dugaan yang melanda seharusnya berfikir secara tenang dan berlapang dada. Tiada gunanya terlampau sedih dan kecewa kerana ia akan merosakkan kualiti hidup masa depan.. Sekarang inilah masanya untuk bergerak lebih pantas.. biarlah sepantas kilat, tinggalkan semua kisah silam itu dibelakang dan merebut peluang di hadapan pula..

Aku tak perlu takutkan apa jua selain Allah, aku percaya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik utkku dan yakin dengan segala perancanganNya.. 

Aku tak mahu menulis terlalu emosi atau terlalu mengikut perasaan, ini bukan rentak yang rasional untuk dipertimbangkan.. Bila kita tenang dan berlapang dada serta bersedia untuk satu lagi D-Day tak lama lagi.. Aku percaya pada kemampuan diri ini untuk kembali bebas spt helang yang terbang tinggi di awanan biru.. sayapnya lapang tiada belenggu, dan akan meneroka dengan lebih jauh dan pasti..

Kepada bakal masa silam.. aku akan ucapkan selamat tinggal nanti.. dan akan bersedia untuknya.. jalan sekarang adalah jalan ke hadapan.. !

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.